DUNIA HAIWAN
Ruangan ini hanya memaparkan tentang "Foto: Dunia Haiwan" tentang gelagatnya di rimba raya dan nasib haiwan yang menyebabkannya mati atas sikap manusia dan sebagainya
Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH
PASIR MAS, KELANTAN
KUCING: HAIWAN
memang tidak boleh berfikir, begitu halnya dengan kucing. Apabila
berada di rumah manusia, itulah dunianya dan di situlah haiwan ini
mendapat segala-galanya. Tetapi apabila di luar rumah, kucing menjadi
bingung kerana tertekan dengan pelbagai bunyi apatah lagi bunyi enjin
kenderaan, haiwan ini tidak dapat membezakannya. Sebagai manusia yang
berakal, apabila melihat kucing di jalanan, tidak bolehkah
memperlahankan kenderaan. Bertimbangrasalah dengan haiwan, haiwan itu
makhluk Allah juga. Kalau terlanggar atau terpijak anak sendiri,
bagaimana? Lihatlah foto ini, seekor kucing menjadi mangsa kenderaan
dari seorang pemandu yang rakus, gelojoh dan ego sehingga tidak dapat
membezakan haiwan yang berada di atas jalan raya itu kucing atau sampah.
Mujurlah rakan Penulis cuba memindahkan kucing yang mati itu lalu
diletakkan di tepi. Jika diharapkan masyarakat kampung itu, nescaya
kucing yang mati itu sekadar tinggal bulu yang kering sahaja.
Foto ini dirakam di Kampung Tendong (Gertak Serong), Pasir Mas, Kelantan pada 2.6.2012.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
TUMPAT, KELANTAN
KUCING: MEMANG malang nasib kucing, kalau sempat lari
mungkin selamat. Namun, jika sebaliknya, mati kataklah di situ.
Seperkara lagi, sikap manusia apabila melihat kucing mati di
tengah-tengah jalan, mereka sengaja membiarkannya di situ. Kucing mati
dalam foto ini mungkin dilanggar di waktu siang hari, tetapi sehingga
malam hari, kucing mati masih di situ.
Foto ini dirakam di Kampung Kepulau, Tumpat, Kelantan pada 9.6.2012 jam 9.49 malam.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
KUALA KRAI, KELANTAN
Kelihatan seekor tupai sedang mencari makanan di atas dahan kayu, sebagai rutin hariannya.
Foto ini dirakam di hadapan Gua Seto, Kampung Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai, Kelantan pada 10.11.2012.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
KUALA KRAI, KELANTAN
TUPAI: HAIWAN yang suka melompat dari satu pokok ke pokok yang lain, hanya mencari makanan dengan cara itu. Tupai adalah makhluk Allah S.W.T juga yang memerlukan habitat dan makanan sebagaimana manusia. Kalau manusia menghargai nyawa manusia sebagai bernilai, hargailah juga nyawa dan keluarga tupai. Ada sebab Allah S.W.T mencipta tupai dalam keadaan begitu tetapi manusia tidak mengetahuinya.
Kalau didapati tupai memakan buah-buahan yang sedang masak ranum yang kita tanam, tanpa kita sedari Allah S.W.T memberikan pahala yang banyak atau menggantikan dengan rezeki yang tidak kita sangka. Tetapi sikap kita yang terlalu emosi segera memarahi dan mengutuk tupai, kadang-kadang tupai dibaling dengan batu dan batang kayu kerana tupai telah menghabiskan buah-buahan yang kita tanam.
Harus kita berkongsi rezeki dari alam dan muka bumi Allah ini bukan saja dengan manusia, tetapi juga dengan haiwan, sebab alam dan muka bumi ini bukan milik manusia saja. Ini kerana, mungkin tumbuh-tumbuhan dan pokok buah-buahan yang hidup subur setelah kita menanamnya sehingga berbuah lebat, siapa tahu dari jasa tupai itu juga.
Justeru, jangan tembak tupai. Hargai nyawa yang Allah S.W.T berikan kepada tupai itu sebagaimana kita menghargai nyawa kita sehingga kita sempat dan masih bernyawa.
Kelihatan seekor tupai sedang mencari makanan di atas dahan kayu, sebagai rutin hariannya.
Foto ini dirakam di hadapan Gua Seto, Kampung Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai, Kelantan pada 10.11.2012.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan