RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-1.blogspot.com

Khamis, 17 November 2011

Taman Bentara (Tanah Merah)


TAMAN BENTARA
(TANAH MERAH)

TANAH MERAH, KELANTAN: TAMAN BENTARA adalah sebuah taman rekreasi yang menarik terletak di bandar Tanah Merah, Kelantan adalah di bawah pengurusan dan seliaan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM). Taman rekreasi ini dibina paling ringkas dan merupakan taman permainan terbesar di bandar tersebut.

Disebabkan Taman Bentara terletak di bandar Tanah Merah dan di kawasan laluan umum, ia menjadi tumpuan utama golongan kanak-kanak kerana dalam taman ini disediakan khusus pelbagai kemudahan untuk golongan berkenaan seperti jongkang-jongket, gelongsor dan buaian. Paling menarik, bersebelahan Taman Bentara ini merupakan deretan restoran dan gerai makanan.
Bagi golongan dewasa pula, terdapat tempat riadah khusus untuk golongan terbabit seperti trek jogging yang diwujudkan secara khusus seperti taman peranginan dan juga senamrobik bagi menghidupkan taman ini agar tidak tenggelam begitu sahaja.

Selain itu, Taman Bentara amat sesuai untuk golongan pelajar datang beristirehat, santai-santai serta untuk mengulang kaji pelajaran. Ini kerana, walaupun Taman Bentara dibina di kawasan pusat bandar namun apabila ditanam pohon-pohon kayu termasuk pohon buluh tentunya akan ada tiupan bayu. Justeru, memang tidak rugi bagi anda yang ingin menikmati keindahan dan kesegaran dalam Taman Bentara ini kerana ia dibuka setiap hari tanpa dikenakan sebarang bayaran.



Taman Bentara terletak di pusat bandar Tanah Merah dan laluan umum.

Trek jogging untuk dewasa dibina dalam taman.



Kemudahan untuk kanak-kanak beriadah turut disediakan.

Setelah penat, boleh berehat di kawasan teduh dan nyaman.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan