PUSAT CUCI KENDERAAN
WAKAF BAHARU, KELANTAN: KEHIDUPAN manusia berbagai sifat. Ada yang berusaha memohon pekerjaan di sektor awam semata-mata ingin hidup senang dengan mengharapkan pendapatan mudah secara "makan gaji". Namun, tidak kurang juga yang mudah berasa tidak selesa dengan hanya makan gaji kerana baginya tugas-tugas seumpamanya dianggap tidak mencabar kehidupannya, lantas lebih sanggup meletakkan jawatan semata-mata ingin membina kerjaya sendiri tanpa mendapat kekangan pihak lain.
Ketika ditemui Wartawan RELATIF, seorang Pengusaha Mencuci Kenderaan, Mohd. Aliza bin Abdullah, 52, atau lebih dikenali sebagai Mat JPN dari Kampung Kubang Batang, Wakaf Baharu, Kelantan menganggap kerjaya sendiri lebih baik berbanding dengan makan gaji kerana bekerja sendiri tidak terikat dengan sesiapa, malah beliau akan berasa lebih puas apabila dapat menyelesaikan sesuatu tugas itu kerana itulah naluri kehidupannya.
Beliau yang telah berjaya menubuhkan pusat terbabit di laman rumahnya sendiri itu berkata, beliau lebih menggemari bekerja seorang diri daripada mendapatkan pembantu walaupun dengan adanya pembantu akan menjadikan semua kerja dapat diselesaikan dengan pantas, tetapi jika tiada kepuasan dalam diri apatah lagi dibimbangi jika pekerja terbabit menyelesaikan kerja-kerjanya secara ala kadar sahaja tidak sebagaimana kehendak dirinya akan menjadikan kerja-kerja itu dianggap tidak berguna.
Menyusuri sejarah kehidupannya sehingga berjaya menubuhkan pusat mencuci dan menggilap kenderaan di laman miliknya itu, beliau sebenarnya pernah berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam pada tahun 1979 di Pejabat Bahagian Pendidikan Guru di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur selama 10 tahun. Selepas itu, beliau ditukarkan ke Kota Bharu, Kelantan di Bahagian Perjawatan, Jabatan Pelajaran Kelantan di mana tugasnya ialah sebagai pencari fail. Beliau kekal di Kota Bharu selama 14 tahun. Dalam masa sedang berkhidmat selama 23 tahun di Jabatan Pelajaran, beliau beranggapan, tugas-tugas yang pernah dilakukannya itu dianggap tidak ke mana malah berhasrat untuk bertukar selera dengan bekerja sendiri.
Menurutnya, bidang kerja yang akan dilakukannya memang menjadi minatnya sejak zaman remajanya lagi kerana beliau juga berpengalaman dalam memilih bidang terbabit. Usianya pada masa itu dalam peringkat pelajar sekolah di mana minatnya menjadikan barangan seperti basikal, kereta dan sebagainya dapat dibersihkan sehingga kelihatan berkilat dan menarik hati apabila memandangnya. Beliau menganggapkan bidang mencuci kenderaan bukan sekadar kerjaya yang sempurna dengan jiwa dan nalurinya, tetapi sering menganggapkan bidang yang dipilih dan diceburinya itu sebagai salah satu cabang seni. Ini berikutan dirinya terbawa-bawa dengan sifat yang ada pada diri arwah bapanya yang merupakan seorang tukang emas di Kedai Emas Mat Yusoff yang terletak di Kota Bharu. Mungkin seni halus yang dimiliki oleh arwah bapanya itu telah meresap dalam dirinya.
Selesai mendirikan rumahnya sekarang yang terletak di Kampung Kubang Batang, Wakaf Baharu beliau dapati laman rumahnya sekarang agak lebar apatah lagi letaknya di jalan laluan utama, tentunya amat sesuai dijadikan tempat untuk pusat berkenaan secara komersial. Bermula di rumahnya sekarang, beliau bertekad untuk memilih bersara pilihan. Hasil perbincangan dengan isterinya seorang guru, isterinya tidak menolaknya malah memberikannya dorongan dan perangsang supaya meneruskan niat sucinya itu berikutan minat yang ditunjukkan dalam bidang yang diceburinya.
Selepas itu, beliau berbincang pula dengan bekas majikannya, Jabatan Pelajaran tentang pencen, adakah beliau layak menerimanya atau tidak. Dari maklumat bekas majikannya itu memaklumkan bahawa beliau memang layak mendapat pencen separuh. Di samping memperolehi hadiah sebanyak RM20,000. Dengan hadiah tersebutlah beliau jadikannya sebagai modal penuh untuk membuka pusat mencuci kenderaan di laman rumahnya sekarang. Beliau meletakkan jawatan di jabatan berkenaan pada tahun 2002. Mulai tahun 2010 lalu, beliau mula memperolehi pencen di mana ketika itu usianya meningkat 50 tahun.
Ditanya tentang sambutan pelanggan yang datang ke pusat cuci kenderaan miliknya, beliau menjelaskannya semakin mendapat tempat di hati penduduk setempat. Ini berikutan, pelanggan yang sering berurusan dengannya memang memahami tentang sifatnya yang begitu cermat serta berhati-hati terhadap kerjanya.
"Banyak pengalaman yang saya perolehi semasa berurusan dengan pelanggan. Segelintir pelanggan suka cara mencuci secara ala kadar sahaja, namun terdapat juga pelanggan yang dianggap cermat.
"Dalam hal ini, saya memang suka sedemikian, namun bimbang kerja lambat disiapkan disebabkan saya melakukannya berseorangan, saya meminta pelanggan terbabit ke pusat mencuci kenderaan yang mempunyai pekerja yang mencukupi.
"Kaedah yang saya lakukan adalah menurut cara saya ingin melihat sesuatu itu secara seni. Begitu halnya dengan seorang tukang rumah ada seninya menurut kemahiran masing-masing. Manakala dalam kerja ini, walaupun agak lambat konsep sedemikian penting menurut cara saya.
"Walaupun pusat mencuci kenderaan milik saya ini semakin maju sekarang ini, saya tidak bercadang untuk menggaji pekerja kerana dengan adanya pekerja kepuasan tidak akan wujud dan begitulah sebaliknya", jelasnya.
Sambungnya, kebanyakan pemilik kenderaan yang datang ke pusatnya akan dibersihkan olehnya dengan puas hati berbanding di tempat lain. Manakala dari segi bayaran bagi sebuah kenderaan dikenakan sebanyak RM10 sahaja, berbanding dengan tempat lain, cucian dilakukan ala kadar sahaja sedangkan dikenakan bayaran yang lebih di antara RM15 hingga RM20. Dalam hal ini, beliau banyak menekankan tentang kepuasan yang akan dilakukannya agar kelihatan cantik, tentunya pelanggan akan berpuas hati.
Tambahnya, apabila tibanya musim hujan, kebanyakan pelanggan boleh dibilang dengan jari. Salah satu sebabnya, apabila kenderaan dicuci tentunya akan mengalami masalah kekotoran juga berbanding dengan musim kemarau. Misalnya dalam musim kemarau, dalam satu-satu masa terdapat kira-kira enam buah kenderaan yang berpusu-pusu masuk ke pusat cucian kenderaan miliknya. Sememangnya, dalam tempoh berkenaan beliau hanya mampu dapat menyiapkan kerja terbabit sebanyak enam buah kenderaan sahaja disebabkan pekerjanya adalah beliau seorang diri sahaja.
Manakala dalam proses menggilap pula, beliau hanya mampu menyelesaikan sebanyak tiga buah kenderaan dengan pendapatan yang diperolehi sebanyak RM70 hingga RM80 bergantung kepada kenderaan tersebut.
Selain itu menurutnya, beliau juga berminat dengan sistem bunyi (pa system) di mana bidang ini adalah bidang utama yang paling diminatinya sejak aman sekolah lagi selain mewujudkan pusat mencuci kenderaan sendiri. Katanya, untuk mendapat ilmu dalam bidang terbabit beliau mempelajarinya dari seorang guru yang juga dianggap mahir dalam sistem bunyi terbabit di mana konsep yang dipelajarinya seperti dari segi pengasingan suara dan base berdasarkan kepada kepuasannya sendiri.
"Peralatan sistem bunyi ini dikhususkan untuk majis kahwin, majlis sukan, seminar, hari guru, hari keluarga dan karaoke. Bagi orang ramai yang berminat ingin menyewa peralatan sistem bunyi ini, saya lakukan kesemuanya menurut kehendak penyewanya.
"Dalam bidang ini juga, saya tidak memerlukan pembantu kerana kebanyakan pembantu akan lari dari konsep yang saya jiwa saya kehendaki apatah lagi untuk mendapatkannya agak sukar sebagaimana pengalaman yang saya dapat", katanya.
Jelasnya, kebanyakan pengguna dan penyewa peralatan sistem bunyinya itu turut mendapat tempat di kalangan orang ramai terutamanya dari daerah Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu selain terdiri daripada penyewa-penyewa yang tinggal berdekatan dengan kediamannya.
Beliau menambah, sebab-sebab beliau bertumpu di kedua-dua bidang ini adalah kerana minatnya yang begitu mendalam terhadap seni itu sendiri selain ingin mengenali setiap pelanggan ini agar sentiasa datang ke kedainya kerana amat berbeza dengan pendekatan yang dilakukan di pusat mencuci kenderaannya berbanding dengan tempat lain.
Justeru, beliau juga bercadang untuk membuka pusat cucian kenderaan berkenaan pada waktu malam tetapi pada hari raya sahaja. Ini adalah untuk tujuan memberikan peluang kepada pelanggan berhari raya dengan kenderaan bersih, seolah-olah suatu pengorbanan dan dalam usaha untuk mengambil hati pelanggan.

Mohd. Aliza Abdullah atau Mat JPN.
Mat JPN ketika diwawancara Wartawan RELATIF di kediamannya.
Mat JPN sedang membersihkan kenderaan di laman rumah miliknya.
Minat utamanya adalah terhadap sistem bunyi (PA System).
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan