KISAH PUTERI SA'ADONG
KOTA BHARU, KELANTAN: GENERASI muda Kelantan mungkin hanya mengenali Taman Serendah Sekebun Bunga iaitu tempat menjamu selera dan Taman Tema Air yang terletak di Jalan Kuala Krai berhampiran Pejabat Kerajaan Negeri Kelantan. Namun hakikatnya, ada di antara mereka yang tidak mengetahui tentang sejarah wujudnya Tanah Serendah Sekebun Bunga atau dikenali juga Kota Tegayung yang terletak yang disebut-sebut sehingga hari ini yang terletak di Ketereh, apatah lagi nama Kelantan dan kaitannya dengan Cik Siti Wan Kembang serta Puteri Sa'adong (Puteri Mariym binti Sultan Adiluddin atau Raja Loyor).
Bagi menjejak kesan peninggalan sejarah purba, seorang peminat kisah misteri dan sejarah, Zulkifli Senik dari Ketereh, Kota Bharu telah menemukan Wartawan RELATIF dengan Zakaria bin Mohamed, 62, atau lebih dikenali Pak Ya yang merupakan seorang warga emas dan penduduk asal Kampung Serendah Sekebun Bunga dekat sini.
Penulis kemudiannya telah dibawa oleh Pak Ya ke beberapa tempat kesan peninggalan sejarah sehingga wujudnya nama Tanah Serendah Sekebun Bunga umpamanya sebuah pelabuhan terawal di negeri Kelantan itu tempat mula-mula bahtera Cik Siti Wan Kembang berlabuh, kolam terawal tempat Puteri Sa'adong bersiram, taman bunga dan tempat Puteri Sa'adong bermain buaian, sebuah gua tempat simpanan pinggan mangkuk Puteri Sa'adong dan Lubuk Batu Karang tempat perkakasan dapur seperti pinggan mangkuk dicampakkan di tepi lubuk tersebut.
Berdasarkan kepada cerita Pak Ya, pada masa itu masih belum wujud nama Tanah Serendah Sekebun Bunga apatah lagi nama "Kelantan" sebagaimana hari ini. Tetapi berikutan kedatangan Cik Siti Wan Kembang dari Pattani, Siam itulah bermulanya nama Tanah Serendah Sekebun Bunga.
Katanya, kedatangan Cik Siti Wan Kembang dari Pattani, Siam ke negeri sebelah sini adalah untuk tujuan perdagangan di mana sungailah laluan utama yang mula-mula wujud untuk membawa barangan dagangan pada masa itu. Di antara barangan dagangan yang dibawanya seperti ikan, budu serta garam untuk ditukarkan dengan barangan dari negeri sebelah sini seperti beras, ubi dan sebagainya. Peristiwa ini berlaku di zaman pemerintahan Raja Abdullah bin Raja Baha kira-kira pada tahun 1714.
Setelah kehabisan barangan dagangan, Baginda Cik Siti Wan Kembang pula semula ke Pattani. Apabila berita sedemikian didengari oleh Puteri Sa'adong (sesetengah riwayat menyatakan Puteri Sa'adong anak angkat atau anak saudaranya), Baginda puteri sangat-sangat ingin turut serta melihat keindahan dan kecantikan negeri sebelah sini sebagaimana yang pernah disaksikan oleh ibu angkatnya itu. Jadi, terpaksalah Cik Siti Wan Kembang kembali semula dan berlabuh ke negeri sebelah sini sehingga pada suatu hari Baginda Cik Siti Wan Kembang amat tertarik hati dengan keadaan negeri ini. Rombongan bersama-sama Puteri Sa'adong adalah seramai di antara 15 hingga 20 orang dalam sebuah bahtera yang dikenali 'Jong Suluk Kapa Ulana'.
Setibanya rombongan Baginda Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Sa'adong ke negeri sebelah sini, Baginda berdua bersama pengikut-pengikutnya yang lain terus membersihkan hutan dan semak-samun untuk dijadikan penempatan dan sebuah perkampungan. Setelah hutan dibersihkan, Baginda Cik Siti Wan Kembang amat tertarik hati tentang rupa tanah dan bumi di negeri yang disinggahinya itu amat cantik dan rata. Jadi Baginda menamakan Tanah Serendah Sekebun Bunga. Istilah 'serendah' untuk menunjukkan tanah yang dilihatnya itu agak 'rata'. Justeru, perkampungan awal yang dibuka oleh Baginda Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Sa'adong dinamakan Kampung Serendah Sekebun Bunga yang terletak di Ketereh, Kelantan dan masih kekal sehingga hari ini.
Setelah penempatan dan perkampungan telah diwujudkan, Baginda Cik Siti Wan Kembang kembali semula ke Pattani dengan meninggalkan anak angkatnya, Puteri Sa'adong di penempatan awalnya, Kampung Serendah Sekebun Bunga.
Setelah Puteri Sa'adong menetap agak lama di kampung berkenaan, maka menurut adat-istiadat raja-raja, tidak sempurna sebagai seorang puteri raja jika tidak ada taman bunga. Dengan itu, diwujudkanlah sebuah taman bunga yang juga turut dijadikan sebagai tempat Puteri Sa'adong bermain buaian sebagai menghiburkan hati.
Apabila agak lama taman bunga itu diwujudkan, bagi Puteri Sa'adong terasa masih belum sempurna jika tiada tempatnya untuk bersiram atau mandi-manda dan bersuka-ria sebagaimana yang sepatutnya bagi seorang puteri raja. Maka turut dibina sebuah kolam Puteri Sa'adong yang terawal berhampiran tebing sungai di perkampungan itu manakala di atas tebing itu adalah tempat Baginda puteri meletakkan kenderaan gajahnya.
Dengan demikian, tinggallah Puteri Sa'adong bersama hulubalang dan pengikut-pengikutnya di Kampung Serendah Sekebun Bunga dengan aman dan sentosa. Namun, tanpa disedari oleh Baginda puteri, kedatangan Baginda puteri sambil membuka penempatan di kampung itu telah diketahui oleh Raja Abdullah yang menduduki singahsana Istana Mahligai (kini di Melor, Kelantan). Apatah lagi dikatakan kecantikan Puteri Sa'adong telah tersebar luas menandingi kecantikan wanita-wanita lain waktu itu turut diperhatikan dan menjadi igauan Raja Abdullah. Disebabkan kecantikan Puteri Sa'adong yang tidak ada tolok bandingnya, keadaan ini menjadikannya seorang permaisuri di Istana Mahligai itu.
Berikutan itu, istiadat peminangan dan perkahwinan dilaksanakan dengan segera. Setelah selesai majlis perkahwinan di antara Raja Abdullah dengan Puteri Sa'adong selama dua tahun di Tanah Serendah Sekebun Bunga itu, maka atas niat untuk membuka perkampungan dan penempatan lain, Raja Abdullah dan Puteri Sa'adong pun berpindah meninggalkan Kampung Serendah Sekebun Bunga yang didudukinya sebelum ini untuk ke Istana Mahligai sebagai pasangan suami isteri malah sebagai seorang raja dan permaisuri dengan aman dan damai di istana itu.
Walau bagaimanapun, setelah agak lama mendiami di istana, Baginda Puteri Sa'adong terasa sunyi kerana tidak ada suatu pun permainan atau persembahan yang boleh menghiburkan hatinya. Lalu Baginda puteri memberitahu Raja Abdullah supaya mencari seekor anak kijang sebagai teman sepermainannya buat menghiburkan hatinya yang kesunyian.
Berikutan Raja Abdullah terlalu sayangkan Puteri Sa'adong, lalu Baginda Raja Abdullah memerintahkan seluruh hamba rakyat untuk mencari dan menangkap anak kijang sebagaimana yang dikehendaki oleh permaisuri Baginda itu. Akhirnya, seekor anak kijang emas dapat ditangkap dan ini tentunya menggembirakan Puteri Sa'adong kerana Baginda kini telah mempunyai teman yang diinginkannya.
"Walaupun Puteri Sa'adong telahpun bersuami, kecantikannya begitu ketara sehingga sampai kepada pengetahuan Raja Siam yang juga berniat mendapatkan Puteri Sa'adong untuk dijadikan isterinya.
"Selepas itu, Raja Siam datang ke negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga untuk mengambil Puteri Sa'adong dan membawanya ke negeri Siam. Berikutan cintanya Raja Siam terhadap Puteri Saadong itu membuak-buak, Raja Siam bertegas terhadap Raja Abdullah sama ada melepaskan Puteri Sa'adong pergi secara baik atau secara jahat", katanya.
Akibat dari kekalutan itu, maka Puteri Sa'adong berbincang dengan suaminya Raja Abdullah bagaimana untuk menyelesaikan kekusutan itu. Dalam kebingungan itu, Puteri Sa'adong memberikan cadangan kepada Raja Abdullah bahawa jika menolak hasrat Raja Siam itu sudah tentu akan berlaku peperangan yang boleh mengorbankan bala tentera dan rakyat jelata yang tidak berdosa. Justeru, Puteri Sa'adong meminta keizinan Raja Abdullah supaya membenarkan Baginda berangkat bersama-sama Raja Siam itu.
"Sebelum Puteri Sa'adong berangkat bersama-sama Raja Siam, melalui suaminya Raja Abdullah memberikan dua syarat. Syarat pertama, Raja Siam tidak boleh menyentuh tubuhnya. Syarat kedua, Raja Abdullah tidak boleh kahwin lain sepeninggalannya ke negeri Siam itu", ujar Pak Ya seterusnya.
Akhirnya Raja Siam berjaya mendapatkan Puteri Sa'adong dan membawanya ke negeri Siam tanpa sebarang peperangan atau pertumpahan darah di antara kedua-dua negeri berpunca daripada kecerdikan dan kebijaksanaan akal Puteri Sa'adong sendiri.
Setelah Puteri Sa'adong tiba di negeri Siam, maka sudah menjadi lumrah dan kelaziman seorang lelaki terhadap seorang wanita ialah untuk menggaulinya. Apabila tersentuh sahaja ke tubuh Puteri Sa'adong, dengan tidak semena-mena serata tubuh Raja Siam ditumbuhi kudis dan nanah yang busuk. Sakitnya bukan kepalang lagi dan tidak dapat diistilahkan dengan kata-kata. Habis semua pawang, dukun dan bomoh yang handal-handal telah dipanggil untuk merawat penyakit kudis yang dideritai oleh Raja Siam itu, namun kesemuanya gagal untuk menyembuhkannya.
Akibat gagal untuk menyembuhkan penyakit yang dialami oleh Raja Siam itu, Puteri Sa'adong menawarkan diri untuk merawat penyakit tersebut sehingga sembuh, tetapi dengan syarat Raja Siam menghantarnya kembali pulang ke pangkuan suaminya, Raja Abdullah di Istana Mahligai.
Daripada menanggung kesakitan yang amat sangat, langsung Raja Siam itu bersetuju untuk menghantarkan Puteri Sa'adong pulang ke Istana Mahligai sebagaimana syarat yang dikemukakan oleh Puteri Sa'adong jika Raja Siam sembuh dari penyakitnya.
Apabila mendengar pengakuan dan janji yang dilafazkan oleh Raja Siam itu, maka Puteri Sa'adong segera menyediakan dan mencampurkan segala jenis air termasuk air tapak kakinya sebagai bahan penawar penyakit untuk dimandikan ke seluruh tubuh Raja Siam itu. Apabila air penawar tersebut disiramkan ke tubuh Raja Siam, dengan serta-merta penyakit kudis yang dideritai oleh Raja Siam itu terus gugur.
Setelah cukup tiga hari kesihatannya pulih seperti sediakala, sebagaimana perjanjiannya terpaksalah Raja Siam menghantar kembali Puteri Sa'adong ke Istana Mahligai. Apabila Puteri Sa'adong tiba di Istana Mahligai, peristiwa lain pula yang berlaku. Suaminya Raja Abdullah didapati telah berkahwin lain. Akibat daripada Raja Abdullah mungkir janjinya sebelum ini, berlakulah pertengkaran di antara Puteri Sa'adong dengan Raja Abdullah, masing-masing tuduh-menuduh mencari kesalahan di antara satu sama lain.
Akibat daripada pertengkaran yang semakin berpanjangan itu menyebabkan Puteri Sa'adong hilang pertimbangan. Sesetengah riwayat menyatakan, Puteri Sa'adong mencabut keris kecil yang diselitkan pada punca pakaian yang dipakainya dan riwayat lain menyatakan, Baginda puteri menggunakan pemacak sanggul (alat pemintal sanggulnya) yang tajam lalu menikam ke tubuh dan terkena di dada atau sebelah rusuk kiri Raja Abdullah dan Baginda mangkat di Istana Mahligai ketika itu juga. Jenazah Baginda Raja Abdullah kemudiannya dimakamkan di Makam Diraja Padang Halban dekat Kadok, Ketereh, Kelantan.
Sepeninggalan Puteri Sa'adong waktu itu, terdapat sebuah gua yang menempatkan pinggan mangkuk Baginda. Sifatnya yang pemurah dan gemar membantu rakyat jelata yang memerlukan pertolongan terutamanya yang berhubung dengan peralatan memasak dipinjamkan oleh Puteri Sa'adong kepada rakyat yang memerlukannya untuk tujuan melaksanakan majlis kenduri dan keramaian. Ramai yang meminjamnya dalam jumlah yang banyak tetapi disyaratkan oleh Puteri Sa'adong supaya barangan yang dipinjam dihantar kembali di tempat asal dan dalam jumlah yang asal.
Apabila tahun berganti musim dan generasi berganti generasi yang lain, Puteri Sa'adong datang melawat gua tersebut untuk melihat keadaan peralatan pinggan mangkuknya yang didapati telah berkurangan tidak sebagaimana asal.
"Disebabkan hampa dan terkilan dengan karenah tidak jujur rakyat yang meminjamnya di mana banyak daripada pinggan mangkuk itu telah sumbing, pecah dan berkurangan, Baginda puteri dengan marah memerintahkan hulubalangnya mencampakkan kesemua pinggan mangkuknya itu ke dalam sebuah lubuk di situ. Pinggan mangkuk yang dicampak ke lubuk itu akhirnya membentuk tiga batu besar di mana susunannya sebagaimana pinggan yang dicampakkan itu", katanya sambil menunjukkan ke arah sebuah lubuk di situ yang dinamakan "Lubuk Batu Karang" sempena pinggan tersebut.
Pada masa itu menurutnya, pinggan mangkuk yang bertukar menjadi tiga batu besar di tepi Lubuk Batu Karang itu masih lagi wujud dan dapat dilihat oleh sesiapa sahaja yang datang ke situ sebelum ini. Tetapi kini, ia tidak lagi kelihatan dan mungkin telah tenggelam jauh ke dalam lumpur. Walaupun ada pihak yang cuba mencari ikan di samping berniat untuk mendapatkan harta karun yang tertimbus termasuk pinggan mangkuk dan bahan sejarah di lubuk itu. Paling menyeramkan, ada di antara mereka turut disakat oleh makhluk halus yang mendiami kawasan tersebut. Malahan rakit yang mereka labuhkan di pelabuhan itu juga turut dirempuh oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Hari yang ke-42 perkhemahan mereka dalam operasi mencari bahan sejarah di lubuk tersebut juga turut diganggu oleh panahan petir silih berganti menyebabkan merek lari lintang-pukang tanpa menemui atau membawa pulang sebarang harta karun dan bahan sejarah yang dimaksudkan. Operasi pencarian tersebut terpaksa dibatalkan.
Akhirnya, akibat daripada rasa kecewanya yang amat sangat dengan peristiwa dirinya yang hilang sabar sehingga menyebabkan kemangkatan suaminya Raja Abdullah di tangannya sendiri, Puteri Sa'adong kemudiannya membawa diri dan singgah dari satu tempat ke satu tempat untuk melepaskan duka lara yang bersarang di hatinya.
Menurut Pak Ya, tempat terakhir yang disinggahi oleh Puteri Sa'adong sehingga kini, Baginda puteri telah menetap di Gunung Ayam, Dabong, Kuala Krai. Tambahnya lagi, dalam tahun-tahun 1970, anak beliau yang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang melawat Gunung Ayam dalam usaha membuat kajian bagi melengkapkan praktikalnya.
Sampai di sana, anaknya menemui seorang pemandu pelancong yang tidak memakai sebarang alas kaki (berkaki ayam) malah berseluar pendek. Rombongan anaknya itu meminta pemandu pelancong itu supaya memberikan keizinannya untuk berjumpa dengan Puteri Sa'adong tetapi dihalang olen pemandu pelancong berkenaan supaya tidak berbuat demikian. Ini kerana, kalau berjumpa juga dengan Puteri Sa'adong keadaannya akan sama sepertinya, iaitu seperti hilang akal dan lupa tentang rumahtangga. Beliau jadi seperti itu kerana beliau pernah bertemu dengan Puteri Sa'adong secara tidak sengaja.
Sambung Pak Ya lagi, dikatakan susuk lembaga Raja Abdullah kadang-kadang muncul di lubuk tersebut apabila tibanya bulan Julai setiap tahun. Individu yang datang ke lubuk itu setiap kali awal Maghrib akan dapat melihat kelibat seperti susuk lembaga Raja Abdullah yang sedang mundar-mandir di lubuk tersebut kemudiannya ghaib.
Pak Ya menambah, negeri Kelantan mendapat nama hasil daripada pancaran 'Kilatan' jika dilihat dari jauh. Kerana terpesona dengan cahaya yang berkilat itulah Cik Siti Wan Kembang menamakan Kelantan dan kekal sehingga hari ini bersempena dengan kilatan itu.
Ismail bin Isa, 56, atau masyarakat di kampung itu memanggilnya Hashim yang juga dari keturunan Puteri Sa'adong dan merupakan seorang penjaga kolam Puteri Sa'adong di Kampung Serendah Sekebun Bunga yang mewarisi daripada bapa saudaranya turut menyokong cerita Pak Ya itu.
Walau bagaimanapun, sebagaimana pesanan semasa hayat atuknya berharap supaya jikalau sesiapa berhajat untuk ke Gunung Ayam, tempat Puteri Sa'adong menetap sehingga sekarang tidak perlulah meminta untuk berjumpa dengannya. Ini kerana menurutnya, akan terjadi sesuatu yang tidak diingini jika berbuat demikian. Sebab, ramai yang pernah terserempak dengan Puteri Sa'adong menjadi tidak keruan dan lupa tentang segala-galanya.
Seorang penduduk dari kampung yang sama turut mendakwa, Puteri Sa'adong kini adalah dari golongan bunian. Ini kerana, sejak dulu rupa parasnya tidak dizahirkan kepada sesiapa kecuali kepada Raja Abdullah dan berdarah raja sahaja. Jika begitu, kebanyakan dari kita dari generasi baru mungkin akan berasa keliru dan ragu-ragu adakah Puteri Sa'adong dari kalangan manusia atau telah menjadi makhluk bunian setelah menyisihkan diri apabila menyedari kesilapannya membunuh suaminya sendiri. Hanya Allah jua yang mengetahui hati budi makhluk-Nya dan hanya Allah jualah yang mengetahui kehidupan realiti dan alam ghaib yang diciptakan oleh-Nya.

Zakaria Mohamed atau Pak Ya, penduduk asal Kampung Serendah Sekebun Bunga.
Pelabuhan terawal di Kelantan tempat Cik Siti Wan Kembang berlabuh untuk tujuan perdagangan.
Replika bahtera "Jong Suluk Kapa Ulana" milik Cik Siti Wan Kembang.
Inilah kolam terawal Puteri Saadong di Kampung Serendah Sekebun Bunga.
Di sinilah gajah tunggangan Puteri Sa'adong ditambat di atas tebing kolam terawal di kampung berkenaan.
Dulu di sini kawasan taman bunga dan tempat Puteri Sa'adong bermain buaian.
Dulu di sini adalah sebuah gua tempat Puteri Sa'adong menyimpan pinggan mangkuk.
Inilah "Lubuk Batu Karang", tempat Puteri Sa'adong mencampakkan pinggan mangkuknya sehingga menjadi tiga batu besar.
Tiang bahtera asal milik Cik Siti Wan Kembang dipacakkan berhampiran pelabuhan terawal di Kelantan sebagai kesan sejarah.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Saya perlukan maklumat lanjut pasal puteri saadong..saya perlu menghubungi tuan azmi..sila pm saya di 0132616904.urgent..harap tuan dpt hubungi saya..hanya Allah yg dpt balas jasa baik tuan..amin
BalasPadamSaya perlukan maklumat lanjut pasal puteri saadong..saya perlu menghubungi tuan azmi..sila pm saya di 0132616904.urgent..harap tuan dpt hubungi saya..hanya Allah yg dpt balas jasa baik tuan..amin
BalasPadamTerima kasih atas penceritaan yang sangat menarik! Saya betul-betul kagum dengan kisah lama yang dibawa dari mulut ke mulut ini. Harapnya generasi muda hari ini dan masa hadapan masih dapat mengenali Puteri Sa'adong dan ceritanya. ♡
BalasPadam