SENI PRODUK KRAF
TUMPAT, KELANTAN: KRAFTANGAN adalah kerja seni menggunakan kemahiran tangan yang dipopularkan sejak zaman nenek moyang lagi, sebenarnya tidak pernah luput walaupun telah berusia berpuluh-puluh tahun lampau. Barangan kraf yang berasaskan dari tumbuh-tumbuhan seperti buluh, rotan, daun mengkuang, daun pandan, tempurung kelapa dan lidi masih lagi mempunyai peminatnya yang tersendiri dan tidak pernah ditelan zaman. Walaupun cara buatannya telah bertukar corak, namun percayalah barangan kraf yang dimaksudkan itu masih lagi dalam keadaan kemas untuk menunjukkan pembuatannya agak halus dan penuh teliti.
Salah seorang pengusaha muda kraftangan berkenaan yang sempat ditemui Penulis, Ariffin bin Mat Ail, 29, atau lebih dikenali Riffin dari Kampung Talak, Tumpat, Kelantan mengakui, barangan kraftangan yang dijualnya itu mempunyai ramai peminat yang tersendiri. Ini kerana, sambutan pelanggan terhadap barangan kraf di kedainya agak memberangsangkan malahan beliau sering kali terputus bekalan. Apabila terjadi hal sedemikian, terpaksalah kedainya ditutup seketika sementara menunggu bekalannya kembali pulih.
"Bekalan kraftangan ini saya perolehi dari kerja tangan orang-orang Kampung Talak ini sendiri dan ada juga dari luar. Setelah siap, mereka akan meletakkannya di kedai ini", ujarnya.
Riffin yang turut mengusahakan kedai kraftangan bersama bapanya sejak tahun 1989 di mana kini telah berusia 20 tahun lalu sering menerima pelanggan bukan sahaja terdiri daripada penduduk sekitarnya termasuk dari daerah lain seperti Pasir Mas, Machang dan Kuala Krai. Menariknya, kebanyakan pembeli adalah pelancong dari luar Kelantan seperti Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Walaupun tinggal jauh, mereka sanggup datang sendiri ke kedainya untuk membuat pilihan dan selepas itu beliau akan menghantarkannya melalui keretapi.
"Kebanyakan pelancong dari luar Kelantan ini datang ke kedai saya, mereka membuat pilihan. Selepas mereka pulang, saya akan mengirimkannya melalui keretapi", jelas Riffin sambil menunjukkan beberapa bungkusan barangan kraf itu yang telah ditempah pelanggannya dan siap sedia untuk dihantar kepada pembeli yang dimaksudkan.
Di antara barangan kraf dari buluh seperti bakul, bubu, tuai, timba, acak, sarang burung, serkap ayam, terkup, badan (alat tampi padi). Manakala tikar dan tudung saji pula dibuat daun mengkuang. Sementara penyapu dibuat dari lidi kelapa, manakala bekas umpan pancing pula dibuat dari tempurung kelapa. Harga yang ditawarkan bagi barangan kraf tersebut semurah RM3 dan paling tinggi RM50. Sementara kraf siling dijual secara kiraan kaki, bermakna kalau berukuran 4 x 4 kaki berharga RM16. Menurutnya, kebanyakan pelancong tidak pernah berkira tentang harga barangan asalkan hasrat yang mereka inginkan itu tercapai.
Riffin menjelaskan, kedainya dibuka tujuh hari seminggu. Walaupun kebanyakan kedai di Kelantan ditutup pada cuti hari minggu seperti Jumaat, namun kedai kraf miliknya itu tidak pernah ditutup kecuali jika stok bekalan telah habis. Salah satu sebabnya ialah, beliau sering menerima kunjungan pelancong luar kebanyakannya hari Jumaat dan Sabtu.
"Permintaan tinggi terhadap barangan kraf ini terdiri daripada pemborong. Mereka menempah lebih dari 1,000 barangan. Nilai kesemuanya termasuk pelanggan lain dalam sehari, kami dapat dalam RM400", jelasnya.
Katanya, dalam keadaan cuaca panas dan setiap kali menjelangnya hari raya permintaan terhadap barangan kraf agak menggalakkan dan beliau tidak memang tangan dibuatnya. Namun, kadang-kadang agak perlahan terutamanya pada musim hujan dan bulan puasa.
Justeru, beliau amat bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya sekarang. Malahan beliau berharap kepada pelanggan dapat menilai seni hasil kerja tangan dengan menyokong barangan kraf itu sambil membeli produk di kedainya. Selain harganya agak murah, namun kualitinya yang patut dipertaruhkan kerana selain pembuatannya penuh teliti dan halus untuk menunjukkan barangan kraftangan masih mendapat tempat di hati peminat-peminatnya.

Ariffin bin Mat Ail atau Riffin boleh dihubungi di talian:
019-9292022 / 09-7195360
Ariffin bin Mat Ail atau Riffin ketika ditemubual Penulis.
Sarang burung turut dijual di kedai krafnya.
Serkap ayam masih ada pembelinya.
Barangan kraf lain dari buluh.
Tudung saji tradisional dibuat dari daun mengkuang.
Tikar mengkuang masih digunakan oleh warga emas.
Bekas umpan pancing dibuat dari tempurung kelapa.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan