RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-1.blogspot.com

Khamis, 28 Jun 2012

Foto: Corak Kehidupan

AKTIVITI KEHIDUPAN
Ruangan ini hanya memaparkan tentang "Foto: Corak Kehidupan" sama ada usaha mencari rezeki dan sebagainya
Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN:  WALAUPUN dikatakan kerja, tetapi nyawa mesti diutamakan khususnya bagi kerja yang dianggap berisiko tinggi seperti mengubahsuai dan mengecat dinding bangunan tinggi. Ini kerana, nyawa amat bernilai dan bukan boleh dijual-beli. Sepatutnya, setiap pekerja di sektor ini memakai alat keselamatan seperti topi keselamatan untuk mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini. Namun, melihatkan seorang lelaki dalam foto ini, risikonya memang amat bahaya jika dia terjatuh.


Foto ini dirakam di sebuah bangunan tinggi di Jalan Doktor, Kota Bharu, Kelantan pada 7.10.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
 KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN:  PERBUATAN mengemis simpati orang lain dengan cara meminta sedekah jalanan memang memalukan. Apatah lagi dengan usia yang sudah lanjut bukanlah alasannya untuk berbuat seperti itu. Namun, sikap seorang warga emas sebagaimana yang dipaparkan dalam foto di bawah memang patut dipuji. Walaupun terpaksa berjalan kaki di tengah panas terik mentari sememangnya tidak menjadi halangan baginya, asalkan barangan kraf yang dijajanya mendapat perhatian daripada pembeli.


Foto ini dirakam di Jalan Doktor, Kota Bharu, Kelantan pada 27.8.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN:  MUNGKIN agak terlalu penat mengayuh beca roda tiga apatah lagi terpaksa menjalani ibadah puasa pula yang menyebabkan seorang warga emas terpaksa melepaskan penat dengan berbaring di sebuah dataran di hadapan Tabung Haji dekat sini. Namun, cara berkenaan agak tidak sesuai berbaring di situ, nanti pelancong negara luar akan memberikan tanggapan yang tidak sepatutnya.

Foto ini dirakam di Jalan Doktor, Kota Bharu, Kelantan pada 15.8.2012.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

PASIR MAS-SALOR, KELANTAN

PASIR MAS-SALOR, KELANTAN:  MOTOSIKAL memang terlalu bahaya untuk membawa barangan yang banyak apatah lagi jika terlalu berat. Disebabkan ruangan yang sempit dan terhad tentunya barangan akan digantung di sebelah kiri dan kanan badan motosikal sebagaimana foto yang dipaparkan ini. Walaupun motosikal dianggap suatu kenderaan yang mampu dibeli untuk tujuan mencari sesuap rezeki sebagai salah satu tugas seorang lelaki, namun berhati-hatilah ketika menunggang di jalan raya. Ini kerana "malang itu memang tidak berbau".


Foto ini dirakam di Lebuh raya Pasir Mas-Salor pada 14.7.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

TUMPAT, KELANTAN

TUMPAT, KELANTAN:  MENCARI rezeki boleh dilakukan dengan bermacam-macam cara atas usaha individu itu sendiri untuk tidak mengharapkan simpati orang lain dengan cara meminta sedekah (mengemis). Contoh terbaik sebagaimana yang dilakukan dalam foto di atas, beliau tidak ingin mengharapkan wang ringgit datang bergolek dengan meminta sedekah. Caranya dengan mendapatkan barangan terbuang itu boleh dijual kepada kedai kitar semula. Dari situ, beliau boleh mendapatkan wang sebagai perbelanjaan untuk keluarganya.


Foto ini dirakam di Kampung Gerong, Tumpat, Kelantan pada 3.6.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
TUMPAT, KELANTAN

TUMPAT, KELANTAN:  MEMANG agak sukar untuk membawa barangan binaan jika rumah kediaman terletak nun di sebuah pulau. Cara terbaik ialah dengan menggunakan bot berkuasa tinggi untuk menarik barangan tersebut. Sama ada sebagai tukang bot untuk mencari rezeki atau barangan binaan seperti batu kerikil adalah pemiliknya itu tidak penting, tetapi usaha perlu dilakukan supaya dapat meneruskan kesinambungan hidup agar tidak dianggap bergoyang kaki sedangkan usaha tidak pernah dilakukan. Usaha sebagaimana yang dilakukan dalam foto di atas boleh diberikan pujian, kerana inilah kehidupan sebenar, orang yang sabar dalam menghadapi kesusahan dan kesulitan hidup di anggap telah berjaya meneruskan kehidupannya.


Foto ini dirakam di kawasan perairan Jeti Kok Majid, Tumpat, Kelantan pada 3.6.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
TUMPAT, KELANTAN

TUMPAT, KELANTAN:  USAHA perlu dilakukan untuk mendapatkan duit poket kerana jika ketiadaan wang ringgit masakan dapat berbelanja. Justeru, dengan menjadi pemandu bot walaupun dikatakan agak penat membawa penumpang ke beberapa buah pulau di perairan Sungai Kelantan itu, namun agak berbaloi kerana kita melakukan kerja di atas titik peluh sendiri tanpa menharapkan bantuan orang lain. Susah dan senang kita pasti merasainya tetapi kesenangan tidak akan datang sendiri tanpa sebarang usaha.


Foto ini dirakam di kawasan perairan Jeti Kok Majid, Tumpat, Kelantan pada 3.6.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
   TUMPAT, KELANTAN

TUMPAT, KELANTAN:  LAZIMNYA kalau air dalam keadaan keruh tentunya amat sukar mencari ikan terutamanya di sungai. Tetapi walau bagaimana sesukar pun, sebagai nelayan sungai sebagaimana foto di atas pakcik ini begitu tabah mencari rezeki dengan berperahu untuk mendapatkan ikan-ikan. Hanya itulah kemampuan yang dapat dilakukannya sepanjang hidup.


Foto ini dirakam di Pulau Tongkang, Tumpat, Kelantan pada 3.6.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
TUMPAT, KELANTAN

TUMPAT, KELANTAN:  KEBANYAKAN gadis remaja amat malu untuk membuka gerai jualan kerana dianggap tidak biasa. Namun, bagi kedua-dua gadis ini (seorang tiada dalam gambar) sanggup berbuat demikian dalam usaha mencari rezeki yang halal dengan berniaga jus jambu. Walaupun gerainya agak kecil amat memadai sebagai usaha permulaan dalam berniaga. Apabila telah maju kelak, bolehlah membuka restoran dan sebagainya.


Foto ini dirakam di Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan pada 3.6.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan