CABARAN GLOBALISASI
GLOBALISASI menurut pengertian Kamus Dewan (DBP) bermaksud fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat (IT). Namun dalam pengertian lain, ia bermaksud dunia ini tidak lagi mempunyai sempadan dan manusia bebas ke mana-mana tanpa sekatan dan halangan.
Manusia bebas menjalankan peranan masing-masing di negara-negara yang mereka kehendaki tanpa menimbulkan masalah tertentu. Namun persoalannya, apakah masalah yang bakal dihadapi oleh rakyat di negara ini dengan kehadiran globalisasi itu?
Tahun 2003 dikatakan bermulanya era globalisasi yang memungkinkan seluruh dunia pasti menghadapinya walaupun antara mahu dengan tidak ataupun kita tidak bersedia untuk menerimanya.
Segelintir pemimpin di kebanyakan negara hari ini berasa pening kepala dalam usaha menghadapi dan mengekang permasalahan era globalisasi jika hal berkenaan mendatangkan masalah tertentu, apatah lagi jika melihat keadaan rakyat di dalam negara-negara terbabit.
Mungkin kebimbangan tidak wujud jika globalisasi melebarkan sayapnya ke negara-negara maju kerana mereka telah biasa terdedah dengan pelbagai teknologi maklumat dan masalah-masalah yang bakal dihadapi. Namun, bagaimana halnya jika kehadiran globalisasi ke negara-negara dunia ketiga seperti negara-negara mambangun dan negara-negara miskin?
Satu hal lagi tentang masalah globalisasi ialah peniaga-peniaga dan pedagang asing bebas untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan perniagaan di negara-negara yang mereka sukai tanpa sebarang sekatan. Jika hal ini benar-benar berlaku, bagaimana halnya dengan peniaga-peniaga di negara kita terutamanya berhubung dengan industri kecil dan sederhana.
Pedagang-pedagang asing khususnya peniaga-peniaga kecil dari negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah telah membuat persediaan awal dan kedatangan globalisasi tentunya tidak begitu mencengkam mereka. Ini kerana, peniaga-peniaga kecil mereka telahpun dilatih dan turut menjalani kursus intensif supaya apabila globalisasi wujud mereka tidak akan menggelabah terutamanya dalam penggunaan teknologi maklumat seperti komputer untuk bersaing di pasaran global.
Dengan wujudnya komputer, teknologi maklumat dan era internet membolehkan peniaga-peniaga kecil di negara-negara maju menyumbang dan memasarkan hasil produk di samping memperkenalkan jenama-jenama baru yang setaraf dengan jenama-jenama popular dengan harga yang lebih murah dan berkualiti.
Malahan hari ini, tempahan barangan yang dikehendaki oleh pelanggan yang jauh boleh dilakukan hanya dengan menggunakan komputer di rumah yang suatu ketika dahulu memerlukan tempoh masa yang agak lama dengan jarak perjalanan yang jauh pula. Tetapi kini, masa yang diperlukan amat singkat iaitu sehari sahaja.
Walaupun tahun 2003 telah pun berlalu dan kini tahun 2012 pula, namun akibat bahang globalisasi yang dinantikan sejak tahun tersebut sememangnya telah dirasai dan ternyata mewujudkan pelbagai masalah. Paling jelas dan terjejas ialah golongan peniaga apabila peniaga-peniaga kecil terpaksa gulung tikar kerana tidak sanggup bersaing di zaman inflasi. Ketika ini juga akan wujud masalah pengangguran.
Sektor perbankan yang ternyata terkedepan dalam arus globalisasi ini seperti penggunaan mesin juruwang bukan sahaja membolehkan pelanggan dapat mengeluarkan wang dengan mudah, memeriksa baki akaun, menyimpan wang dan memindahkan wang. Sebaliknya, mesin-mesin ATM berkenaan bertindak menggantikan peranan manusia sama ada untuk urusan bayaran pinjaman, kad kredit, mencetak baki akaun, menghantar sejumlah wang yang banyak ke negara-negara lain dan sebagainya.
Namun, sesuatu yang wujud dari globalisasi khususnya dalam sektor perbankan ini apabila pekerja yang ramai terpaksa dikurangkan dan tidak lagi diperlukan. Lantas tentunya mewujudkan masalah pengangguran.
Globalisasi juga turut mencorakkan bidang ketenteraan, penjualan dan penggunaan senjata di negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia, Britain, China, Jepun dan Korea. Kalau dahulu, segala senjata dan peralatannya dikawal oleh manusia secara biasa. Tetapi hari ini, penggunaan senjata ketenteraan dan yang sedang dibuat kajian telah dikawal oleh teknologi berkenaan.
Sektor pendidikan juga turut berubah dengan kemunculan era globalisasi. Di negara-negara Barat, sektor berkenaan telahpun menggunakan teknologi terkini sesuai dengan peredaran zaman menjadikan minda masyarakat dan penuntut-penuntut di sana mendahului beberapa tahun ke hadapan. Di samping corak pembelajaran masih menggunakan kaedah guru-guru terlatih, tetapi teknologi maklumat diberikan penekanan dan keutamaan.
Dalam pada itu, sektor pengangkutan dan lalu lintas juga turut merasai bahang globalisasi apabila sektor berkenaan menggunakan teknologi komputer untuk mempercepatkan serta memberikan kemudahan yang tercanggih kepada pengguna.
Kalau dulu, pengangkutan awam dikuasai oleh kenderaan seperti kereta, bas dan kereta api yang dipandu manusia sebagai pengangkutan pilihan pengguna untuk ke sesuatu tempat dalam tempoh masa yang agak lama. Namun, dengan wujudnya kemudahan kereta api yang dikawal oleh komputer seperti LRT dan komuter menjadikan masa yang panjang menjadi pendek untuk sampai ke destinasi yang dituju terutamanya kepada pengguna-pengguna pengangkutan awam berkenaan.
Berdasarkan kepada kewujudan globalisasi yang telahpun dirasai dunia dalam dekad ini, bagaimana halnya dengan pemimpin-pemimpin di negara-negara Islam sendiri? Apakah mereka telah bersedia dengan kehadiran globalisasi atau terpaksa merempat di negara sendiri?
Dalam konteks persaingan dalam era globalisasi dan teknologi maklumat, siapa yang rajin berusaha untuk maju pasti akan berjaya. Sebaliknya, siapa yang masih berangan-angan dan hanya bercakap besar "seperti katak di bawah tempurung" negara Islam pastinya ketinggalan dalam segenap bidang.
Paling deritanya jika negara-negara Islam terpaksa menjadi hamba sepanjang hayat jika era terkini tidak dapat direntasi sebagaimana yang dilalui oleh negara-negara bukan Islam. Dengan itu, pertikaian dan percanggahan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin negara Islam yang dianggap telah lapuk dan tidak memberikan sebarang manfaatnya yang hakikatnya boleh merugikan negara dan masyarakatnya sendiri perlu dielakkan dengan segera.
Sebaliknya kita perlu menyahut era berkenaan apatah lagi dengan ramai golongan yang berilmu dan pakar-pakar Islam yang sudah tiba masanya kemahiran mereka itu digunakan sepenuhnya supaya kita tidak ketinggalan jauh ke belakang yang nantinya kita dijadikan sebagai alat untuk memusnah dan dimusnahkan sesama sendiri.

Peralatan canggih petanda wujudnya globalisasi.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan