USAHAWAN KUDA
TUMPAT, KELANTAN: HOBI memelihara kuda dan melakukan aktiviti yang bersabit dengannya bukan sahaja memberikan banyak manfaatnya kepada diri sendiri, namun selebihnya juga dapat dimanfaatkan oleh orang lain dalam konteks pelbagai sudut. Selain individu yang mengusahakannya bergelar "usahawan kuda" tetapi juga ilmu yang dimiliki tentangnya boleh dikongsi bersama dengan orang lain dan dalam masa yang sama, akan mewujudkan aktiviti yang berfaedah untuk dinikmati oleh orang lain pula.
Seorang pemilik dan pengusaha kuda yang layak digelarkan usahawan muda, Anas bin Ariffin, 19, atau lebih dikenali sebagai Anas dari Kampung Paloh, Palekbang, Tumpat, Kelantan berkata, beliau mengusahakan ternakan kuda ini pada awal tahun 2004 bersama bapanya. Beliau yang telah dilabelkan sebagai "usahawan kuda" berbuat demikian kerana didorong oleh minat yang begitu mendalam selain dapat menjadikan haiwan berkenaan sebagai haiwan tunggangan yang terbaik untuk golongan muda dewasa ini.
"Minat utama saya ialah menunggang kuda. Ini kerana, orang suka menunggang kuda kesihatannya akan lebih terjamin, apabila urat dan saraf manusia seperti dirawat secara tidak langsung", ujarnya ketika ditemui Wartawan RELATIF di kediamannya.
Katanya, kebanyakan kuda yang diternaknya itu dibeli oleh bapanya dari Kuala Terengganu dan tentang harga menurutnya agak tidak menentu. Misalnya "kuda padi" boleh dibeli dengan harga antara RM2,000 hingga RM3,000 seekor. Manakala jika kuda baik dengan harga RM8,000 hingga RM11,000 pun ada. Lazimnya, kuda yang baik ini beliau akan membuat kacukan untuk mendapatkan generasi baka yang baik juga.
Di antara kuda baik yang dimaksudkannya selain kuda padi terdiri dari kuda Arab, Angelo dan Telebrate. Kuda padi lazimnya diperolehi dalam negara kita. Misalnya kuda Angelo adalah sejenis kuda kacukan dari Arab dengan baka lain.
"Lazimnya, kuda yang boleh ditunggang apabila mencecah usia tiga tahun kerana dalam usia berkenaan tahap ketahanan dan kecergasan kuda agak minimum. Manakala untuk kuda racing dalam usia antara 5 hingga 6 tahun", ujarnya.
Dalam pada itu menurut Anas, sesetengah pemilik kuda gemar memasang ladam di kaki kuda untuk menjadikan kaki kuda agak kuat selain sebagai alat keselamatan kaki haiwan tersebut. Namun bagi beliau, pilihan adalah di tangan pemilik dan pengusaha kuda itu sendiri. Ini kerana, sepanjang penglibatan beliau dalam ternakan kuda beliau tidak pernah memasang ladam untuk kudanya setiap kali membawa kuda berkenaan memasuki pertandingan atau bersiar-siar di luar kandang.
Menurut Anas lagi, kuda yang diternak dan dilatihnya itu hanya khusus untuk pertandingan dan perlumbaan peringkat Negeri Kelantan sahaja. Biasanya kuda jenis ini tahap kelajuan haiwan berkenaan mencecah 60 kuasa kuda sahaja.
Tambahnya, amalan yang sering dilakukannya untuk memberi makanan kepada kuda-kuda yang diternaknya hanya dua kali sehari iaitu di sebelah pagi dan malam. Di antara jenis makanan kuda seperti salad kuda, rumput segar (seperti rumput lembu). Namun, terdapat makanan kuda yang sering diberikan oleh kebanyakan penternak kuda dikenali sebagai makanan racing di mana harganya melebihi RM200 (bagi tiga kilo). Perbelanjaan makanan kuda (khusus untuk seekor kuda) hanya sebanyak RM10 sehari sahaja.
Bercerita tentang pertandingan yang pernah dihadirinya, kuda-kuda beliau pernah memasuki pertandingan yang diadakan di Kota Bharu seperti di Jalan Padang Tembak (Pengkalan Chepa), Pasir Hor (Kota Bharu) dan di Pasir Puteh. Katanya, kuda yang diternak dan dilatihnya itu pernah berentap dan menyandang "juara" beberapa kali setiap kali memasuki pertandingan lumba kuda dan setakat ini telah menyandang juara sebanyak lima kali.
"Di antara kategori kuda yang dibolehkan memasuki sesuatu pertandingan seperti kuda padi dari kategori A, B, C, D dan kacukan Kelantan. Manakala kuda dari kategori A lazim digunakan dalam setiap pertandingan kerana kuda berkenaan memang khusus untuk tujuan itu", ujarnya.
Bercakap tentang penyakit yang dihidapi kuda, menurutnya kuda juga seperti haiwan ternakan lain seperti lembu juga menghidap penyakit. Menurutnya, apabila kuda dihinggapi penyakit terpaksalah pihaknya mendapatkan khidmat seorang doktor haiwan dan Doktor Jaafar adalah seorang doktor haiwan yang agak disegani di Palekbang. Katanya, rawatan yang diberikan terhadap kuda dibuat apabila melihat kuda-kuda terbabit mengalami masalah kesihatan, terpaksalah doktor haiwan dipanggil dengan segera. Manakala ubat kecacingan diberikan dalam tempoh enam bulan sekali, ini termasuklah vitamin untuk kuda.
Manakala kuda yang mengalami masalah kesihatan dapat dikesan secara fizikal seperti keadaan kuda yang murung. Tetapi jika kuda berkenaan menunjukkan lebih daripada stamina dan semakin galak untuk menunjukkan kuda-kuda berkenaan dalam keadaan sihat dan cergas, malah lazimnya kuda-kuda berkenaan paling sukar untuk dipegang talinya.
"Kuda juga boleh dimakan sebagai "penawar kesihatan". Lazimnya, kuda yang mengalami masalah kesihatan sahaja yang disembelih untuk dimakan", katanya.
Sambungnya, najis kuda memang berbeza dengan najis lembu. Najis kuda tidak berbau busuk tetapi najis lembu bukan sahaja agak busuk, mengotorkan persekitaran tetapi amat bahaya kepada pernafasan manusia. Najis kuda memang senang dibuang kerana rupanya yang seakan dengan warna tanah, malah pernah juga dijadikan sebagai baja. Biasanya, najis kuda dicampur dengan habuk kayu untuk tujuan itu.
Katanya, bagi penunggang yang belum pernah naik kuda, salah seorang penjaga kuda perlu memegang kuda berkenaan untuk mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini, apabila kuda tersebut terkejut dengan kehadiran seseorang yang tidak mahir dengan keadaan kuda.
"Kuda memang kenal dengan penjaga atau tuannya melalui "suaranya" yang girang. Apabila kuda itu mengenali seseorang, kuda akan mengeluarkan suara gembira sebagai tanda haiwan berkenaan menerima kedatangan orang terbabit.
"Lazimnya, untuk menjadikan kuda mengenali penjaga dan tuannya, tuannya itu perlu sentiasa berada di samping kudanya dalam tempoh masa tiga jam sahaja pun dianggap sudah memadai.
"Biasa terjadi, kuda amat takut terhadap orang yang tidak dikenali yang cuba mendekatinya, kuda berkenaan akan bertindak berlari dengan mengejut dan pantas. Apabila orang yang tidak dikenali itu cuba menyentuh dan menaiki kuda, kuda berkenaan akan melambung-lambungkan mangsanya supaya jatuh sebagai amaran untuk tidak menyentuh kuda tersebut", tambah Anas lagi.
Sementara itu menurut seorang peminat kuda, Mohd. Tarmizi bin Abdul Rahman, 33, atau lebih dikenali sebagai Megat dari kampung yang sama berkata, beliau merupakan seorang peminat tegar kuda. Selepas waktu kerja dan apabila mempunyai ruang masa, beliau akan ke rumah Anas untuk cuba menunggang kuda yang menjadi kegemarannya sejak dulu.
"Saya berminat dengan kuda sejak dari zaman kanak-kanak, namun disebabkan ketika itu kuda belum ada lagi, minat saya sekadar tinggal minat saja", katanya.
Menurutnya, semenjak sering ke rumah Anas kerana tinggal di kampung yang sama, beliau pernah beberapa kali menunggang kuda berkenaan. Ketika ditanya tentang perasaannya dapat menunggang kuda tersebut, beliau agak begitu seronok dan senang hati kerana dapat menunggang haiwan berkenaan. Kalau diharapkan untuk memilikinya sendiri, beliau tidak mampu berbuat demikian.
Tambahnya, bagi setiap penunggang baru akan merasai pengalaman seperti mudah terjatuh kerana belum biasa duduk di atas belakang kuda. Apatah lagi, sesetengah kuda terutamanya bagi kuda yang baru diajar, pasti akan terkejut kerana merasai sesuatu yang belum pernah dialami oleh kuda tersebut.
"Kuda mempunyai keistimewaan dan menjadi penawar untuk beberapa jenis penyakit yang dialami oleh manusia seperti dapat merawat uluran terutamanya uluran angin, urat saraf dan sebagainya. Jadi, bagi sesiapa yang berharap kepada kesihatan yang baik, cuba-cubalah menunggang kuda, pasti akan mendapat jawapannya", jelasnya.
Beliau juga berharap kepada golongan muda yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan supaya berjinak-jinak dengan aktiviti berkuda, kerana selain memperolehi pengalaman baru, paling utamanya ialah kita akan dapat mengetahui tentang dunia haiwan dan dapat menyemai sifat sayangkan haiwan sebagai rakan akrab yang saling memerlukan.
Anas bin Ariffin boleh dihubungi di talian:
014-8210811
Anas bin Ariffin atau Anas.
Anas ketika diwawancara Wartawan RELATIF di kediamannya.
Peminat tegar kuda, Mohd. Tarmizi bin Abdul Rahman atau Megat.
Beberapa jenis kuda.
Penjaga kuda.
Seekor kuda ditempatkan untuk sebuah kandang.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
ada contact no anas tak? sedang mencari kuda untuk dibeli.
BalasPadamsaya amat berminat untuk memiliki kuda,, tapi harganya mahal, sekadar hoby. klu ada emilkan saya karina.sofea@gmail.com boleh kita runding harga terima kasih salam..
Padamsalam...saya bernminat nak bela kuda..ada yang dijual x??
BalasPadamkalau ada jual tlg sms no ni 0124047907
BalasPadamAssalamualaikum - blh saya dptkan contact no anas / megat. tksh byk2 Azmi
BalasPadamassalamualaikum , saya ada minat untuk membela seekor anak kuda .. lebih suka pada warna hitam tetapi coklat un ok jugak . Kalau ada yang nak dijual boleh bagitahu tak ? Terima kasih ..
BalasPadamkat iklan mudah.com banyak jugak kuda untuk dijual ya.
BalasPadamSalam. Sesiapa yang berminat untuk membeli kuda boleh hubungi saya. Terdapat banyak pilihan kuda pada harga yang berpatutan.
BalasPadamAdzrul Azman +60134892020.
Tempat dekat mana??
PadamTempat dekat mana??
Padam