ZINA: JALAN KE NERAKA
DUNIA ini adalah hak milik Allah S.W.T. Allah S.W.T menciptakan dunia ini untuk tujuan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada setiap manusia menjalani penghidupan, beribadah, menjalinkan perhubungan yang baik sesama manusia serta mengawal dunia ini dari berlakunya kerosakan akibat salah faham dan tindakan agresif yang terdiri dari segelintir di kalangan manusia sendiri.
Namun, setakat manakah umat manusia berjaya menuruti kehendak peraturan yang digariskan oleh Allah S.W.T terhadap dunia yang diciptakan-Nya itu, kita sebagai manusia masih lagi mengabaikan kehendak Allah. Seringkali berlaku banyak kerosakan di atas muka bumi ini seperti perbuatan zina, peperangan, persengketaan, pembunuhan, fitnah memfitnah masih terus dilakukan sebagai satu budaya hidup yang patut diamalkan.
Perbuatan zina yang dilakukan oleh manusia bersama pasangannya iaitu antara lelaki dan perempuan adalah dari konsep kerelaan atau suka sama suka tanpa sebarang paksaan untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. Walaupun perbuatan demikian dikatakan keji dan terkutuk dan lebih bersifat haiwan serta termasuk di dalam kancah dosa-dosa besar, tetapi masih ada di kalangan manusia yang berakal tetapi bernafsu untuk melakukan perbuatan hina dan keji itu. Ini bermakna, manusia menggunakan nafsu untuk menunggangi akal, maka ia akan tersesat. Sebaliknya jika manusia menggunakan akal dan iman untuk mengawal kehendak nafsunya nescaya perkara seperti itu tidak akan berlaku.
Kita dapat ambil beberapa contoh perbuatan demikian yang kerap dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan. Di antaranya, terdapat kes perbuatan zina di antara adik lelaki dengan kakak kandung sendiri. Malah ada kes membabitkan anak tiri dengan ibu tiri sendiri yang melakukan zina sehingga melahirkan anak yang seolah-olah hidup sebagai suami isteri. Tidak kurang juga seorang wanita yang sudah bersuami telah didapati bersalah kerana berzina dengan lelaki lain.
Dari konteks Islam, zina bukan sahaja ditegah malah umat Islam telah dilarang untuk mendekatinya. Tegahan dan larangan tersebut telah dijelaskan di dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu dekati perzinaan, sesungguhnya perzinaan itu suatu perbuatan keji dan jalan yang salah". (Surah Al-Isra': ayat 32)
Berdasarkan ayat tersebut, mengapakah Islam melarang keras umatnya untuk tidak mendekati dan melakukan zina? Di antara faktor Islam melarang perbuatan demikian kerana perzinaan boleh merosakkan keturunan, menghancurkan rumahtangga, meretakkan perhubungan di antara keluarga serta suami isteri, merebaknya penyakit-penyakit kelamin seperti siplis dan AIDS, kejahatan nafsu dan merosotnya akhlak.
Dalam pada itu, perkara yang perlu dielakkan ialah pergaulan atau perhubungan bebas dan tidak terkawal di kalangan lelaki dan wanita sekalipun dengan ipar sendiri. Ini kerana, dengannya boleh menimbulkan bibit-bibit perzinaan. Hal ini telah diperjelaskan dalam sebuah hadis sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
"Hindarilah keluar masuk rumah seorang perempuan. Kemudian ada seorang laki-laki dari sahabat Anshar bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana pendapatmu tentang ipar? Maka jawab Nabi: Bersendirian dengan ipar itu sama dengan menjumpai mati". (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Sabda Nabi S.A.W lagi yang bermaksud:
"Barang siapa beriman dengan Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan".
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dalam hal ini, apakah hukumannya bagi seseorang yang melakukan perbuatan zina menurut kacamata Islam? Di dalam Islam, seseorang yang melakukan zina boleh dijatuhkan hukuman seperti berikut:
1. Seorang yang pernah berkahwin tetapi melakukan zina, ia hendaklah direjam.
2. Seorang yang berzina tetapi belum berkahwin, ia hendaklah dipukul 100 kali dan pembuangan (penjara) satu tahun.
Di samping itu, perbuatan yang dianggap keji dan tidak berperikemanusiaan atau di luar batas-batas kemanusiaan masih dilakukan malah semakin bermaharajalela. Kita dapat dengar berita-berita tentang kes-kes rogol dan pemerkosaan. Kes-kes seumpama ini tertumpu kepada satu pihak yang tidak rela diapa-apakan ke atas dirinya dan tanpa disedari oleh mangsa tetapi satu pihak lagi dengan rakus dan penuh nafsu melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan.
Daripada berita-berita yang disiarkan itu dapat difahamkan bahawa ada gadis membonceng kenderaan teman lelakinya tetapi ekoran teman lelakinya tidak jujur telah membawa mangsa ke satu tempat yang tidak diketahuinya lalu dirogol secara bergilir-gilir bersama rakan-rakannya yang sudah lama menunggu. Terdapat juga berita seorang atuk merogol cucu perempuannya sendiri, ataupun seorang bapa mencabul kehormatan anak gadisnya. Malah ada kalangan bomoh yang merogol perlanggannya sendiri yang sekadar datang untuk mendapatkan penawar bagi menyelesaikan masalahnya.
Inilah gambaran tentang bagaimana dunia ini telah dicemari unsur-unsur seks dan lucah yang dicipta oleh manusia untuk tujuan memuaskan nafsu serakah manusia itu sendiri. Keadaan ini disebabkan banyak dari unsur-unsur seks dan bahan-bahan lucah yang dapat disaksikan dengan mata sendiri secara meluas dan terbuka sama ada melalui media cetak dan elektronik. Kini, bukan sahaja segelintir manusia dapat menyaksikan bahan-bahan lucah dan unsur-unsur pornografi melalui komputer yang menggunakan saluran maklumat maya (internet). Malahan terdapat juga kes di mana kesemua cakera padat video (VCD) dan DVD yang dihasilkan dengan kemudahan dan teknologi komputer melalui saluran internet.
Walau bagaimanapun kehebatan dan kebuasan manusia untuk melakukan keburukan, kejahatan dan perbuatan keji, Al-Quran telah menjelaskan bahawa perbuatan berkenaan adalah arahan dari syaitan yang dilaknat. Firman Allah yang bermaksud:
"Syaitan itu hanyalah menyuruh kamu mengerjakan kejahatan dan perbuatan keji dan mengada-ngadakan tentang yang kamu tidak ketahui". (Surah Al-Baqarah: ayat 169)
Berdasarkan hal-hal yang telah disebutkan itu menunjukkan manusia berkenaan telah terpedaya dengan dakyah nafsu dan kerananya sanggup melakukan maksiat dan perzinaan. Dalam hubungan ini, Allah S.W.T menggambarkan keadaan mereka seolah-olah sebagai binatang ternak malah telah tersesat jalan. Firman Allah yang bermaksud:
"Tiadakah engkau perhatikan orang yang mengambil kemahuan nafsunya menjadi Tuhannya? Engkaukah yang menjadi penjaganya? Atau apakah engkau mengira, bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memikirkan? Tidak! Mereka adalah sebagai binatang ternak. Bahkan lebih tersesat jalannya".
(Surah Al-Furqan: ayat 43-44)
Dalam hubungan ini juga, Al-Imam Ali bin Abi Talib pernah memberikan nasihat betapa individu manusia yang melakukan maksiat, Allah S.W.T akan tunjukkan kemurkaan-Nya sebagaimana kata-katanya:
"Wahai anak Adam! Kamu melihat dan tahu bahawa Tuhan kamu S.W.T memberi nikmat ke atasmu sedangkan kamu berbuat maksiat kepada-Nya, maka jagalah balasan kemurkaan-Nya".
Memang jelas dan tepat apa yang telahn disarankan oleh Al-Imam Ali bin Abi Talib itu. Ini kerana, individu manusia yang menurut kehendak dan kesenangan hawa nafsu malah berbangga di dalam melakukan kemaksiatan dan perzinaan, Allah S.W.T menjanjikan untuknya Neraka Jahanam. Firman-Nya yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya neraka jahanam tempat yang telah dijanjikan buat mereka semuanya".
(Surah Al-Hijr: ayat 43)
Berikutan itu, semua pihak mempunyai tanggungjawab yang tersendiri di dalam memastikan perbuatan yang keji dan terkutuk itu tidak terus bermaharajalela dan wajar membendung dan membanterasnya dengan segera. Peranan ibu bapa amat perlu diutamakan di dalam memberikan pendidikan dan bimbingan agama terhadap anak-anak mereka.
Justeru, peranan masyarakat juga adalah sama penting untuk mencegahnya dengan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Malah, pihak berkuasa agama juga perlu lebih giat untuk mengawal dan membanteras perbuatan keji dan terkutuk itu dengan memberikan nasihat, panduan, tunjuk ajar di samping menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas lagi sekiranya individu berkenaan masih ingkar. Bahkan pihak media cetak dan elektronik sebagai badan penyiar patut memberikan kerjasama dalam mengurangkan unsur-unsur lucah di dalam siaran mereka. Ini kerana, sekiranya perbuatan buruk tidak cuba dicegah, maka tunggulah kebinasaannya.

Manusia yang bernafsu tetapi tidak berakal sahaja akan melakukan maksiat seperti ini.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan