RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-1.blogspot.com

Ahad, 15 April 2012

Foto: Jalan Maut

JALAN MAUT
Ruangan ini memaparkan tentang Foto: Jalan Maut yang melibatkan laluan darat dan air
Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH




TANAH MERAH, KELANTAN


TANAH MERAH, KELANTAN:  REMAJA perempuan juga dua kali lima dengan penunggang dan pembonceng lelaki apabila mereka juga tidak memakai topi keledar ketika menunggang di jalan raya utama. Sikap seumpama ini sebenarnya membahayakan nyawa. Kelihatan remaja perempuan yang menunggang dan membonceng motosikal di laluan utama tidak memakai topi keledar sebagai peralatan keselamatan untuk motosikal.

Foto ini dirakam di Kampung Paloh, Tanah Merah, Kelantan pada 14.7.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
PASIR MAS, KELANTAN


PASIR MAS, KELANTAN:  GOLONGAN remaja adalah antara penunggang tegar yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang dan membonceng motosikal di jalan raya. Lihatlah dua remaja lelaki ini yang mana tangan kanan penunggang ini sedang memegang pedal motosikal, sementara tangan kirinya pula memegang sebuah tong gas tanpa memakai topi keledar termasuk pemboncengnya.

Foto ini dirakam di Kampung Chetok, Pasir Mas, Kelantan pada 14.7.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
PASIR PUTEH, KELANTAN



PASIR PUTEH, KELANTAN:  PEMAKAIAN topi keledar khususnya terhadap penunggang-penunggang motosikal adalah wajar untuk mengelakkan risiko terhadap anggota kepala. Apabila mengenakan topi keledar tahap risiko dianggap rendah sekiranya berlaku nahas jalan raya, namun sebaliknya pula bagi kalangan penunggang yang tidak berbuat demikian.

Foto ini dirakam di Kampung Tebing Tinggi, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan pada 30.6.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN



KOTA BHARU, KELANTAN:  PENUNGGANG motosikal yang tidak berhemah memang terang-terang melanggar peraturan jalan raya dan mereka dianggap tidak takut mati. Salah satu sebabnya, minda mereka tidak terfikir tentang risiko jika motosikal yang ditunggang nahas, nyawa pasti melayang. Asalkan dapat motosikal, mereka tidak pedulikan perkara lain apatah lagi yang melibatkan nyawa mereka sendiri.

Foto ini dirakam di laluan utama Kadok, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan pada 17.4.2010.

Teks dan Foto:
 AZMI MOHD. SALLEH
  PASIR MAS, KELANTAN



PASIR MAS, KELANTAN:  SERONOKNYA ketiga-tiga penunggang motosikal ini melalui laluan utama tanpa mengenakan topi keledar yang sepatutnya menjadi amalan setiap penunggang dan pembonceng sebagaimana yang diwajibkan di dalam peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Namun, disebabkan mereka menganggapkannya tidak berbahaya, mereka bebas melakukannya. 

 Foto ini dirakam di laluan utama Tendong, Pasir Mas, Kelantan pada 1.1.2011.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN



KOTA BHARU, KELANTAN:  MEMANG selesa dan seronok jika tidak memakai topi keledar, tetapi fahamilah tentang bahaya yang bakal berlaku jika motosikal yang ditunggang terbabas dan sebagainya. Agak selamat jika mengenakan topi keledar, walaupun nahas pasti risikonya tidaklah terlalu parah.  

 Foto ini dirakam di laluan utama di Kampung Mulong, Kota Bharu, Kelantan pada 15.2.2011.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

WAKAF BAHARU, KELANTAN



WAKAF BAHARU, KELANTAN:  DASAR golongan remaja memang tidak takut mati. Mereka menunggang dan membonceng motosikal seperti seorang yang hero ketika menggunakan laluan utama di kawasan yang sibuk tanpa mengenakan topi keledar sebagaimana yang diwajibkan undang-undang jalan raya. Apabila nahas, kalau meninggal di tempat kejadian menjadi kelaziman, tetapi jika terpaksa gantung kaki, barulah perasan langit itu tinggi atau rendah. "Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".

Foto ini dirakam di kawasan bulatan lalu lintas jalan Wakaf Baharu, Kelantan pada 21.2.2011.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN



KOTA BHARU, KELANTAN:  WALAUPUN menunggang motosikal di kampung, namun pepatah ada menyebutkan "malang tidak berbau". Walaupun kita anggapkan, bahaya dan risiko tidak mungkin wujud, namun itu semua telahan diri kita sahaja. Berhati-hati itu lebih baik dari sikap terburu-buru. Justeru, pakailah topi keledar kerana topi keledar adalah sebagai pelindung anggota tubuh iaitu kepala kita.

 Foto ini dirakam di Kampung Lundang Paku, Kota Bharu, Kelantan pada 23.4.2011.

Teks dan Foto:
 AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN




KOTA BHARU, KELANTAN:  SIKAP tidak sabar dan tidak berhemah ketika berada di jalan raya akan menyebabkan lalu lintas jalan akan menemui kesesakan. Tetapi jika kenderaan dipandu dari arah bertentangan sedangkan arah yang dilalui itu menyimpang dari peraturan tentunya pemandunya dianggap biadap di jalan raya sebagaimana yang dipaparkan dalam foto (anak panah) yang datang dari arah bertentangan. Sikap pemandu ini tidak patut dicontohi kerana mementingkan diri sendiri yang hakikatnya menyusahkan orang lain.

Foto ini dirakam di Jalan Doktor dekat sini pada 28.3.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

PASIR MAS, KELANTAN







PASIR MAS, KELANTAN:  KEPALA besi sememangnya agak keras dan hanya akan mengeluarkan bunyi apabila terhantuk. Tetapi jika kepala manusia, apabila terhantuk pastinya berasa sakit yang amat sangat. Apatah lagi, jika motosikal yang ditunggang itu tiba-tiba terbabas oleh beberapa sebab hal utama pada tubuh manusia yang paling bahaya dan mudah mendapat risiko bagi penunggang dan pembonceng motosikal ialah bahagian kepala. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini masalah penunggang dan pembonceng mengabaikan pemakaian topi keledar ketika menunggang motosikal semakin menjadi-jadi walaupun undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan pemakaiannya. Penunggang dan pembonceng motosikal dalam foto ini tidak patut dicontohi kerana mengabaikan peraturan jalan raya.

Foto ini dirakam di Kampung Chetok dekat sini pada 14.4.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

PASIR MAS, KELANTAN



Foto ini dirakam di Cabang Empat Tendong, Pasir Mas, Kelantan pada 28.4.2012.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

PASIR MAS, KELANTAN


Foto ini dirakam di Cabang Empat Tendong, Pasir Mas, Kelantan pada 2.6.2012.



Foto ini dirakam di Jalan Tendong, Pasir Mas, Kelantan pada 2.6.2012.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

TUMPAT, KELANTAN





TUMPAT, KELANTAN:  SEPATUTNYA pemandu dan penumpang bot ini memakai "jaket keselamatan" ketika menaiki bot. Ini kerana, malang itu memang tidak berbau. Jika tersilap, mungkin terbalik dan tenggelam. Tanpa jaket keselamatan pasti dalam bahaya.

Foto ini dirakam di perairan Pengkalan Kok Majid, Tumpat, Kelantan pada 3.6.2012.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan