MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN BANTUAN RAKYAT
1 MALAYSIA (BR1M) KAWASAN PARLIMEN
KOTA BHARU (FASA 1) - N10 BUNUT PAYONG
1 MALAYSIA (BR1M) KAWASAN PARLIMEN
KOTA BHARU (FASA 1) - N10 BUNUT PAYONG
KOTA BHARU, KELANTAN: MAJLIS Penyampaian Agihan Wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Fasa 1 bagi N10 Bunut Payong telah diadakan di Dewan Kota Jelasin, Sek. Men. Kota (SMK Kota) dekat sini pada 26 Januari, 2012. Kebanyakan penerima yang terdiri daripada golongan warga emas sejak dari jam 2.00 petang lagi telah berduyun-duyun mendaftarkan nama sebagai penerima di majlis berkenaan.
Bantuan agihan wang BR1M itu telah disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Hj. Mohamad Fatmi bin Hj. Che Salleh merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Bharu.
Dalam ucapannya, beliau berharap rakyat dan penerima bersyukur apa yang dipeolehi tetapi tidak bersikap kufur dengan mengutuk kerajaan dari belakang. Katanya, kesemua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini tidak pernah mengadakan bantuan seumpama itu, sebaliknya di bawah Perdana Menteri yang baru, Y.A.B Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak bukan sahaja bantuan BR1M, tetapi bantuan lain juga telah disalurkan dan diberikan kepada penerimanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih khususnya kepada pihak Pegawai dan Kakitangan CIMB Bank Berhad yang turut serta dalam pengagihan tersebut.
Salah seorang warga emas yang merupakan penerima BR1M yang sempat ditemui Penulis berkata, beliau amat bersyukur dengan pengagihan wang tersebut sebagai suatu langkah keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan beban perbelanjaan sara hidup golongan sepertinya. Menurutnya, ketika kita memerlukan wang yang segera, tiada pihak yang sanggup membantu tetapi dengan wang yang diterimanya dapatlah sedikit sebanyak mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh keluarganya.
Orang ramai berkumpul dan menunggu pihak urus setia untuk mendaftarkan nama.
Pendaftaran bermula. Penerima yang memperolehi tanda nama sahaja dibenarkan memasuki dewan.
Ucapan oleh Dato' Hj. Mohamad Fatmi Hj. Che Salleh.
Agihan wang diberikan di tempat duduk penerima.
Inilah sampul BR1M yang memuatkan wang tunai RM500 yang diagihkan kepada penerima yang layak.
Inilah sampul BR1M yang memuatkan wang tunai RM500 yang diagihkan kepada penerima yang layak.
Kesemua foto ini dirakam di SMK Kota, Kota Bharu pada 26.1.2012.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan