RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-1.blogspot.com

Rabu, 8 Ogos 2012

Foto: Paip Air Pecah

PEMBAZIRAN AIR
Ruangan ini hanya memaparkan tentang "Foto: Paip Air Pecah" yang menyebabkan berlakunya pembaziran air
Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN:  PAIP air bawah tanah yang didapati pecah tetapi tidak diambil tindakan segera akan menyebabkan berlakunya pembaziran air. Dalam hal ini, pengguna-pengguna Air Kelantan Sdn. Bhd sepatutnya cakna dengan melaporkan kepada pihak terbabit sebelum lebih banyak air hilang dan membazir begitu sahaja. Lihatlah dalam foto yang dipaparkan ini apabila air dari sebatang paip utama bersembur keluar akibat paipnya pecah, namun tiada tindakan segera dari penduduk di kawasan terbabit.



Foto ini dirakam di hadapan premis perniagaan di laluan utama Wakaf Che Yeh pada 27.8.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN:  BERKEMUNGKINAN banyak tempat lagi dalam daerah Kota Bharu bahawa paip air bawah tanah didapati pecah tetapi tidak dilaporkan oleh pengguna-pengguna air berkenaan. Akibat paip air pecah yang berpunca dari pelbagai sebab sama ada terlalu lama, paip berkualiti rendah dan sebagainya menyebabkan pengaliran air perlahan dan membazir begitu sahaja. Adalah sewajarnya pengguna-pengguna air terbabit melaporkannya kepada pihak Air Kelantan Sdn. Bhd (PINTAS) supaya segala masalah berhubung dengan bekalan air dapat diselesaikan dengan sewajarnya.

Selain itu, paip air bawah tanah ini juga dipasang berhampiran dengan pembetung najis. Jika berlaku sebaliknya terhadap paip pembetung najis dalam tanah itu, apakah yang akan berlaku terhadap paip air yang membawa bekalan air bersih kepada premis terbabit. Dalam hal ini, semua pihak perlu cakna terhadap masalah terbabit.

Foto ini dirakam di hadapan bangunan perniagaan, Wisma Ibrahim & Sons, Jalan Sultan Yahya Petra, Wakaf Siku, Kota Bharu, Kelantan pada 17.8.2012.



Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN:  PAIP air pecah sepatutnya dibaikpulih dengan segera untuk mengelakkan pembaziran air, apatah lagi di musim kemarau ini. Namun, melihatkan keadaan batang paip di sebuah laluan SK Sultan Ismail (3) yang tidak dibaikpulih menandakan bukan sahaja tidak ada kerjasama daripada penduduk di kawasan itu untuk melaporkannya kepada pihak Air Kelantan Sdn. Bhd akan menyebabkan berbilion gelen air terpaksa dibuang begitu sahaja. Sepatutnya penduduk di kawasan terbabit cakna dengan masalah yang timbul di kawasan mereka.



Foto ini dirakam di Jalan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (3), Kota Bharu, Kelantan pada 8.8.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan