KUALITI JALAN
Ruangan ini hanya memaparkan tentang Foto: Jalan Kita di seluruh Negeri Kelantan yang tidak berkualiti sama ada jalan tidak rata, berlubang, berpasir atau berdebu
Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN
KOTA BHARU, KELANTAN: MASIH banyak jalan di pusat bandar Kota Bharu dan di pinggirnya yang dianggap tidak bermutu, tidak rata malah berlubang di sana-sini. Bahaya pasti menanti jika lubang berkenaan tidak diturap, apatah lagi jika lubang itu pula ditakungi air. Risiko yang paling jelas terpaksa ditanggung ialah terhadap penunggang motosikal. Ini kerana, pastinya apabila motosikal yang ditunggang itu terperosok ke dalamnya, penunggang terbabit pasti terbabas dan terbalik. Waktu yang kerap terjadi ialah pada waktu malam. Dengan demikian, diharapkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil tindakan segera untuk mengelakkan berlakunya suatu kejadian buruk.
Foto ini dirakam di Jalan Salor (Wakaf Che Yeh), Kota Bharu, Kelantan pada 3.5.2012.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN
KOTA BHARU, KELANTAN: LUBANG yang ternganga luas di Jalan S.I.C Lama dekat sini sepatutnya ditutup, apatah lagi penutup longkangnya pula letaknya dalam keadaan tunggang-langgang. Lebih menyedihkan lubang luas di jalan terbabit tidak diambil tindakan sewajarnya. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sepatutnya prihatin untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum ada mangsa yang terperosok ke dalamnya, barulah tindakan akan diambil.
Foto ini dirakam di Jalan S.I.C Lama, Kota Bharu, Kelantan pada 1.5.2012.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan