RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-1.blogspot.com

Sabtu, 30 Jun 2012

Foto: Ulasan Buku

ULASAN BUKU
Ruangan ini hanya memaparkan tentang Foto: Ulasan Buku terbitan bumiputra
Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH
KISAH KEHIDUPAN SULTAN AULIA' SYEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-JAILANI


JUDUL ASAL buku ini ialah "Mawa'izh Al-Syeikh 'Abd Al-Qadir Al-Jailani" tulisan Salih Ahmad Al-Syami. Buku ini diterjemah oleh Faizah Othman dan telah disemak oleh Dr. Mohd. Puzhi Usop yang diterbitkan oleh Al-Hidayah House Of Publishers Sdn. Bhd, Batu Caves, Selangor.

Membaca buku ini seolah-olah pembacanya berada bersama-sama Sultan Aulia' sendiri kerana buku ini memaparkan jiwa dan keperibadian Sultan Aulia' sendiri untuk dicontohi dan diikuti oleh setiap orang Islam. Dengan bahasa yang jelas dan mudah difahami menjadikan buku ini laris di pasaran kerana di dalamnya penuh dengan konsep Tauhid, Tasauf, Zuhud, Tawakal dan keikhlasan hati Sultan Aulia' sendiri.

Dengan harganya RM15 sahaja tentunya dianggap berpatutan, malah buku ini boleh didapati dengan mudah di pasaran atau boleh menghubungi pihak penerbit sendiri.

Bagi pembaca yang ingin mendapatkan naskhah boleh diperolehi di kedai-kedai buku dan kitab-kitab berhampiran dengan tempat anda atau hubungi Penerbitnya di alamat berikut:

Jodol Asal:
Mawa'izh Al-Syeikh 'Abd Al-Qadir Al-Jailani

Penulis:
Salih Ahmad Al-Syami

Diterjemah oleh:
Faizah Othman

Disemak oleh:
Dr. Mohd. Puzhi Uspp

Penerbit:
Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd
27, Jalan DBP, Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
Tel:  03-61853002 / 03-61854009
Faks:  03-61859006
Web:  www.hidayah.com.my
E-Mel:  hidayah@streamyx.com

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
 DETIK-DETIK SEJARAH HIDUP
TOK KENALI 


BUKU "Detik-detik Sejarah Hidup Tok Kenali" adalah sebuah buku Cetakan Kedua tahun 2002, hasil tulisan cucu Tok Kenali sendiri iaitu Ustaz Haji Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh (A.Q.H.A.S) terbitan Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur. Paparan Pengarang dalam buku ini adalah berkisar riwayat hidup Tok Kenali atau Muhammad Yusof bin Ahmad pernah disebut oleh orang tuanya sebagai "Awang" dan kemudiannya dikenal dengan sebutan "Awang Kenali".

Di antara paparan Ustaz Haji Abdullah Al-Qari sebagai Pengarang/Penulis buku ini tentang riwayat hidupnya di zaman kanak-kanak, pendidikannya, bakatnya sebagai Pengarang, kegemarannya, sifatnya yang bermulut masin, amalan yang pernah dilakukannya sehingga menjadi ikutan dan amalan murid-muridnya sehingga hari ini dan banyak lagi.

Buku ini kemudiannya menjadi tersohor berikutan bahasa yang diterapkan oleh Pengarang amat mudah difahami dan anda tidak rugi untuk membeli dan memilikinya. 

 Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
 40 PENYEBAB GANGGUAN SYAITAN
DI RUMAH



Pengarang:
Halimah Zainuddin

Penerbit:
Jasmin Publications
Peti Surat No. 12649,
50786 Kuala Lumpur

Pengedar:
Jasmin Publications
No. 15, Jalan Puteri 5/8, Bandar Puteri,
47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-80600687
Faks: 03-80607687

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
NABI KHIDIR A.S. SUPER MISTERI



Edisi Asal:
Sosok Nabi Khidir Yang Super Misterius

Pengarang:
Khalifi Elyas Bahar

Penerbit Asal:
Penerbit DIVA Press

Diterbitkan Semula di Malaysia:
Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd
27, Jalan DBP, Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-61853002 / 03-61854009
Faks: 03-61859006
Laman Web: www.hidayah.com.my
E-Mel: ahidayah@streamy.com

Diedarkan di Malaysia:
27, Jalan DBP, Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Faks: 03-61859006

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
MENGENALI WALI ALLAH &
WALI SYAITAN


Pengarang:
Ahmad Hasyim Lutfi

Penerbit:
Pustaka Ilmi (Wisma Ilmi)
No. 137, Jalan Jasa Tiga, Taman Jasa Sg. Tua,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Tel/Faks: 03-61887893
H/P: 019-2234064
(U/P: Encik Ayob bin Jaafar) 

 Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
 MAKANAN BERBAHAYA
 

BUKU "Makanan Berbahaya" ini sebagai panduan CAP mengenai bahaya tersembunyi dalam makanan yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada tahun 1999 adalah kompilasi rencana yang pernah tersiar dalam Utusan Pengguna berdasarkan ujian dan tinjauan pihak Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), kes-kes aduan, penelitian akhbar harian tempatan dan luar negara serta penemuan/laporan hasil penyelidikan sepanjang tahun 1990.

Bagi pembaca yang ingin mendapatkan buku berkenaan, sila berhubung terus dengan penerbit sebagaimana di bawah:

Penerbit/Pengedar:
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
10, Jalan Masjid Negeri,
11600 Pulau Pinang.
Tel:  04-2263511
Faks:  04-2268106

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
BAHAN-BAHAN DARI
TUMBUHAN DI BUMI 

  
BUKU "Bahan-bahan Dari Tumbuhan Di bumi" ini diterbit dan diedarkan oleh Mulya Utama Enterprises sangat berguna kepada peminat-peminat tumbuh-tumbuhan herba, pelajar-pelajar sekolah dan penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi dalam urusan perubatan, kesihatan dan pemakanan.

Paling menarik tentang buku ini ialah, tumbuhan herba yang dikatakan berunsur perubatan disertakan dengan fotonya sekali, dinyatakan juga tentang khasiat dan cara membuatnya.

Pengarang selaku penerbit buku ini menyusunnya dengan baik sekali bagi memudahkan pembacanya dapat menjadikannya sebagai suatu rujukan berguna khususnya dalam konteks peranannya kepada kesihatan dan tubuh badan manusia.

Buku ini boleh didapati di pelbagai gedung buku utama di seluruh Malaysia atau pembaca boleh menghubungi penerbitnya sebagaimana nama dan alamat berikut:

Penulis/Penerbit:
Abkan

Penerbit/Pengedar:
Mulya Utama Enterprises
No. 16, Jalan SG. 6/14, Taman Seri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Tel/Faks:  03-61857322      H/P: 019-6185497

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
  SOALAN BOCOR DARI KUBUR


Penulis:
Profesor Madya Rasid Muhamad

Penerbit/Pengedar:
Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd
Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel:  03-51013836          Faks:  03-51013685
Web:  www.alaf21.com.my
E-Mel:  alaf@alaf21.com.my

 Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
 DAJJAL HAMPIR MUNCUL


BUKU "Dajjal Hampir Muncul" ini adalah naskhah Penulis/Penyelidik, Azizan Ahmad. Walau pun ini agak nipis dan boleh dimiliki dengan harga yang murah, namun paling penting ialah tentang isinya yang padat. Penulis turut membongkar tentang siapakah dajjal yang sebenarnya dan mengapa dajjal mencari "Peti Tabut" di samping apakah taktik dajjal untuk memusnahkan Islam, dan hari ini Islam semakin lalai menunjukkan permainan dajjal.

Kata-kata Nabi Muhammad S.A.W  sebagaimana yang diterapkan dalam hadis tentang dajjal adalah benar. Nabi sendiri menasihatkan supaya tidak terpedaya dengan dajjal. Begitu juga dengan Penulis/Penyelidik buku Dajjal Hampir Muncul ini.

Di samping itu, di muka surat akhir buku ini diceritakan tentang asal usul dan keturunan Yakjuj Makjuj. Penulis menceritakan tentang keluarnya Yakjuj Makjuj dan tempat Yakjuj Makjuj dipenjarakan. Setiap muslim dan muslimat, mukminin dan mukminat perlu membaca buku ini untuk mengetahui tentang sejarah dan ceritanya.

Penulis/Penyelidik:
Azizan Ahmad

Penerbit Bersama:
Malik Book Distributors dan Arjuna Anggun Publication
No. 3, Jalan BPU 6,
Bandar Puchong Utama,
47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Dicetak oleh:
Nur Niaga Sdn. Bhd
No. 55, Jalan 6/2, Taman Industri Selesa Jaya,
43300 Balakong, Selangor Darul Ehsan.

Diedar oleh:
A to Z Book Distributors
No. 38, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama,
47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
Tel:  03-58910380           Faks:  03-58910387

Khamis, 28 Jun 2012

Foto: Corak Kehidupan

AKTIVITI KEHIDUPAN
Ruangan ini hanya memaparkan tentang "Foto: Corak Kehidupan" sama ada usaha mencari rezeki dan sebagainya
Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN:  WALAUPUN dikatakan kerja, tetapi nyawa mesti diutamakan khususnya bagi kerja yang dianggap berisiko tinggi seperti mengubahsuai dan mengecat dinding bangunan tinggi. Ini kerana, nyawa amat bernilai dan bukan boleh dijual-beli. Sepatutnya, setiap pekerja di sektor ini memakai alat keselamatan seperti topi keselamatan untuk mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini. Namun, melihatkan seorang lelaki dalam foto ini, risikonya memang amat bahaya jika dia terjatuh.


Foto ini dirakam di sebuah bangunan tinggi di Jalan Doktor, Kota Bharu, Kelantan pada 7.10.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
 KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN:  PERBUATAN mengemis simpati orang lain dengan cara meminta sedekah jalanan memang memalukan. Apatah lagi dengan usia yang sudah lanjut bukanlah alasannya untuk berbuat seperti itu. Namun, sikap seorang warga emas sebagaimana yang dipaparkan dalam foto di bawah memang patut dipuji. Walaupun terpaksa berjalan kaki di tengah panas terik mentari sememangnya tidak menjadi halangan baginya, asalkan barangan kraf yang dijajanya mendapat perhatian daripada pembeli.


Foto ini dirakam di Jalan Doktor, Kota Bharu, Kelantan pada 27.8.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN:  MUNGKIN agak terlalu penat mengayuh beca roda tiga apatah lagi terpaksa menjalani ibadah puasa pula yang menyebabkan seorang warga emas terpaksa melepaskan penat dengan berbaring di sebuah dataran di hadapan Tabung Haji dekat sini. Namun, cara berkenaan agak tidak sesuai berbaring di situ, nanti pelancong negara luar akan memberikan tanggapan yang tidak sepatutnya.

Foto ini dirakam di Jalan Doktor, Kota Bharu, Kelantan pada 15.8.2012.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

PASIR MAS-SALOR, KELANTAN

PASIR MAS-SALOR, KELANTAN:  MOTOSIKAL memang terlalu bahaya untuk membawa barangan yang banyak apatah lagi jika terlalu berat. Disebabkan ruangan yang sempit dan terhad tentunya barangan akan digantung di sebelah kiri dan kanan badan motosikal sebagaimana foto yang dipaparkan ini. Walaupun motosikal dianggap suatu kenderaan yang mampu dibeli untuk tujuan mencari sesuap rezeki sebagai salah satu tugas seorang lelaki, namun berhati-hatilah ketika menunggang di jalan raya. Ini kerana "malang itu memang tidak berbau".


Foto ini dirakam di Lebuh raya Pasir Mas-Salor pada 14.7.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

TUMPAT, KELANTAN

TUMPAT, KELANTAN:  MENCARI rezeki boleh dilakukan dengan bermacam-macam cara atas usaha individu itu sendiri untuk tidak mengharapkan simpati orang lain dengan cara meminta sedekah (mengemis). Contoh terbaik sebagaimana yang dilakukan dalam foto di atas, beliau tidak ingin mengharapkan wang ringgit datang bergolek dengan meminta sedekah. Caranya dengan mendapatkan barangan terbuang itu boleh dijual kepada kedai kitar semula. Dari situ, beliau boleh mendapatkan wang sebagai perbelanjaan untuk keluarganya.


Foto ini dirakam di Kampung Gerong, Tumpat, Kelantan pada 3.6.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
TUMPAT, KELANTAN

TUMPAT, KELANTAN:  MEMANG agak sukar untuk membawa barangan binaan jika rumah kediaman terletak nun di sebuah pulau. Cara terbaik ialah dengan menggunakan bot berkuasa tinggi untuk menarik barangan tersebut. Sama ada sebagai tukang bot untuk mencari rezeki atau barangan binaan seperti batu kerikil adalah pemiliknya itu tidak penting, tetapi usaha perlu dilakukan supaya dapat meneruskan kesinambungan hidup agar tidak dianggap bergoyang kaki sedangkan usaha tidak pernah dilakukan. Usaha sebagaimana yang dilakukan dalam foto di atas boleh diberikan pujian, kerana inilah kehidupan sebenar, orang yang sabar dalam menghadapi kesusahan dan kesulitan hidup di anggap telah berjaya meneruskan kehidupannya.


Foto ini dirakam di kawasan perairan Jeti Kok Majid, Tumpat, Kelantan pada 3.6.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
TUMPAT, KELANTAN

TUMPAT, KELANTAN:  USAHA perlu dilakukan untuk mendapatkan duit poket kerana jika ketiadaan wang ringgit masakan dapat berbelanja. Justeru, dengan menjadi pemandu bot walaupun dikatakan agak penat membawa penumpang ke beberapa buah pulau di perairan Sungai Kelantan itu, namun agak berbaloi kerana kita melakukan kerja di atas titik peluh sendiri tanpa menharapkan bantuan orang lain. Susah dan senang kita pasti merasainya tetapi kesenangan tidak akan datang sendiri tanpa sebarang usaha.


Foto ini dirakam di kawasan perairan Jeti Kok Majid, Tumpat, Kelantan pada 3.6.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
   TUMPAT, KELANTAN

TUMPAT, KELANTAN:  LAZIMNYA kalau air dalam keadaan keruh tentunya amat sukar mencari ikan terutamanya di sungai. Tetapi walau bagaimana sesukar pun, sebagai nelayan sungai sebagaimana foto di atas pakcik ini begitu tabah mencari rezeki dengan berperahu untuk mendapatkan ikan-ikan. Hanya itulah kemampuan yang dapat dilakukannya sepanjang hidup.


Foto ini dirakam di Pulau Tongkang, Tumpat, Kelantan pada 3.6.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
TUMPAT, KELANTAN

TUMPAT, KELANTAN:  KEBANYAKAN gadis remaja amat malu untuk membuka gerai jualan kerana dianggap tidak biasa. Namun, bagi kedua-dua gadis ini (seorang tiada dalam gambar) sanggup berbuat demikian dalam usaha mencari rezeki yang halal dengan berniaga jus jambu. Walaupun gerainya agak kecil amat memadai sebagai usaha permulaan dalam berniaga. Apabila telah maju kelak, bolehlah membuka restoran dan sebagainya.


Foto ini dirakam di Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan pada 3.6.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Rabu, 27 Jun 2012

Foto: Dunia Haiwan

DUNIA HAIWAN
Ruangan ini hanya memaparkan tentang "Foto: Dunia Haiwan" tentang gelagatnya di rimba raya dan nasib haiwan yang menyebabkannya mati atas sikap manusia dan sebagainya
Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH
PASIR MAS, KELANTAN

KUCING:  HAIWAN memang tidak boleh berfikir, begitu halnya dengan kucing. Apabila berada di rumah manusia, itulah dunianya dan di situlah haiwan ini mendapat segala-galanya. Tetapi apabila di luar rumah, kucing menjadi bingung kerana tertekan dengan pelbagai bunyi apatah lagi bunyi enjin kenderaan, haiwan ini tidak dapat membezakannya. Sebagai manusia yang berakal, apabila melihat kucing di jalanan, tidak bolehkah memperlahankan kenderaan. Bertimbangrasalah dengan haiwan, haiwan itu makhluk Allah juga. Kalau terlanggar atau terpijak anak sendiri, bagaimana? Lihatlah foto ini, seekor kucing menjadi mangsa kenderaan dari seorang pemandu yang rakus, gelojoh dan ego sehingga tidak dapat membezakan haiwan yang berada di atas jalan raya itu kucing atau sampah. Mujurlah rakan Penulis cuba memindahkan kucing yang mati itu lalu diletakkan di tepi. Jika diharapkan masyarakat kampung itu, nescaya kucing yang mati itu sekadar tinggal bulu yang kering sahaja.



Foto ini dirakam di Kampung Tendong (Gertak Serong), Pasir Mas, Kelantan pada 2.6.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
TUMPAT, KELANTAN

KUCING:  MEMANG malang nasib kucing, kalau sempat lari mungkin selamat. Namun, jika sebaliknya, mati kataklah di situ. Seperkara lagi, sikap manusia apabila melihat kucing mati di tengah-tengah jalan, mereka sengaja membiarkannya di situ. Kucing mati dalam foto ini mungkin dilanggar di waktu siang hari, tetapi sehingga malam hari, kucing mati masih di situ.



Foto ini dirakam di Kampung Kepulau, Tumpat, Kelantan pada 9.6.2012 jam 9.49 malam.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
 KUALA KRAI, KELANTAN


TUPAI:  HAIWAN yang suka melompat dari satu pokok ke pokok yang lain, hanya mencari makanan dengan cara itu. Tupai adalah makhluk Allah S.W.T  juga yang memerlukan habitat dan makanan sebagaimana manusia. Kalau manusia menghargai nyawa manusia sebagai bernilai, hargailah juga nyawa dan keluarga tupai. Ada sebab Allah S.W.T  mencipta tupai dalam keadaan begitu tetapi manusia tidak mengetahuinya.

Kalau didapati tupai memakan buah-buahan yang sedang masak ranum yang kita tanam, tanpa kita sedari Allah S.W.T  memberikan pahala yang banyak atau menggantikan dengan rezeki yang tidak kita sangka. Tetapi sikap kita yang terlalu emosi segera memarahi dan mengutuk tupai, kadang-kadang tupai dibaling dengan batu dan batang kayu kerana tupai telah menghabiskan buah-buahan yang kita tanam.

Harus kita berkongsi rezeki dari alam dan muka bumi Allah ini bukan saja dengan manusia, tetapi juga dengan haiwan, sebab alam dan muka bumi ini bukan milik manusia saja. Ini kerana, mungkin tumbuh-tumbuhan dan pokok buah-buahan yang hidup subur setelah kita menanamnya sehingga berbuah lebat, siapa tahu dari jasa tupai itu juga.

Justeru, jangan tembak tupai. Hargai nyawa yang Allah S.W.T  berikan kepada tupai itu sebagaimana kita menghargai nyawa kita sehingga kita sempat dan masih bernyawa.



Kelihatan seekor tupai sedang mencari makanan di atas dahan kayu, sebagai rutin hariannya.


Foto ini dirakam di hadapan Gua Seto, Kampung Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai, Kelantan pada 10.11.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Selasa, 26 Jun 2012

Foto: Kemalangan

NAHAS JALAN RAYA
Ruangan ini hanya memaparkan tentang Foto: Kemalangan yang berpunca dari kecuaian sendiri atau orang lain.
Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN: SEBUAH kereta dan sebuah motosikal terlibat dalam nahas jalan raya di selekoh Kampung Paloh, Jalan Pintu Geng dekat sini petang tadi. Dalam kejadian itu, motosikal terbabit berkeadaan remuk.
 
 
 
 Foto ini dirakam di Kampung Paloh, Jalan Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan pada 14.8.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN


KOTA BHARU, KELANTAN:  SEBUAH kereta Toyota terbabas lalu merempuh premis kenderaan terpakai Bumi Automobil di Jalan Bunut Payong dekat sini pagi tadi. Dilaporkan, sebelum itu kenderaan terbabit telah merempuh kereta Volvo hijau, menyebabkan kereta yang merempuh itu pecah tayar hadapan sebelah kiri sebelum merempuh pagar premis berkenaan.





Foto ini dirakam di Jalan Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan menggunakan telefon bimbit pada 23.7.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH 
WAKAF BAHARU, KELANTAN

WAKAF BAHARU, KELANTAN:  SEBUAH kenderaan Iswara Aeroback remuk di bahagian hadapan setelah terlibat dengan nahas jalan raya setelah berlanggar dengan kenderaan lain di Kampung Kubang Batang dekat sini beberapa bulan yang lalu. Pemandu kenderaan berkenaan dikatakan maut dalam nahas tersebut. Kenderaan ini kemudiannya tersadai di tepi jalan di kampung berkenaan.



Foto ini dirakam di Kampung Kubang Batang, Wakaf Baharu, Kelantan pada 5.5.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH