RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-1.blogspot.com

Sabtu, 1 September 2012

Strok: Rawat Cara Urut


STROK: RAWAT CARA URUT

PASIR MAS, KELANTAN:  STROK adalah satu istilah penyakit zaman moden yang berpunca dari masalah saraf dalam tubuh manusia. Tetapi penyakit ini berasal dari zaman Nabi Sulaiman a.s  yang berpunca dari gangguan sejenis makhluk jin yang mengalir dalam darah manusia yang digelarkan sebagai "angin merah". Walaupun dalam perubatan moden memanggilnya "penyakit strok", tetapi dalam istilah perubatan tradisional ia dipanggil "angin ahmar". Mangsa yang menderita penyakit ini menyebabkannya tidak boleh berjalan, gagal untuk menggerakkan tangan, muka atau wajah herot sebelah dan badan menjadi lumpuh. Ia dikatakan berpunca dari beberapa sebab seperti masalah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Tetapi melalui kaedah rawatan tradisional, jika beberapa bahagian anggota berasa kebas dan lenguh adalah sebagai tanda-tanda awal penyakit tersebut dan hal berkenaan perlulah dirawat atau diurut dengan kadar yang segera.

Walaupun rawatan moden yang menggunakan teknologi canggih dikatakan mampu merawat penyakit strok, tetapi dalam banyak keadaan didapati gagal untuk menyembuhkan penyakit berkenaan. Apatah lagi, apabila sejarah pesakit terbabit dianggap telah lama menghidap penyakit berkenaan, ini tentunya mendatangkan banyak masalah untuk dirawat.

Sebab itulah, jika penyakit yang melibatkan urat saraf, kebanyakan pesakit menggemari rawatan yang dilakukan secara tradisional. Rawatan tradisional ini pada hakikatnya tidak diyakini oleh segelintir masyarakat kerana menganggapnya tidak masuk akal, sedangkan rawatan seumpamanya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun lalu lagi. Manakala rawatan moden hanya mula dipraktikkan dalam masa 600 tahun kebelakangan ini.

Merujuk tentang rawatan tradisional khususnya yang melibatkan urutan urat saraf seperti penyakit strok ini, di Kelantan sendiri terdapat beberapa pakar urut penyakit strok yang mahir dalam bidang mereka. Salah seorang pakar urut penyakit strok yang sempat ditemui Penulis, Zamri bin Zakaria, 51, atau lebih dikenali sebagai Pak Yie dari Kampung Tanjung Rendang, Lemal, Pasir Mas, Kelantan.

Menurut Zamri, beliau menjadi tukang urut strok sejak 20 tahun lalu iaitu ketika berusia 20 tahun. Beliau mendapat ilmu mengurut ini dari keturunannya sendiri iaitu dari moyangnya sejak turun-temurun yang beliau gelarkan sebagai Mak Teh Timah, di mana moyangnya itu bukan sahaja pakar urut yang disegangi di kampungnya tetapi amat mahir dalam memandikan mayat dan berbidan. Apabila disebut sahaja nama Mak Teh Timah, para penduduk di kampungnya itu akan sedia maklum tentang kemahiran moyangnya itu.

Katanya, asalnya beliau berminat sebagai tukang urut sejak zaman remajanya di mana ketika itu beliau belum lagi mendirikan rumahtangga. Suatu hari, ketika beliau tertidur kerana agak terlalu penat bekerja sebagai pekerja kampung. Dalam tidurnya itu, beliau bermimpi seolah-olah beliau mengajar satu ilmu itu kepada dirinya sendiri tentang kaedah dan teknik mengurut sebagaimana yang diamalkannya sehingga hari ini.

"Situasi ini memang sudah hendak dipercayai. Bagaimana saya boleh mengajarkan diri sendiri tentang satu ilmu yang sukar digambarkan. Teknik yang saya perolehi itu saya gunakannya sehingga hari ini dalam usaha mengurut pesakit", jelasnya.

Ditanya tentang bagaimana cara dan kaedah beliau mengurut, beliau terlalu sukar untuk menjelaskannya. Tetapi melalui ilmu yang diperolehinya itu beliau dapat merasai sesuatu anggota dan saraf yang bermasalah melalui deria rasa tangannya. Ini bermakna, apabila tapak tangannya dapat menyentuh kulit pesakit, ketika itulah beliau dapat mengetahui apakah masalah yang dihadapi oleh pesakit terbabit dan urat serta saraf yang mana yang telah mengalami kerosakan.

Sebagai contohnya, jika sesuatu urat saraf pesakit itu bermasalah dan sakit beliau akan dapat mengesan di mana puncanya melalui sentuhan "tangan ajaibnya". Dalam pada itu, kaedah urutan yang diamalkannya tidak menggunakan wirid atau doa tetapi melalui sentuhan deria rasa tangannya. Beliau akan dapat mengetahui urat saraf itu tidak betul atau urat saraf berkenaan tidak berfungsi, beliau akan berusaha mencari jalan untuk memulihkannya supaya saraf itu kembali berfungsi walaupun hakikat sebenarnya saraf terbabit didapati telah mati.

Misalnya bagi pesakit strok yang berusia lebih 50 tahun didapati tangannya tidak dapat digerakkan. Beliau menjelaskan, hal ini disebabkan urat saraf manusia yang terletak di bahagian belakang badan didapati bermasalah. Dalam hal yang demikian, perlulah urat saraf di bahagian tersebut diurut dan dipulihkan supaya masalah tangan kanan misalnya yang tidak dapat digerakkan itu berjaya dipulihkan. Kaedah mengurutnya ialah bermula di bahagian bawah badan seperti di bahagian tapak kaki sehingga bahagian badan dan baik ke atas.

"Ini bermakna, segala masalah yang melibatkan urat saraf di seluruh tubuh perlulah dipulihkan di bahagian bawah badan iaitu di bahagian tapak kaki kerana di situlah "panel kawalan" dalam tubuh manusia", ujar Zamri.

Menurutnya, serangan penyakit strok berlaku meliputi pelbagai sebab utama seperti darah tinggi, pengawalan makanan yang tidak diberikan perhatian, makanan yang mengandungi kolestrol, apatah lagi badan penat (menggunakan khidmat urat saraf) tetapi tidak pernah diurut juga akan mendatangkan masalah. Contohnya, apabila kita berasa lenguh lalu kita tidak mempedulikannya, lama-kelamaan penyakit lenguh itu akan mendatangkan masalah kepada saraf. Saraf yang dirasakan lenguh itu adalah serangan yang dialami oleh urat saraf, dengan demikian perlulah diservis atau dipulihkan. Apabila satu bahagian saraf bermasalah, tentunya akan dialami oleh bahagian saraf yang lain pula.

Katanya, apabila kita berasa kebas sama ada dialami oleh tangan, kaki dan sebagainya adalah tanda-tanda awal akan diserang strok tersebut. Ia disebabkan perjalanan darah tidak seimbang yang meliputi beberapa hal seperti masalah urat saraf itu sendiri. Hal seumpama ini perlu diberikan perhatian sebelum ia menjadi lebih parah. Misalnya bagi sesetengah masalah, jika duduk bersila agak terlalu lama dan apabila bangun dari duduk itu pastinya akan berasa kebas di mana-mana bahagian. Itu sebagai tanda awal akan mengalami masalah strok, wajarlah ia diurut supaya masalah berkenaan pulih sepenuhnya.

Setakat ini menurutnya, pesakit strok yang pernah dirawatnya melebihi 2,000 orang dan usia pesakit berkenaan tidak menentu. Kadang-kadang terdapat pesakit strok berusia 80 tahun, 50 tahun, 12 tahun, 9 tahun dan 7 tahun (bahagian muka) seperti mata tidak berkelip dan muka serta wajah herot sebelah.

Menurut Zamri, ramai pesakit strok yang pernah menerima rawatan dan urutan darinya bukan sahaja dari Kelantan tetapi juga dari luar negara seperti dari Jeddah, Taiwan dan sebagainya. Kebanyakan yang datang sama ada dua atau tiga pesakit akan menemuinya untuk mendapatkan rawatan darinya.

Manakala kebanyakan pesakit strok dari luar Kelantan seperti dari Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan banyak lagi. Kebanyakan pesakit berkenaan akan menyewa di beberapa hotel di Kelantan lalu setiap pagi mereka akan datang ke rumahnya untuk mendapatkan rawatan tersebut. Mereka berkunjung ke rumahnya dengan kenderaan sendiri dan kereta sewa yang menunjuk arah ke rumahnya.

"Kadang-kadang, jika didapati pesakit terbabit tidak dapat datang ke Kelantan kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, saya sendiri akan ke rumah pesakit. Misalnya pengalaman saya ke rumah pesakit terbabit di Kuala Lumpur. Saya pernah merawat penyakit strok yang dalam kategori "agak berat" di sana", katanya.

Sambungnya, bukan sahaja penduduk setempat yang sering menerima rawatan berhubung dengan masalah strok yang tidak pernah menerima rawatan di hospital. Namun, paling ramai juga pesakit dari hospital yang datang menerima rawatan darinya. Setakat ini menurutnya, lebih dari 500 pesakit strok yang keluar hospital datang menerima rawatan darinya. Ini termasuklah beberapa pesakit yang terdiri daripada seorang Pembantu Perubatan (H.A) dari sebuah hospital di Pasir Mas, Kelantan sendiri. Hasil urutan yang dijalankannya, pembantu perubatan tersebut akhirnya dapat meneruskan tugasnya seperti biasa kerana telah sembuh sepenuhnya, sedangkan pada awalnya terpaksa diusung.

Berhubung dengan bayaran khidmat setiap kali selepas rawatan dijalankan, beliau tidak meletakkan harga yang wajar dibayar oleh pesakit. Katanya, bagi golongan berada akan membayarnya agak lebih. Hal ini telah dimaklumkan oleh arwah bapanya bahawa, walaupun pesakit tersebut tidak mempunyai sumber kewangan, beliau wajar mengurut pesakit tersebut.

Di akhir bicara, untuk mengelakkan masalah urat dan saraf menjadi rosak apatah lagi sebelum diserang penyakit strok, beliau menasihatkan kepada setiap pesakit bahawa, jika mangsa telah mengetahui menghidap penyakit darah tinggi, beliau berharap pesakit terbabit tidak menjamah hidangan malam.

Ini kerana menurutnya, lazimnya kebanyakan di kalangan orang-orang Melayu bukan sahaja gemar menjamah hidangan malam dengan berselera, tetapi mengambil makanan dalam jumlah yang banyak pula. Hal ini bukan sahaja akan mudah menghidap darah tinggi, penyakit kencing manis juga memang menjadi penyebab serangan penyakit strok jika hal ini terus dijadikan sebagai suatu budaya atau amalan.

Sementara itu menurutnya, tentang pengambilan daging yang berlebihan dalam hidangan menurutnya berdasarkan kepada kualiti darah masing-masing. Misalnya jika kita mengalami masalah sakit dan pening kepala, jadi adalah lebih baik pengambilan daging dikurangkan.

Justeru katanya, apabila berasa tubuh tidak begitu selesa, bahagian leher dan tengkuk berasa berat dan kepala berasa pening, adalah lebih baik menerima rawatan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan terbabit. Jika pihak doktor memaklumkan tentang kolestrol dalam darah agak berlebihan, bolehlah beliau memulakan urutan untuk memulihkan urat dan saraf terbabit.

Zamri bin Zakaria atau Pak Yie boleh dihubungi di talian:
012-9679576 

Zamri bin Zakaria atau Pak Yie.

Pak Yie ketika ditemubual Penulis di sebuah warung kopi.

Salah seorang pesakit strok sekadar baring sahaja.

 Pesakit strok telah dirawat melalui kaedah urut oleh Pak Yie.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

58 ulasan:

  1. Assalamualaikum semua...kepada sesiapa yang menghidapi penyakit angin ahmar boleh hubungi saya.insyAllah saya bleh membantu bg memulihkan penyakit tersebut.dh ramai testimoni yg saya buat terhadap penghidap strok sumuanya sgt berpuas hati dgn kesan serta perubahan dlm masa 40minit sj.semuanya dgn izin Allah.saya hanya ingin membantu (012-5579732)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ingin bertanye. encik tinggal di mana ??? kalau berdekatan insyallah ayah saye ingin membuat rawatan dan berapa kos yg dikena kan ?

      Padam
    2. Mama sy strok...blh bantu dan minta no wassap

      Padam
    3. Mama sy strok...blh bantu dan minta no wassap

      Padam
  2. 4 hari lepas ibu saya telah mendepat stroke dibahagian kanan kaki dan tangan. Beliau tidak jatuh. Walaupun bahagian tersebut tidak dapat digerakkan tapi bahagian tersebut masih terdapat fungsi rasa. Umur ibu saya 67tahun, masihkan boleh diubati dan berapa kos rawatan yg dikenakan

    BalasPadam
  3. Seorg pakar strok yg sgt mahir dan berpengalaman iaitu Pak Su Daud, tinggal berhampiran Sekolah Dato Biji Wangsa Tumpat. Beliau telah berpuluh tahun merawat strok dan blh dikatakan 90% telah sembuh hasil ikhtiar beliau dgn izin Allah. Salah seorg pesakit strok iaitu seorg guru agama dan guru Al Quran tersohor Ust Hj Abdul Rahman Hussain Kg Pintu Geng Kota Bharu telah sembuh sepenuhnya setelah bbrp kali dirawat Pak Su Daud pd tahun 2003. Rawatan dibuat bbrp kali shj dan kebanyakan pesakit cpt menunjukkan prubahan krn Pak Su Daud menggunakan teknik yg tepat utk merawat strok. Sesiapa yg brkenaan segeralah menemui Pak Su Daud utk rawatan. Beliau blh dihubungi melalui talian: 010-811 0998. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha kita semua. Insya Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ingin bertanya, cara rawatan yg bagaimana beliau gunakan? Teknik urutan atau cara lain?

      Padam
  4. Terima kasih dengan info Ez Mind pada 21.7.2015. Insya Allah, kami akan menghubungi dan menemui Pak Su Daud untuk ditemubual nanti. - Editor.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..saya ingin tahu siapa yang boleh saya hubungi untuk mengurut anak kecil 2 tahun strok..anak saya kena strok sebelah kiri .saya berada di kawasan shah alam.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum..saya ingin tahu siapa yang boleh saya hubungi untuk mengurut anak kecil 2 tahun strok..anak saya kena strok sebelah kiri .saya berada di kawasan shah alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian budak umur 2thn.. Dicadangkan jika diselangor hubungi tukang urut strok en.tajaruddin..

      pusat rawatan no.26 jalan 3/76 seksyen 3 43650 bandar baru bangi, selangor..

      No tel: 012-604 7697

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  7. Sy ada ank 7 tahun. Di kawasan Pahang sy boleh contact siapa.

    BalasPadam
  8. Sy ada ank 7 tahun. Di kawasan Pahang sy boleh contact siapa.

    BalasPadam
  9. Kesian ank kecil tu..mdh2an Allah bg ksmbuhan..utk org dewasa yg prlukan khidmat urutan tradisional blh hubungi sy di talian 011-11036311...sy menetap di kota bharu

    BalasPadam
  10. Kepada rakan2,kaum family.. yg ada masalah Stroke yg tinggal dikawasan sekitar Johor Bahru atau pasir Gudang...boleh hubungi En.M.Salleh ditalian 010-7773407.beliau adalah "PAKAR URAT SARAF"...insyaallah boleh Diikhtiarkan Disana,beliau Sudi membantu,.beliau juga merawat penyakit Lain zahir Dan Batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blh bg alamat lengkap en.M.salleh x? Sy dr kota Tinggi..terima kasih..

      Padam
    2. Kedai Urut no.4,Bangunan haji Baharum,Jalan Muafakat,Kampung Pasir Putin,pasir Gudang,Johor.
      .
      #Kedai Dia bersebelahan kedai Tayar Dan Berhampiran kawasan Perkuburan Islam
      .
      #Nama kedai "RAWATAN TERAPI URUT TRANSFER ENERGY CAHAYA" @ Terapi Nur syifa...(signboard kuning kecil )

      Padam
    3. Boleh datang ke hospital tak untuk mengurut?

      Padam
  11. Maaf ingin bertanya..jika di Melaka..ada tak pakar urut saraf..tahun2 sebelum mak saya saya kena 'mild stroke'..pegang barang terus terlepas...hari ni pula jatuh tergelincir..kaki tak kuat..

    BalasPadam
  12. Salam..mohon pertolongan..ayah saya berusia 66 tahun kena stroke..sekiranya tuan & puan tahu tempat mendapatkan rawatan di Perak, mohon maklumkan saya. Terima kasih

    BalasPadam
  13. Sy mncari tukang urut utk strok yg dah lebih setahun.. mak sy strok dikedua2 bhgn bdan.. sy tgl di Putrajaya.. kalau ade yg blh urutkn dgn bayaran yg berkemampuan oleh sy mohon kongsi ye.. tq

    BalasPadam
  14. Sy mncari tukang urut utk strok yg dah lebih setahun.. mak sy strok dikedua2 bhgn bdan.. sy tgl di Putrajaya.. kalau ade yg blh urutkn dgn bayaran yg berkemampuan oleh sy mohon kongsi ye.. tq

    BalasPadam
  15. Slm tuan, ada info tkg urut stroke di N9? Sy di port dickson.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  16. Hi saya minta bantuan segera untuk rawatan strok untuk mak. Sila call / message 0133995050

    BalasPadam
  17. Hi saya minta bantuan segera untuk rawatan strok untuk mak. Sila call / message 0133995050

    BalasPadam
  18. Di perlis ada x yg pndai mengurut pasca stroke?

    BalasPadam
  19. Di perlis ada x yg pndai mengurut pasca stroke?

    BalasPadam
  20. Mak saya kena strok bahagian kanan selama 2 bulan. Ada mana2 yg dari kuala lumpur?

    BalasPadam
  21. Salam. Mak saya kena strok sebelah badan sudah bertahun2. Duduk area kota bharu. Boleh bgtau sapa2 yang boleh sy contact?

    BalasPadam
  22. assalamualaikum sy md nor umur 28thn dan telah mewarisi ilmu urutan bagi masalah stroke,gout, dan masalah2 saraf lain bagi sesiapa yg xsedap badan urat tegang, sakit accident dan sebagainya in shaa Allah, sy sedia membantu berikhtiar Allah jua yang menyembuhkan sekiranya itu yg Allah kehendaki dengan keizinanNya... blh contact sy

    whatsapp 01111969905
    call/sms 0169866401

    BalasPadam
  23. MASALAH STROKE GOUT DAN LAIN2 BERKAITAN SARAF.

    assalamualaikum sy md nor umur 28thn dan telah mewarisi ilmu urutan bagi masalah stroke,gout, dan masalah2 saraf lain SY BUKAN TUKANG URUT CARI MAKAN MISKIN/KAYA SEMUA LAYAK MENDAPATKAN RAWATAN TIADA HARGA KHUSUS YG DITETAPKAN SY TAMPIL KERANA ALLAH SUPAYA DIKENALI JIKALAU SY BERDIAM DIRI MAKA ILMU SAYA SIA2 TANPA MEMBANTU bagi sesiapa yg xsedap badan urat tegang, sakit accident dan sebagainya in shaa Allah, sy sedia membantu berikhtiar Allah jua yang menyembuhkan sekiranya itu yg Allah kehendaki dengan keizinanNya... blh contact sy

    whatsapp 01111969905
    call/sms 0169866401

    lokasi utama kelantan. lokasi kedua, berdekatan pasar borong selangor(hanya ketika musim melawat mak saudara)

    info sampingan: sy juga menjual software komputer bagi sesiapa yg memerlukan apa2 perisian baik utk kegunaan pribadi atau kegunaan industri apa2 software shj in shaa Allah sy blh dptkan...

    -md nor(si tukang urut saraf/ professional Hairstylist-Hairdresser/Tech-Guy IT Specialist)

    BalasPadam
  24. assalamualaikum sy md nor umur 28thn dan telah mewarisi ilmu urutan bagi masalah stroke,gout, dan masalah2 saraf lain bagi sesiapa yg xsedap badan urat tegang, sakit accident dan sebagainya in shaa Allah, sy sedia membantu berikhtiar Allah jua yang menyembuhkan sekiranya itu yg Allah kehendaki dengan keizinanNya... blh contact sy

    whatsapp 01111969905
    call/sms 0169866401

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam saudara mat nor bila tuan turu ke kl? Kalu turun krkl sudilah whatsapp sy di 0122469692-

      Padam
  25. Urut tradisonal di kota bharu..sila hubungi sy 01111036311 call/whatsapp...sedia dtg ke rumah anda

    BalasPadam
  26. siapa ada contact number tukang urut stroke kws machang., kelantan..

    BalasPadam
  27. en zamri ni tinggal di mana ? ada alamatkahb?

    BalasPadam
  28. Di sabah ada tak pakar urut pesakit strok.Tolong duluh orang susah

    BalasPadam
  29. Untuk rawatan strok, darah tinggi, masalah tubuh badan boleh hubungi/wassap kami di Shah Alam
    01132506417, nak lihat testimoni2 layari fb kami urutproshahalam

    BalasPadam
  30. BADANG THERAPY JITRA
    RAWATAN STROKE 12X/20
    CALL @ WHATSAPP : 012 4600003
    TERIMA KASIH

    BalasPadam
  31. Salam, ada ke tukang urut traditional lelaki, untuk sakit urat,

    BalasPadam
  32. Assalamuaaikum..blh urut pesakit pmpuan x?mak saya kna stroke sebelah badan(sebelah kanan)..blh bg no fon x..utk pngetahuan tuan sya tggal di perak..

    BalasPadam
  33. AREA IPOH ADE TAK YG BOLEH URUT ORG KASIT STROEK ....DSAH 10 BULAN KENA STROK...KLU ADE AREA IPOH TLG CALL NUMBER NI 019-5060608 AHSAN ....

    BalasPadam
  34. area bandar baru bangi ada tak pakar urut stroke untuk perempuan..

    BalasPadam
  35. Amat diperlukan segera...stroke bdn..kepala bhgian kiri..tengkuk tegang,kaki jgk tgn...blh call saya Amir 012 3720272

    BalasPadam
  36. Salam ada tak pengurut Strok perempuan area mchang

    BalasPadam
  37. Sya mencari tukang urut stroke area jengka pahang

    BalasPadam