RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-1.blogspot.com

Sabtu, 7 Januari 2012

Foto: Lokasi Sejarah

LOKASI/TEMPAT SEJARAH
Ruangan ini hanya memaparkan tentang Foto: Lokasi/Tempat Sejarah di negara kita

Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH


KELLIE'S CASTLE

IPOH, PERAK:  BANGUNAN bersejarah ini terletak di Jalan Simpang Pulai, Ipoh, Perak.



Penulis di dataran Kellie's Castle, Jalan Simpang Pulai, Ipoh, Perak.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH


MASJID BEIJING

RANTAU PANJANG, KELANTAN:  MASJID ini dikenali Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra tetapi sinonim dengan panggilan Masjid Beijing yang diilhamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Masjid Beijing ini menggabungkan seni bina Cina dan Islam menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing, China. Masjid ini mula dibina pada 12 September, 2005 dan telah dirasmikan pada bulan Ogos 2009 terletak di lebuh raya Pasir Mas - Rantau Panjang, Kelantan kira-kira dua (2) kilometer dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar. Kos keseluruhan pembinaan Masjid Beijing ini berjumlah RM8.8 juta yang mampu memuatkan seramai 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Setiap tahun masjid ini menjadi tumpuan utama pelancong dalam dan luar Kelantan serta pelancong antarabangsa untuk melihat dengan lebih dekat seni binanya. Produk Masjid Beijing ini termasuk dalam kalendar Tahun Melawat Kelantan 2012.



Penulis di sebelah sisi Masjid Beijing.





Ruang dalam Masjid Beijing.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

MASJID KAMPUNG LAUT

KOTA BHARU, KELANTAN:  MASJID Kampung Laut bukan sahaja sebuah masjid tertua di Kelantan tetapi juga di Nusantara. Masjid ini dikatakan dibina dalam abad ke-18 oleh pengembang Islam (Wali Songo) yang mana seni binanya seperti Masjid Demak yang terletak di daerah Gresik, Indonesia yang dibuat dari kayu tanpa menggunakan paku tetapi hanya dipasak. Tapak asal masjid ini terletak di Kampung Laut, Tumpat iaitu di pinggir Sungai Kelantan. Disebabkan masjid ini sering ditenggelami banjir, dalam tahun 1965 masjid ini dipindahkan ke Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan sehingga hari ini.




Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

RAJA ABDULLAH RAJA BAHAR

RAJA ABDULLAH adalah Putera Raja Bahar (Pemerintah Kesultanan Jembal tahun 1721-1733). Baginda telah berkahwin dengan sepupunya, Puteri Sa'adong iaitu puteri Raja Loyor (Pemerintah Raja Jembal Terakhir) di mana Puteri Sa'adong menjadi anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di Kota Tegayung (Tanah Serendah Sekebun Bunga). Perkahwinan ini bertujuan untuk mengelakkan angkara Raja Siam yang berhasrat untuk memperisterikan Puteri Sa'adong.

Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah memerintah Kelantan dan menamatkan sejarah pemerintahan Kota Tegayung, apabila pusat pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong berpindah ke Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi Kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan keadaan Kesultanan Jembal yang tidak ada pemerintahan selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.

Dalam tahun 1671, Baginda Raja Abdullah telah mamgkat. Baginda dikatakan ditikam oleh isteri Baginda, Puteri Sa'adong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca dari sikap marah Puteri Sa'adong terhadap suaminya, Raja Abdullah yang tidak setia terhadapnya. Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Kampung Padang Halban, Melor.

Inilah Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Melor, Kelantan.

 
 Penulis bergambar di hadapan Makam Raja Abdullah.

Teks dan Foto:
 AZMI MOHD. SALLEH

RAJA LONG SULAIMAN BIN LONG BAHA
(Ayahanda Long Yunus)

RAJA LONG SULAIMAN BIN LONG BAHA adalah ayahanda Long Yunus. Baginda terbunuh dalam serangan Legeh ke atas Kelantan pada tahun 1756. Makamnya kini terletak di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Baharu, Kelantan. Baginda meninggalkan seorang putera tunggalnya bernama Long Yunus yang ditinggalkan Baginda sewaktu masih dalam kandungan bondanya di Pattani, Siam kira-kira dalam tahun 1701.


Inilah Makam Raja Long Sulaiman bin Raja Baha terletak di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Baharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

RAJA DAGANG

MAKAM RAJA DAGANG ini terletak di Kampung Raja Dagang, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan di tepi laluan utama kampung berkenaan.





Inilah Makam Raja Dagang.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

TOK JANGGUT

TOK JANGGUT adalah nama timangan bagi Ustaz Hassan, seorang pahlawan 


Penulis bergambar di Makam Tok Janggut.


Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH


TOK KENALI (1870-1933)

TOK KENALI atau sebenarnya ialah Muhammad Yusof bin Ahmad, dikenali juga sebagai "Awang" dan kadang-kadang dengan sebutan "Awang Kenali" dilahirkan di belakang Masjid Shaalihiy (Masjid Lama) pada tahun 1870 Masihi bersamaan 1287 Hijrah di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kelantan.


Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
 HAJI DAUD BUKIT ABAL



Inilah Makam Haji Daud Bukit Abal terletak di Pasir Puteh, Kelantan.

Penulis di Makam Haji Daud Bukit Abal.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

RUMAH 150 TAHUN

RUMAH ini dirakam di Jalan Hulu Stesen, Wakaf Baharu, Kelantan. Walaupun kelihatannya uzur, namun kebanyakan perkakasan rumah berkenaan masih yang asal selain rekabentuk lamanya yang agak kukuh.


Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH


RUMAH 150 TAHUN


RUMAH ini dirakam di Kampung Pangkal Kalong, Pasir Mas, Kelantan. Walaupun kelihatannya agak uzur, namun rumah terbabit masih mengekalkan ciri-ciri seni bina lama.



Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

SURAU 150 TAHUN

SURAU ini berusia 150 tahun yang dirakam di Kampung Talak, Tumpat, Kelantan. Walaupun kelihatannya agak uzur, namun sebahagian kayunya masih kekal yang lama dan sehingga hari ini surau berkenaan masih digunakan oleh jemaah di kampung terbabit.  


Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH 

KAPAL KOREK TANJUNG TUALANG
TT5 (1938)




Penulis bergambar kenangan di hadapan Kapal Korek Tanjung Tualang TT5 (1938)


Bahagian dalam Kapal Korek TT5.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan