TEMPAT GIAN DADAH
PASIR MAS, KELANTAN: AKTIVITI yang dianggap tidak sihat dan menyalahi undang-undang lazimnya dilakukan secara diam dan tersembunyi. Pelakunya pula melakukannya secara senyap untuk tidak diketahui oleh orang lain yang tinggal berdekatan kerana bimbang diserbu oleh pihak berkuasa. Lantas golongan berkenaan akan membuat perjumpaan di tempat tersembunyi terutamanya di dalam kawasan hutan belukar dan biasanya dilakukan pada waktu malam hari sehingga waktu pagi kerana pada masa berkenaan penduduk di kawasan terlibat sedang nyenyak tidur.
Sememangnya aktiviti golongan berkenaan agak licik dan salah satu tempat yang selalu menjadi tumpuan ialah sebuah rumah kosong yang terletak dalam kawasan hutan dan semak-samun yang telah lama ditinggalkan oleh pemiliknya di Kampung Belukar Aur Cina dekat sini. Walaupun rumah berkenaan telah dirobohkan sebahagian bumbung dan lantainya, namun bagi golongan yang giankan najis dadah tidak mempedulikan hal itu. Mereka sanggup menjadi keldai dadah semata-mata keuntungan yang berlipat kali ganda apatah lagi dapat melepaskan gian terhadap bahan berbahaya itu.
Walaupun tempat najis dadah berkenaan memang diketahui umum di kampung itu, namun sebilangannya tidak ingin membuka mulut kerana bimbang diapa-apakan. Keadaan ini disebabkan golongan berkenaan mempunyai 'kaki' yang boleh memberikan isyarat kepada ahli-ahlinya untuk segera beredar atau melarikan diri sekiranya diketahui oleh pihak berkuasa.
Sebuah kawasan yang dulunya menjadi tempat muda mudi berpesta seks dan melakukan maksiat sambil melepaskan gian dadah, kini telah bertukar sepenuhnya menjadi tempat perjumpaan golongan gian dan keldai dadah. Walaupun pada masa itu kampung berkenaan sering menjadi pertempuan banyak mata golongan keldai dadah, kini pertemuan berkenaan dilakukan hanya seminggu sekali. Lazimnya pertemuan berkenaan berlangsung dalam suasana biasa yang berlangsung di sebelah petang yang kebanyakannya dihadiri golongan penunggang motosikal.
Kini, sebuah rumah yang sering menjadi tempat pertemuan melepaskan gian bahan itu di kampung berkenaan telah dirobohkan kerana pemiliknya telah meninggal dunia, namun pertemuan sekali-sekala itu terus berlaku walaupun tidak sekerap dulu.
Rumah kosong ini terletak dalam semak-samun menjadi kegemaran golongan yang giankan dadah.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan