RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-1.blogspot.com

Pengguna

Hak-hak PenggunaPada tahun 1962, mendiang Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy telah mengisytiharkan empat hak asasi pengguna:
1. Hak Untuk Mendapat Maklumat
2. Hak Untuk Membuat Pilihan
3. Hak Untuk Menyuarakan Pendapat
4. Hak Untuk Mendapat Keselamatan.

International Organization of Consumer Union (IOCU) telah menambah empat lagi hak pengguna:
5. Hak Untuk Mendapatkan Keperluan Asas
6. Hak Untuk Mendapatkan Ganti Rugi
7. Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna
8. Hak Mendapat Alam Sekitar Yang Selamat.


Aduan Pengguna
Aduan boleh dibuat di mana-mana pejabat Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang berhampiran jika anda berasa dianiayai atau ditipu. Gunakan hak anda sepenuhnya.Harga Barangan Runcit 
1. Sejak beberapa minggu lalu, harga barangan runcit semakin meningkat tanpa disedari pihak kerajaan dan pengguna sendiri. Ini termasuk harga barangan kawalan seperti gula dan minyak masak. Misalnya, harga kawalan gula ialah RM2-30 sekilo, namun peruncit menjualnya RM2-40. Begitu juga minyak masak, sepatutnya dijual RM2-50 sekilo, namun sesetengah peruncit menjualnya dengan harga RM2-70 hingga RM3-00. Manakala harga runcit Milo sepatutnya dijual hanya RM7-30 (400 gram), namun peruncit menjualnya dengan harga RM8-10. Paling mendukacitakan, terdapat barangan runcit berkenaan yang tidak diletakkan tanda harga sebagaimana peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga. Justeru, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan diminta sentiasa memantau setiap urus niaga di pasaran yang dianggap tersembunyi.
2. Sejak minggu ini, tanpa sedar Pengguna terpaksa membayar lebih dari barangan runcit yang dibeli, apabila beberapa jenis barangan terbabit terus naik sehingga mencecah 20 sen. Manakala harga Pemborong pula naik sehingga 10 sen.

Barangan Tarikh Luput
Menurut Akta Makanan 1983 serta Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menjadi satu kesalahan menjual barangan makanan tarikh luput ataupun didapati telah rosak. Namun, sejak kebelakangan ini didapati ada barangan makanan yang didapati rosak telah dilonggokkan di pasar-pasar malam dan di bahagian pedalaman dengan harga yang murah. Pihak Unit Kawalan Mutu Makanan, Jabatan Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Kelantan diminta memantau kes-kes seumpama ini.


Kedai Rakyat 1M
Untuk mendapatkan barangan buatan Malaysia yang paling murah berbanding dengan kedai runcit biasa, dapatkan bekalannya dari Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).

Insuran Bermotor
Mengapa bayaran insuran bermotor kepada syarikat insuran lebih mahal berbanding dengan bayaran di pejabat Pos Malaysia Berhad? Pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) serta pihak Persatuan Insuran diminta memantau hal berkenaan.

Kereta Terbakar
Sejak kebelakangan ini, sering berlaku kereta terbakar setelah terlibat dengan kemalangan sama ada bertembung sesama kenderaan, kenderaan berat mahupun terlanggar tembok atau tiang elektrik. Apakah disebabkan minyak petrol atau masalah kenderaan itu sendiri? Pihat terlibat diminta membuat kajian yang sepatutnya.

Logo HALAL Jakim
Hukuman denda akan dikenakan jika tidak menggunakan logo halal mulai 1 Julai, 2012.

Produk-produk makanan dari negara luar yang tidak menggunakan logo halal yang disahkan dan masih digunakan oleh kebanyakan penduduk di negara ini perlu dipantau dan dihantar balik.

- Oleh: Azmi Mohd. Salleh