MANDI WAP DAN KUKUS HERBA
PASIR MAS, KELANTAN: Penyakit dirawat melalui pelbagai kaedah bukan sahaja secara moden sama ada melalui suntikan dan amalan memakan ubat. Bukan juga melalui kaedah tradisional yang sering diamalkan seperti urutan urat saraf mahupun dengan meminum air akar kayu ataupun tumbuhan herba. Namun, percayalah semenjak berkembangnya ilmu pengetahuan, beberapa kaedah lain seperti "Mandi Wap dan Kukus Herba" juga mampu untuk memulihkan dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik malah telah dianggap sebagai terapi tradisional terbaik yang pernah diamalkan beberapa tahun lalu. Tetapi dewasa ini disebabkan beberapa faktor tertentu, kaedah sedemikian seperti tersisih dari dunia perubatan.
Menyedari hakikat tentang kaedah sedemikian yang dianggap ringkas, mudah dan tidak menyakitkan telah menjadikannya suatu inisiatif supaya rawatan seumpama ini diperkembangkan.
Seorang Pengusaha Pusat Mandi Wap dan Kukus Herba, Haji Omar bin Sulaiman, 63, atau turut dikenali sebagai Pak Nik Haji Omar dari Kampung Padang Embun, Pasir Mas, Kelantan ketika ditemui Penulis berkata, sememangnya kaedah seumpama ini masih mendapat tempat di hati masyarakat kerana selain rawatannya agak ringkas, bayaran yang dikenakan juga agak rendah berbanding lain-lain rawatan yang diperkenalkan.
"Pak Nik pernah diserang penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok pada tahun 2003. Ketika itu Pak Nik sedang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
"Pada suatu hari, keluarga (waris) Pak Nik menyarankan supaya Pak Nik mendapatkan rawatan melalui kaedah mandi wap di sebuah pekan di Golok, Thailand kerana cara rawatan ini amat pantas untuk menyembuhkan penyakit tanpa berpantang, tanpa disuntik atau tanpa melalui pengambilan ubat", jelas Pak Nik Haji Omar ketika ditanya sebab-sebab beliau menubuhkan pusat mandi wap bersebelahan rumahnya itu sehingga hari ini.
Katanya, menyahut saranan keluarganya itu yang turut memperkenalkannya ke sebuah pekan di daerah Golok, Thailand yang agak tersohor dengan kaedah sedemikian dengan harapan untuk menyembuhkan ketiga-tiga penyakit kronik yang dialaminya, beliau akur dengan ajakan itu walaupun pada mulanya agak keberatan untuk berbuat demikian.
"Pak Nik ikut apa yang terbaik asalkan penyakit ini sembuh seperti sebelumnya, jadi Pak Nik kemudiannya ke sana. Dalam hati Pak Nik bertekad, jika penyakit ini sembuh Pak Nik berjanji akan mewujudkan pusat mandi wap di kampung Pak Nik sendiri dengan harapan dapat membantu pesakit-pesakit lain pula", ujarnya.
Dengan takdir Allah, ketiga-tiga penyakit kronik yang dialaminya itu sembuh seperti sediakala. Dengan hasrat dan azam yang dicetuskan dalam hati kecilnya ketika itu untuk tujuan mewujudkan sebuah pusat mandi wap berasaskan herba akhirnya terlaksana. Pengalamannya dapat merasai sendiri situasi ketika dalam proses rawatan mandi wap di negara gajah putih itu banyak memberikan manfaatnya kerana hakikat yang sebenarnya dapat mencairkan dan memudahkan aliran darah dan selepas itu kesihatannya agak memberangsangkan.
Namun menurutnya, amat berbeza di antara pusat mandi wap yang diusahakannya berbanding dengan pusat mandi wap yang diusahakan di tempat lain terutamanya dari segi penggunaan herba atau akar-akar kayu berubat yang diperkenalkannya. Di antara beberapa jenis herba yang digunakannya dalam proses mandi wapnya terdiri dari lapan jenis akar-akar kayu seperti tongkat ali, teja lawan, teja jantan dan lain-lainnya, berbanding dengan pusat mandi wap di tempat lain yang tidak menggunakan kaedah herba sepertinya.
Tambah Pak Nik Haji Omar, kesemua jenis herba berkenaan turut diusahakannya sendiri kerana berpegang kepada falsafah setiap yang baik itu akan memberikan manfaatnya kepada manusia dan justeru itu herba berkenaan mempunyai kebaikannya kepada tubuh pesakit kerana herba dari akar-akar kayu adalah penyembuh malah penawar terhadap penyakit yang dihidapi manusia paling berkesan di atas muka bumi Allah ini.
Katanya, masa operasi pusat mandi wapnya itu diperuntukkan empat kali seminggu meliputi hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Manakala hari Isnin hingga Rabu bermula jam 3.00 petang hingga 10.00 malam yang dibuka kepada orang ramai bukan sahaja di kalangan lelaki tetapi juga terdiri daripada kalangan wanita. Namun menurutnya, jika sambutan pelanggan agak luar biasa, masa yang ditetapkan itu akan terus dilanjutkan sehingga kesemua pelanggan pulang.
"Sambutan pelanggan setakat ini agak menggalakkan sama ada lelaki dan wanita. Ini kerana, mandi wap ini bukan sahaja amat baik untuk kesihatan lelaki, namun perempuan juga digalakkan supaya tahap kesihatan memuaskan terutamanya kepada golongan wanita datang bulan agak lewat, tidak seimbang dan seminggu selepas bersalin. Setelah mandi wap beberapa kali, masalah yang dialami akan terasa perubahannya", katanya.
Sambungnya, kebanyakan pelanggan bukan sahaja terdiri daripada masyarakat tempatan, namun terdapat juga pelanggan dari Kota Bharu, Bachok, Machang, malah paling ramai dari Rantau Panjang termasuk dari Jerteh (Terengganu) dan Golok (Thailand).
Apabila ditanya, apakah istimewanya sehingga pelanggan dari Golok, Thailand datang mendapatkan rawatan di pusat mandi wap beliau sedangkan di sana juga mempunyai pusat mandi wap yang agak tersohor. Beliau menjelaskan, salah satu sebabnya ialah terdapat beberapa pelanggan dari Selatan Thailand itu yang pernah mandi di pusat mandi wapnya, jadi apabila mereka pulang hal ini disebarkan kepada beberapa orang rakan-rakan mereka bahawa pusat mandi wap yang diusahakannya amat berbeza dengan di sana.
Apatah lagi, makluman pelanggan di sana yang mengatakan pusat mandi wapnya agak berlainan dari segi penggunaan herba sebagai salah satu kaedah untuk menyembuhkan penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, kolestrol setelah kaedah ini dilakukan berulang kali, penyakit yang dialami pasti pulih menyebabkan pusat mandi wapnya kini agak tersohor juga.
Dari segi bayaran pula dianggap paling murah jika dibandingkan dengan pusat mandi wap yang lain kerana salah satu sikapnya adalah untuk membantu orang ramai supaya sentiasa berkeadaan sihat sebagaimana hasrat beliau sebelum ini. Bayaran sebanyak RM10 yang dikenakan bagi sekali mandi dianggap berpatutan dan dianggap tidak membebankan pelanggan dan setakat ini kesemua pelanggannya amat berpuas hati dengan bayaran yang dikenakannya.
Penetapan masa mandi terserah kepada pelanggannya mengikut kehendak mereka di mana sesetengah pelanggan dapat bertahan dalam masa satu jam, tetapi baginya bukan bergantung kepada masa. Kebanyakan pelanggan-pelanggannya ada yang dapat bertahan selama 15 hingga 20 minit kemudian mereka akan keluar berehat sementara dan selepas itu disambung kembali.
"Amalan mandi wap ini banyak kelebihan dan keistimewaannya kepada kesihatan lelaki dan wanita, salah satunya akan keluar toksik melalui aliran peluh selepas berbuat demikian.
"Dalam hal ini, adalah perlu setiap pesakit perlu melakukannya berulang kali khusus bagi penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, strok, jantung dan kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah", ulang Pak Nik Haji Omar lagi.
Katanya, beliau banyak menerima maklumbalas dari beberapa orang pelanggannya yang mendakwa sebelum amalan mandi wap tubuh badan mereka akan sering berasa keletihan, tidak bermaya, malas dan kadang-kadang terlalu sukar untuk bangun pagi serta sering bermenung untuk melaksanakan sesuatu tugas. Namun, selepas mereka mandi wap kelihatan tubuh badan agak sihat dan segar di mana perasaan malas yang menghantui mereka sebelum ini tidak lagi wujud. Bahkan tubuh badan yang berasa lemah dan sentiasa sakit-sakit sebelum ini secara totalnya berubah. Ini disebabkan beberapa jenis toksik dalam badan, asid dan kolestrol dalam darah akan mengalir melalui peluh.
Disebabkan sambutan pelanggan agak menggalakkan, beliau turut berasa gembira kerana usahanya selama ini diterima oleh orang ramai. Apatah lagi dengan niatnya untuk memberikan khidmat dan pertolongan kepada pelanggan yang mengalami masalah kesihatan dan dalam masa yang sama pelanggan mendapat manfaat dari pusat mandi wap yang ditubuhkannya dalam istilah sama-sama memberikan pertolongan kerana beliau sendiri tidak berkemampuan untuk melakukan kerja-kerja yang lain disebabkan penyakit yang pernah dialaminya sebelum ini.
Sementara itu, salah seorang pelanggan setianya yang setakat ini telah lebih 10 kali sering mandi wap dipusat mandi wap milik Pak Nik Haji Omar, Zulkifli bin Basheer, 35, dari Kampung Pengkalan Datu, Pasir Mas yang juga seorang guru dari salah sebuah sekolah rendah dekat sini yang menghidap gastrik menganggap, semenjak amalan mandi wap di pusat berkenaan beliau berasa tubuhnya agak ringan dari sebelumnya, masalah tidur yang menghantuinya juga telah selesai manakala berat badannya juga semakin menurun (berkurangan).
"Saya mencadangkan supaya amalan mandi wap ini dilakukan dua kali dalam seminggu. Tetapi disebabkan urusan kerja, saya amalkan sekali dalam seminggu, itu sudah memadai", katanya yang begitu teruja setiap kali selesai mandi di situ.
Katanya, beliau menyarankan kepada golongan yang belum pernah mengamalkan mandi wap dan kukus herba itu berharap mencubanya kerana amalan berkenaan boleh menyihatkan badan. Ini kerana, amalan mandi wap sebagai langkah alternatif bagi golongan yang tidak mempunyai masa untuk bersukan. Walaupun bersukan itu menurutnya lebih baik, namun daripada menyerahkan diri kepada masalah kesihatan disebabkan tidak bersukan, adalah lebih baik dengan kaedah mandi wap akan mengeluarkan peluh yang kotor dari badan. Apatah lagi menurutnya, dewasa ini kita sering terdedah kepada amalan pemakanan yang tidak sihat seperti makanan segera serta masalah pencemaran udara, lantas dengan amalan mandi wap boleh menyucikan badan individu itu sendiri selain turut menyucikan darah dalam tubuh badan kita sekali.
Beliau berpendapat dalam hal ini, sepatutnya orang ramai perlu sedar bahawa sewaktu ketika dahulu amalan mandi wap ini sememangnya mendapat tempat, namun disebabkan manusia semakin sibuk menyebabkan kita mengabaikan kaedah berkenaan. Dengan demikian, apabila beliau ke pusat mandi wap dan kukus herba Pak Nik Haji Omar beliau berasa sangat perlu memandangkan dewasa ini kita banyak terdedah kepada masalah pencemaran.
Atas dasar itu, beliar menyarankan dalam peringkat usia 40 tahun ke atas itu di mana kebanyakannya malas bersukan, jadi dengan adanya pusat mandi wap seumpama ini anggaplah sebagai aktiviti riadah di tempat berkenaan kerana kaedah sedemikian menyebabkan peluh akan mengalir keluar dengan banyaknya dari setiap bahagian tubuh yang dianggapnya hampir sama dengan bersukan.
Dalam hal ini, amat jelas sebagaimana hasrat Pak Nik Haji Omar yang bercita-cita bahawa penubuhan pusat mandi wap dan kukus herba untuk membantu pesakit-pesakit termasuk golongan miskin yang tidak mampu menerima dengan harga mahal. Jika beliau berniat untuk menjadikannya sebagai komersial, beliau perlu mencari tempat yang agak luas dan sesuai.
Justeru, jika dijadikan komersial tentunya pelanggan-pelanggannya perlu mengeluarkan kos yang tinggi, jadi adalah memadai beliau mewujudkannya di atas tanahnya sendiri tanpa perlu menambahkan beberapa keperluan lain yang tentunya agak membebankan. Apatah lagi, beliau melakukannya sendiri dengan dibantu oleh isterinya, dalam keadaan ini beliau tidak perlu mendapatkan khidmat pekerja kecuali bersama anak-anaknya.

Haji Omar bin Sulaiman atau Pak Nik Haji Omar.
Pak Nik Haji Omar ketika ditemubual Penulis.
Papan tanda yang diletakkan di hadapan Pusat Mandi Wap.
Bilik mandi wap lelaki.
Bilik mandi wap perempuan (kiri sekali).
Cikgu Zulkifli Basheer adalah pelanggan setia Pusat Mandi Wap dan Kukus Herba.
Zulkifli Basheer di bilik mandi wap.
Pak Nik Haji Omar juga memperkenalkan kaedah berbekam.
Inilah alat untuk berbekam.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
assalamualaikum....
BalasPadamen azmi...saya sangat berhajat nk nombot tepon pak nik omar taukeh mandi wap kat pasir mas kelantan tu....no yang tertera kat blog dah tamat perkhidmatan....saya nak khidmat nya. boleh tak sms saya di nombor saya aron 016-7353476
terima kasih..
cikgu aron
johor
hp 016-7353476
Minat juga nak dapat khidmat..
BalasPadam