RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-1.blogspot.com

Kesihatan

Rawatan:Rawatan paling mudah, paling berkesan, tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi adalah secara alternatif (tradisional) melalui pendekatan atau kaedah doa, zikir, wirid, solat hajat, solat tahajud, menggunakan air penawar dan tumbuhan herba yang asli dan masih segar.

Perubatan:
Jangan terlalu bergantung kepada ubat-ubatan kerana bahan ini bersifat kekal. Segala ubat yang ditelan akan diproses di hati. Hati yang tidak dapat memproses bahan-bahan inilah boleh memudaratkan kesihatan. Sebab itulah sentiasa amalkan makanan seimbang seperti pepatah "mencegah itu lebih baik dari mengubat".

Tips Sentiasa Sihat:

1. Sebelum makan, minum sedikit air.
2. Jika memakan nasi yang berkuah, kurangkan kuahnya.
3. Selepas makan, tunggu sehingga 30 minit atau 1 jam barulah minum air, sebab proses makanan turun ke perut sehingga 4 jam.
4. Tarik nafas dan kawal nafas ketika meneguk atau minum air.
5. Makanlah makanan panas dan jenis ulam herba seperti kemangi, serai dan sebagainya kerana ulam ini boleh mencegah pembiakan kuman dan bakteria dalam tubuh, penyembuh penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan jantung.
6. Lebihkan pengambilan ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam kerana bahan ini mencegah makanan tidak hadam, buasir dan ulser perut. Kurangkan pengambilan daging. Elakkan pengambilan lemak daging dan ayam.
7. Elakkan memakan makanan "seafood" seperti udang, sotong dan kerang kerana makanan seumpama ini penyebab kepada resdung, migrain dan mengandungi kolestrol yang tinggi. Ancaman penyakit akan dialami apabila antibodi pesakit semakin berkurangan dan tidak berdaya melawannya.
8. Amalkan meminum air suam dan elakkan meminum air sejuk dari peti ais.
9. Selepas bangun tidur, sebelum menggosok gigi dan menyapu tangan ke muka, cuci tangan dengan sabun. Perlu tangan dicuci kerana semasa tidur, tapak tangan menjadi kegemaran jin/syaitan menjilat tangan dan kencing di atasnya.
10. Hembus angin keluar dari lubang hidung kanan (3 kali) dan kiri (3 kali) kerana syaitan menjadikan lubang hidung tempat tidurnya dan tandas untuk buang najis. (Amalan ini adalah sunnah Nabi S.A.W).
11. Elakkan merokok.
- Oleh: Azmi Mohd. Salleh