RAGAM KITA
AZMI MOHD. SALLEH
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN: KERJA punya hal, sekalipun perkara yang sukar dibuat terpaksa dilakukan semata-mata menurut arahan supaya kerja dapat disiapkan pada masanya. Begitulah halnya yang dilakukan oleh salah seorang pengangkut ayam basah. Kalaulah ayam yang dibawanya itu, terlucut dari yang dikendongnya lalu tergolek ke atas jalan raya semasa sedang menunggang motosikalnya, tidakkah haru-biru dibuatnya.
Foto ini dirakam di Jalan Maju dekat sini pada 29.3.2012.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
BERPAYUNG DI TENGAH HARI
KOTA BHARU, KELANTAN: LAZIM yang kita lihat, wanita sahaja yang suka berpayung apatah lagi di tengah hari, tetapi lelaki tidak pernah berbuat demikian. Namun, melihatkan gelagat lelaki dalam foto ini, mungkin agak pelik, kerana kalau berpayung ketika hujan turun memang sesuai bukannya ketika tengah hari.
Foto ini dirakam di Jalan Doktor dekat sini pada 4.7.2011.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan