KELUAR GAS ASLI
KETEREH, KELANTAN: NEGERI KELANTAN memang kaya dengan khazanah bumi seperti bijih besi, emas dan berlian. Tetapi tidak kurang juga dengan penemuan sumber bahan api paling berharga iaitu 'gas asli' turut ditemui. Kalau sebelum ini gas asli ditemui di Kampung Kubang Chenok, To' Uban, Pasir Mas, Kelantan oleh seorang penduduk, Che Ghazali Awang Kechik. Manakala terbaru pula sumber bahan api berkenaan juga wujud di Kampung Kedai Piah, Ketereh, kira-kira enam kilometer dari pusat bandar Kota Bharu telah lengkaplah bahawa sumber dan khazanah dari tempat-tempat terbabit boleh dimanfaatkan bersama jika ada usaha ke arah itu.
Bagi mendapatkan gambaran jelas tentang penemuan sumber bahan api itu, Wartawan RELATIF telah menemui Nasemaidi Jaais, 38, di kediaman milik Mohd. Bakri Hasbullah di kampung berkenaan ketika usaha menggali untuk mendapatkan bekalan air bawah tanah pada 20 Jun lalu menemui sesuatu yang agak luar biasa iaitu 'telaga gas'.
Menurut Nasemaidi, beliau menggali sedalam 22 meter dan ketika mula-mula menggali di kedalaman 12 meter berdasarkan dua batang paip yang disediakan oleh pemilik rumah berkenaan, air bawah tanah yang diharapkan sebaliknya lumpur pula yang terpancut keluar kerana kediaman berkenaan dibina berhampiran dengan sawah padi. Namun, beliau yang turut dibantu dua lagi rakannya meneruskan usaha menggali dengan berharap menemui pasir di kedalaman tambahan 6 meter juga masih gagal menemui bekalan air bersih itu. Manakala ketika menggali di kedalaman 16 meter, beliau menemui kayu yang agak reput, namun apabila kerja-kerja menggali mencecah sehingga 17 meter berikutnya beliau mendapati seperti pelampung atau plastik polistrin melekat pada alat yang digunakannya.
"Pada mulanya saya agak hairan juga kerana alat yang digunakan adalah batang paip dibuat dari besi tiba-tiba melantun keluar. Tapi disebabkan salah seorang pekerja saya berpengalaman berkaitan dalam bumi yang menganggapnya biasa dalam situasi begitu, taklah terasa bimbang sangat", ujarnya yang menganggap hal seumpama itu adalah pengalaman pertamanya dalam kerja-kerja menggali perigi untuk mendapatkan bekalan air bersih.
Selepas menggali di kedalaman 18 meter, dengan tiba-tiba terpancut air berlumpur yang agak kuat lebih kurang 7 meter selama 15 minit sehingga tempiasnya terkena keretanya yang diparkir di luar rumah berkenaan. Selepas kejadian itu, beliau dan dua rakannya itu mendengar dengan jelas bunyi seumpama tanah runtuh dari dalam bumi lalu merakam ke dalam telefon bimbitnya.
"Pada mula-mulanya saya agak bunyi tanah runtuh. Kalau harapkan saya seorang diri, sudah tentu saya cabut lari", ujar Nasemaidi Jaais sambil ketawa kecil.
Usaha menggali dihentikan setakat itu sahaja untuk menunjukkan hasil yang diharapkan telah diperolehi dan peralatan yang digunakan pun memadai. Niatnya untuk datang lagi pada hari esoknya untuk memasang peralatan enjin menyedut air berkenaan secepat mungkin kerana beranggapan sudah tentu bekalan air bawah tanah itu pasti ditemui, lalu berjanji dengan pemilik rumah berkenaan untuk datang lagi pada pagi esoknya.
"Esoknya apabila saya datang untuk memasang enjin mengepam air, pemilik rumah itu kata beliau tercium bau gas. Kuatnya gas itu sehingga menyebabkan hidungnya tidak selesa untuk bernafas dan tersekat-sekat serta keluar kahak", ujar Nasemaidi.
Kerana tidak ingin membuang masa, Nasemaidi bergegas ke arah batang paip yang disalurkan ke dalam bumi seraya memegang penutupnya. Dengan tidak disangka-sangka penutup batang paip itu melantun dengan kuat sewaktu beliau cuba menyentuhnya. Beliau kemudiannya mengeluarkan pemetik api dan sewaktu nyalaan api terbit dari muncungnya, dengan tiba-tiba api itu disambar pantas dari muka batang paip tersebut. Tanpa berlengah, beliau menutup batang paip itu kemudian membukanya. Namun, kerana masih tidak berpuas hati, beliau kemudian menghidupkan pemetik api buat kali kedua, api dari muncungnya juga terus disambar sebagaimana di awal tadi.
"Kalau sudah dua kali api disambar dari pemetik api, tidak syak lagi telaga tersebut mengandungi gas. Jadi, sudah jelas air berlumpur dan tekanan udara yang berkelodak dalam bumi tadi sebenarnya gas asli", ujarnya.
Tambah Nasemaidi, beliau hanya menunggu keputusan daripada pihak Jabatan Mineral dan Geosains untuk mengenal pasti status gas tersebut sama ada bersifat selama-lamanya atau sekadar sementara. Dan adakah perigi yang digali untuk mendapatkan bekalan air itu boleh digunakan atau sebaliknya.
"Sekarang ini terpulanglah kepada pemilik rumah berkenaan, kalu beliau ingin menggunakan gas itu, batang paip yang menyambungkan ke telaganya boleh kekal di situ. Jika tidak, saya terpaksa tanggalkannya sebab kerja saya hanya menggali untuk mendapatkan bekalan air bersih sahaja", katanya.
Sementara itu, menurut Shukran Mohd. Noor, 32, selaku pembantu Nasemaidi yang berpengalaman sebagai buruh Jabatan Kerja Raya (JKR) selama 15 tahun menganggapkan, penemuan gas di rumah Mohd. Bakri Hasbullah itu hampir sama sebagaimana pengalamannya sewaktu bekerja dengan JKR ketika membina tapak bangunan melebihi tahap 100 meter. Katanya, aktiviti menggali pada ketika itu menggunakan peralatan mesin agak canggih dan sewaktu tanah digali lalu diangkat ke atas, tiba-tiba terpancut keluar air setinggi 20 meter.
"Pada mulanya saya dan rakan-rakan yang lain memang nak cabut lari, tetapi ditegah oleh juruteknik yang berada di situ. Katanya, keadaan demikian adalah perkara biasa dalam bumi", jelasnya sambil menambah bahawa jika tidak terjadinya tanah runtuh berkemungkinan berlakunya tekanan udara yang agak kuat dari dalam bumi di mana selepas itu keadaan menjadi reda dan tekanan udara dalam bumi tiada lagi.
Kini, kejadian yang sama turut dialami oleh beliau dan rakan-rakannya ketika kerja-kerja menggali di Kampung Kedai Piah, Ketereh itu apabila dengan jelas bunyi sesuatu yang menggelegak dari dalam bumi dan desiran udara yang agak kuat keluar melalui batang paip yang telah dipacakkan. Mendengarkan bunyi yang agak luar biasa itu, rakan-rakannya yang lain memang ingin cabut kerana bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku. Namun, disebabkan pengalaman beliau telah melaluinya beliau turut menegah rakan-rakannya supaya tidak berganjak kerana perkara seumpama itu memang biasa dalam bumi untuk menandakan wujudnya gas.
Manakala menurut pemilik rumah berkenaan yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Ortopedik, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Mohd. Bakri Hasbullah, 34, berkata, niat asalnya untuk mendapatkan bekalan air bersih lalu menyerahkan tugas itu kepada Nasemaidi dan Shukran. Beliau pada mulanya hanya menyediakan dua batang paip sahaja untuk tujuan berkenaan, tetapi beliau diberitahu batang paip itu tidak mencukupi.
Tambah Mohd. Bakri, seingatnya kerja-kerja tersebut hanya dilakukan selama dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu bermula 20 Jun, 2008 sahaja, namun air bersih yang diharapkan masih belum ditemui. Kemudiannya beliau dimaklumkan satu batang paip lagi perlu ditambah, manakala hari yang ketiga pula ditambah lagi satu batang paip tetapi masih tidak mencukupi.
"Selepas ditambah satu batang paip untuk hari kelima, saya diberitahu telah terpancut air yang agak berlumpur melepasi bumbung rumah saya. Pada masa itu saya dihubungi melalui telefon bimbit kerana sedang bertugas.
"Agak luar biasa pula, saya diberitahu air berlumpur itu bercampur dengan gas. Saya diperdengarkan dengan bunyi yang dirakam menggunakan telefon bimbit seperti sesuatu yang menggelegak dari dalam bumi dan selepas itu desisan angin yang agak jelas", ujar Mohd. Bakri lagi.
Sementara itu, menurut Profesor Madya Dr. Sa'ari Mustapha dari Fakulti Kejuruteraan, Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjelaskan, contoh gas tersebut telah dihantar kepada pihak Bomba, Kuala Lumpur dan hasilnya mendapati gas tersebut adalah jenis Methane.
"Gas ini wujud dalam kadar 30 peratus sahaja apabila berlakunya sifat-sifat biomas seperti jerami padi, kayu reput dan polistrin dari dalam bumi. Biasalah gas sedemikian wujud di sawah-sawah padi dan ia hanya bersifat sementara", katanya.
Dalam hal demikian, Allah S.W.T tidak menjadikan bumi kita ini sebagai sia-sia kerana selain memberikan manfaat untuk menumbuhkan tanaman, namun siapa sangka tanah yang melata ditumbuhi semak-samun, hutan belukar dan kawasan yang didakwa agak gersang itupun mengandungi sumber dan khazanah dari bumi yang paling bernilai.
Justeru, penemuan pelbagai sumber berkenaan sebagai menjelaskan hakikat tentang keesaan dan kekuasaan Allah yang menjadikan bumi ini selain untuk didiami, namun dalam masa yang sama manusia mendapat faedah dari kejadian-Nya.

Nasemaidi Jaais.
Shukran Mohd. Noor sedang menunjukkan nyalaan api untuk membuktikan wujudnya gas di situ.
Profesor Madya Dr. Sa'ari Mustapha.
Contoh gas diambil untuk kajian oleh pihak Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, UPM.
Inilah kediaman Mohd. Bakri Hasbullah. Usaha menggali perigi untuk mendapatkan bekalan air, tiba-tiba keluar gas asli.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan