PADA 15.9.2012
JELI, KELANTAN: PADA 15.9.2012, peserta kami yang terdiri daripada AZMI MOHD. SALLEH (Penulis), ANWAR AZMI (Anak Sulong Penulis), AZHAR AZMI (Anak Ketiga Penulis), ANIS SABIRIN BIN AZMI (Anak Keempat Penulis) serta MOHAMAD ABID SAIDIN (Abid-rakan Azhar) telah mengadakan "Ekspedisi Gunung Reng Kedua".
Kami bertolak dari Kota Bharu jam 10.00 pagi. Melalui Jalan Persekutuan, Kota Bharu-Kuala Krai kami singgah sebentar di gerai makanan Pak Da Soh dan Pak Ku Li dari Kampung Gua Ikan. Tujuan kami ke situ adalah untuk melakukan Ekspedisi Gua Keris yang terletak dalam daerah Dabong, Kuala Krai, Kelantan. Namun disebabkan masalah teknikal, tujuan kami ke gua tersebut terpaksa dibatalkan dan kami akan lakukannya pada bulan November 2012 nanti.
Bagi tidak membuang masa dan tenaga, kami kemudiannya bergegas ke Gunung Reng dan Gua Payong yang terletak di Batu Melintang, Jeli, Kelantan. Selepas menikmati hidangan, kami bertolak ke Gunung Reng dan setibanya kami di Masjid Batu Melintang yang berlatar belakangkan Gunung Reng, peserta kami menunaikan solat Zohor. Kami mula memasuki Gua Payong dan mendaki lereng Gunung Reng jam 2.15 petang.
Untuk ekspedisi kali kedua ini, kami menumpukan kepada pendakian melalui lereng Gunung Reng dan kami sempat melihat banyak gua di tepi gunung tersebut yang bermula dari tingkat bawah hingga tingkat lima gunung berkenaan. Di beberapa bahagian lereng Gunung Reng, peserta kami sempat bergambar kenangan dan Penulis lihat banyak gua di lereng gunung berkenaan boleh dijadikan tempat untuk uzlah, bersuluk dan bertapa. Setelah hampir tiga jam kami dapat menyelongkar rahsia Gua Payong dan Gunung Reng, kami mula melangkah turun pada pukul 4.30 petang iaitu selepas solat Asar. Selepas solat Asar di Masjid Batu Melintang ini, kami kemudiannya bertolak pulang.
Peserta "Ekspedisi Gunung Reng Kedua" pada 15.9.2012.
Masjid Batu Melintang berlatar belakang Gunung Reng.
Pintu masuk ke Gunung Reng dan Gua Payong.
Bergambar di pintu masuk Gua Payong sebelum ekspedisi bermula.
Ekspedisi Gunung Reng Kedua bermula.
Dalam ruang gua yang gelap, peserta kami bersiap dengan lampu suluh.
Kami ketika ini sedang berada dalam gua di Tingkat Empat.
Gua di Tingkat Lima. Kelihatan batu tiga jari di sebelah kiri lubang gua.
Sebuah gua di mana laluannya didapati menjunam ke bawah lereng.
Peserta kami sempat bergambar di gua yang dimaksudkan.
Gua ini sesuai untuk bertapa. Di sebelah atasnya kelihatan seperti bentuk haiwan (biawak).
Penulis cuba bersila di sebuah batu yang sesuai untuk uzlah, bersuluk dan bertapa.
Sebuah batu hidup, bentuknya seperti haiwan.
Sebuah gua yang dalam. Kelihatan di bawah sana, sebuah sungai mengalir di bawah gunung.
Bergambar di pintu masuk Gua Payong sebelum ekspedisi bermula.
Ekspedisi Gunung Reng Kedua bermula.
Dalam ruang gua yang gelap, peserta kami bersiap dengan lampu suluh.
Keadaan reka bentuk bumbung dan puncak Gunung Reng.
Kami ketika ini sedang berada dalam gua di Tingkat Empat.
Gua di Tingkat Lima. Kelihatan batu tiga jari di sebelah kiri lubang gua.
Penulis sedang menyusur lereng Gunung Reng di Tingkat Lima.
Peserta kami sempat bergambar di gua yang dimaksudkan.
Penulis cuba bersila di sebuah batu yang sesuai untuk uzlah, bersuluk dan bertapa.
Sebuah batu hidup, bentuknya seperti haiwan.
Seekor katak gergasi juga wujud dalam Gua Payong.
Kami bersiap untuk bertolak pulang jam 5.00 petang.
VIDEO
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
klau nk taw lbh byk lg psl gng reng ne cari abbas salleh.rmhnye jge btl2 dpn msjd kg gng.blkng kdai bundle.byk bnde n selok belok n pntg lrg yg beliau taw ttg gng reng ini.
BalasPadam1. Sdr. Bob Jack Jack boleh melihat video penuh tentang Ekspedisi Gunung Reng saya yang kedua pada 8.9.2012 dan ketiga 15.9.2012 dalam majalah NABADI VIDEO di alamat: http://nabadi-video.blogspot.com dengan mengklik "Gunung Reng (Jeli). Kedua-dua ekspedisi ini telah disiarkan dalam NABADI VIDEO pada 17.12.2013.
BalasPadam2. Sdr. Bob Jack Jack juga boleh membaca satu dalam ruangan "Destinasi" berjodol "Gunung Reng". Kisah ini telah disiarkan dalam majalah RELATIF pada 10.11.2011 (Khamis). Temubual dengan Ismail Awang Kechik (Paksu Mail) dari Kampung Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan tentang pengalamannya memasuki Gunung Reng. Alamatnya: http://azmipasak.blogspot.com.
3. Sdr. Bob Jack Jack juga boleh membaca kisah menarik dalam ruangan "Misteri" berjodol "Misteri Emas Ghaib" yang telah disiarkan dalam majalah RELATIF pada 21.11.2011 (Isnin). Temubual dengan Husin Ismail (Pak Teh Husin), penduduk jati Kampung Batu Melintang, Jeli (rumahnya hadapan Gunung Reng). Alamatnya: http://azmipasak.blogspot.com.
- Editor: Azmi Mohd. Salleh.
Saksi bisu ...yg menyimpan kisah lalu..
BalasPadam