KRAFTANGAN TERENGGANU
MARANG, KUALA TERENGGANU: Produk kraftangan di Kuala Terengganu akan menempuh jalan malap malahan para peniaga yang mengusahakannya terpaksa gulung tikar jika pihak kerajaan negeri tidak mengambil inisiatif untuk memulihkan dan memajukan produk tersebut supaya dapat bangkit kembali sebagaimana barangan lain di pasaran. Tidak sebagaimana di Kelantan misalnya, produk sedemikian masih lagi menambat hati masyarakat di negeri terbabit kerana usaha untuk memartabatkan produk tersebut dimulakan sejak zaman nenek moyang mereka lagi.
Salah seorang Pengusaha Razak Handycraft, Haji Razak Embong, 65, dari Kampung Belukar, Rusila, Marang, Kuala Terengganu ketika ditemui Penulis berkata, sememangnya tahun 2011 ini adalah tahun yang malang baginya. Ini kerana, banyak produk kraftangan yang dijualnya kurang laris tidak sebagaimana di tahun 2005 hingga 2010 dulu.
Katanya, kedai kraftangan yang dibinanya sekarang ini pada masa dulu adalah sebuah kedai menjual batik, sotong dan ikan. Namun, disebabkan sambutan pelanggan terhadapnya dianggap tidak memberangsangkan, beliau mula beralih arah dengan mengusahakan produk kraftangan pula dengan harapan rezekinya bertambah.
"Saya mengusahakan produk ini sudah menjangkau 10 tahun bersama-sama isteri. Sememangnya pada tahun 2005 hingga 2010 sambutan pelanggan terhadap produk ini amat menggalakkan. Masih lagi saya ingat, perolehan pendapatan pada tahun 2005 mencecah RM800 hingga RM1,000 sehari", katanya mengingatkan kenangan beliau mengusahakan produk kraftangan di kedainya itu.
Tambahnya, berbanding dengan pengusaha produk kraftangan lain yang hanya menjual satu produk sahaja. Namun, bagi Haji Razak beliau begitu teruja untuk menjual kedua-dua produk dari buluh dan rotan sekaligus. Jelasnya lagi, kedua-dua produk berkenaan berpotensi maju jika tiada gangguan dari masalah kenaikan harga barangan di pasaran.
"Tahun 2011 ini rezeki saya menurun agak ketara disebabkan kenaikan harga barangan. Pelanggan yang datang bukan untuk membeli, sebaliknya sekadar melihatnya sahaja. Mereka membelinya atas dasar keperluan semata-mata.
"Berbanding dulu, pelanggan yang datang tidak berkira sangat. Apabila dilihat nampak cantik dan berkenan di hati mereka terus membelinya. Sekarang pendapatan saya tidak menentu, kadang-kadang RM50 atau RM60 sehari", jelasnya yang agak terkejut dengan perkembangan itu.
Menurutnya lagi, di antara sebahagian produk kraf dari buluh terdiri dari bakul, badang, lampu tidur dan nyim (bujur). Manakala produk dari rotan seperti bekas kain dan baju, bekas payung, bekas hamper, buaian orang dewasa, sepak raga dan sebagainya.
Apabila ditanya tentang asal usul produk berkenaan, beliau menjelaskan kebanyakan produk berkenaan didatangkan dari bengkel di Kota Bharu dan Pasir Mas di Kelantan. Manakala produk yang selebihnya dari Kuala Berang, Paka dan Ajil di Terengganu.
Kebanyakan harga produk kraf di kedai Haji Razak masih djual dengan harga murah dan mampu dibeli oleh pelanggan. Misalnya kipas tangan yang dibuat dari mengkuang dijual dengan harga RM5 hingga RM6 sahaja. Bekas telur yang dibuat dari buluh dijual dengan harga RM1-20. Manakala barangan kraf yang paling laris setakat ini adalah tudung saji yang dijual dengan harga antara RM28 hingga RM30 sebuah.
"Kedai saya ini mendapat tumpuan apabila adanya majlis kenduri dan malis keramaian. Tempahan seperti bekas-bekas telur, badang dan bakul memang agak laris ketika ini.
"Cuma produk dari rotan agak mahal harganya, sebab bekalan rotan besar sekarang ini sukar diperolehi. Kadang-kadang tempahan dibuat memakan masa sehingga tiga bulan baru dapat.
"Kebanyakan bekalan rotan ini pula datang dari Indonesia. Rotan-rotan ini pula akan dibawa ke Negeri Sembilan untuk diproses. Sementara rotan dari Jeli, Kelantan sekarang ini sudah pupus",katanya.
Berdasarkan kepada senario tersebut, produk kraf di Kuala Terengganu menjamin pulangan lumayan kepada pengusaha-pengusahanya jika pihak kerajaan negeri dan agensi-agensi yang terlibat memainkan peranan untuk memulihkannya sebelum berkubur. Produk kraftangan dari tumbuh-tumbuhan seperti rotan, buluh dan mengkuang adalah lambang kehebatan seni tangan di kalangan orang-orang Melayu yang bijak menyulamnya.
Walaupun agak sukar dan dianggap terlalu mahal apatah lagi terpaksa bersaing dengan produk dari bahan-bahan lain, namun siapa sangka "hanya jauhari kenal maknikam". Kecantikan dan kehalusan pembuatannya sukar ditandingi dan memang telah lama wujud di kalangan orang-orang Melayu. Cintai dan belilah barangan kraf kerana kesenian tangan nenek moyang kita terletak kepada barangan tersebut.

Haji Razak Embong.
Pengusaha Razak Handycraft, Haji Razak Embong ketika ditemubual Penulis di premisnya.
Inilah premis Razak Handycraft yang terletak di Marang, Kuala Terengganu.
Lampu tidur.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Terima kasih!
BalasPadam