RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-1.blogspot.com

Ahad, 15 April 2012

Foto: Info Jenayah

INFO JENAYAH
Ruangan ini memaparkan tentang Foto: Info Jenayah yang melibatkan kejadian seperti perbuatan mencuri, merompak, ragut dan sebagainya
 Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH
WAKAF BAHARU, KELANTAN


WAKAF BAHARU, KELANTAN:  SEBUAH bangsal yang ditinggalkan kosong terletak berhampiran dengan Tanah Perkuburan Kampung Chenderong Batu dekat sini pernah diserbu pihak berkuasa polis ekoran dijadikan tempat remaja menagih najis dadah. Hal ini disebabkan kawasan berkenaan agak tersorok dari laluan umum dan kawasan ini kurang dilalui oleh orang ramai.

Foto ini dirakam di Kampung Chenderong Batu, Wakaf Baharu, Kelantan pada 12.5.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

PASIR MAS, KELANTAN

Kedua-dua pemuda ini ditahan dan dibelasah penduduk kampung.

Inilah sports rim kereta yang disyakki cuba dicuri.

Orang ramai di tempat kejadian.

PASIR MAS, KELANTAN:  KEDUA-DUA pemuda ditahan dan dibelasah oleh penduduk Kampung Wakaf Merah, Tendong dekat sini kerana disyakki mencuri sports rim kereta. Kedua-duanya telah diserahkan kepada pihak polis.

Foto ini dirakam di Kampung Wakaf Merah, Tendong, Pasir Mas, Kelantan pada 14.4.2012.




PASIR MAS, KELANTAN:  TEMPAT ini pernah menjadi tempat golongan remaja melakukan maksiat serta tempat melepaskan gian penagihan najis dadah. Rumah tinggalan ini pada asalnya adalah sebuah rumah kosong tetapi telah dimusnahkan oleh penduduk kampung terbabit kerana geram terhadap golongan terbabit yang menggunakan laluan ke tempat berkenaan tanpa mengenal siang mahupun malam.

Foto ini dirakam di Kampung Belukar Aur Cina, Pasir Mas, Kelantan pada 17.9.2011.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan