REZEKI KEROPOK LOSONG
TERENGGANU: KALAU anda melancong ke Kuala Terengganu, tidak lengkap sesuatu lawatan itu jika tidak membeli makanan istimewa dikenali 'keropok losong' yang terletak di Kampung Losong. Oleh kerana Kampung Losong agak tersohor sejak dulu malah sesuai pula dengan nama sejenis keropok menjadikan tempat berkenaan menjadi tumpuan utama pelancong dari negeri-negeri lain.
Tetapi tahukah anda bahawa, hari ini keropok losong tidak hanya tertumpu di sesebuah tempat atau di kampung itu semata-mata. Ini kerana, akibat perkembangan semasa menjadikan industri keropok losong telah mula berpindah tempat dalam usaha untuk merealisasikan permintaan pelanggan. Dengan demikian, ternyata sambutan terhadap industri berkenaan agak menggalakkan sehinggakan pemiliknya terpaksa membina sebuah kilang memprosesnya untuk menghasilkan keropok tersebut dengan lebih pantas.
Seorang Pengusaha ORI! Keropok Losong yang ditemui Wartawan RELATIF, Hajjah Sinek binti Merah, 53, yang dikenali sebagai Su dari Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, Terengganu dan telah menapak di kampung itu sejak 10 tahun lalu turut mengakui bahawa sambutan pelanggan terhadap keropok yang dihasilkannya di situ agak menggalakkan. Salah satu sebabnya ialah kilang keropoknya itu selain terletak di laluan utama pelancong untuk ke tempat-tempat peranginan seperti Bukit Keluang dan Kem Bina Negara, namun paling jelasnya keropok losongnya itu diakui paling lazat oleh beberapa orang pelanggan tetapnya malahan harganya juga amat berpatutan berbanding dengan tempat-tempat lain.
"Kak Su tubuhkan kilang Ori Keropok Losong ini atas kehendak sendiri dengan modal sebanyak RM20,000.
"Oleh kerana Kak Su lihat tidak ada makanan segera dan belum ada pihak-pihak yang mewujudkan industri keropok di kampung ini, jadi Kak Su rasa perlu ada sebuah kilang di sini supaya penggemar-penggemar keropok tidak perlu ke tempat-tempat lain yang terlalu jauh semata-mata untuk membeli makanan kegemaran mereka", ujarnya yang begitu teruja dengan sambutan masyarakat di kampung berkenaan.
Menurut Hajjah Sinek, semasa Ori Keropok Losong mula bertapak di Kampung Pengkalan Nyireh itu, seingat beliau dalam tempoh sebulan kilang berkenaan tidak dapat beroperasi dengan memuaskan disebabkan sambutan pelanggan yang agak lembab. Keadaan ini berkemungkinan masyarakat setempat belum mengenali tujuan kilang tersebut diwujudkan di situ. Namun, berbekalkan keyakinan beliau bahawa rezeki itu ada di mana-mana dan suatu hari nanti tentunya industri yang diusahakannya itu akan diketahui dan dikenali ramai juga. Jadi, memang benar dengan telahannya pada masa itu bahawa, semenjak dari tempoh itulah industri keropok losong yang pada mulanya dikenali ramai hanya di Kampung Losong sahaja, kini telah beralih arah apabila industri keropok beliau pula turut mendapat tempat di hati penggemarnya di kampung itu.
Tambah Hajjah Sinek lagi, kejayaan beliau dengan menubuhkan kilang keropok losong di kampung itu turut membuka lembaran baru dalam industri berkenaan apabila beliau terpaksa bersaing pula dengan industri kecil makanan itu yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Namun baginya, walaupun terpaksa bersaing dalam industri yang sama, beliau bersyukur dengan perkembangan itu kerana menganggap rezeki perlu dikongsi bersama dan adalah tidak wajar dimonopoli oleh satu pihak sahaja.
Menurutnya lagi, persaingan dalam bidang perniagaan adalah perkembangan yang sihat. Ini kerana, walaupun dalam produk yang sama namun penilaian dan pilihan terletak di hati pelanggan sendiri. Pelanggan yang bijak akan dapat menilai citarasa yang digemari dan industri yang mana dianggap berkualiti malah menjadi tumpuan. Dengan demikian, ternyata kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke kampung itu di samping meneruskan ke destinasi pilihan, maka keropok losong buatannya yang paling banyak diborong oleh penggemarnya kerana terdapat pelbagai pilihan menurut citarasa pembeli.
Hajjah Sinek menambah, setakat ini sambutan pelanggan terhadap keropok losong yang dihasilkannya adalah di luar jangkaan. Ini kerana, istimewanya keropok losong yang dihasilkan di kilangnya ialah kebanyakan bahan-bahan dan resipinya terdiri dari ikan-ikan yang bermutu dan masih segar. Beliau tidak menggunakan ikan-ikan campuran yang tentunya mengandungi banyak tulang, kerana dengan demikian akan mengurangkan kualiti makanan tersebut.
Selain keropok losong yang menjadi idaman pembeli, Hajjah Sinek juga turut menjual pelbagai jenis keropok berkeping dan sos yang agak lazat sesuai sebagai pencicah keropok itu mahupun boleh dimakan bersama ikan bakar. Tidak hairanlah bahawa kebanyakan pelanggan selain penduduk tempatan yang gemarkan citarasanya yang dikatakan 'cuba sekali hendak lagi', maka pelancong dari negeri berjiran terutamanya dari Kelantan paling ramai membeli barangan makanan yang dijual di kedainya itu. Selain terdapat pelanggan dan pelancong dari selatan dan utara tanahair seperti Johor hingga ke Perlis. Adakalanya pelancong dari Barat sempat singgah di kedainya yang menjual pelbagai jenis keropok menurut pilihan dan kehendak pelanggan.
"Ramai juga pelancong dari Kelantan, ada pelancong dari Johor hingga ke Perlis membeli keropok losong di kedai Kak Su. Mereka datang kerana sesuatu tujuan sama ada bercuti sambil makan angin, jadi kedai Kak Su jadi tumpuan", ujarnya yang turut gembiran dengan sambutan pelanggan-pelanggannya.
Apabila ditanya tentang perolehan pendapatan beliau hasil jualan keropok losong dan barangan makanan lainnya, beliau menjelaskan, pendapatannya agak tidak menentu berdasarkan kepada sesuatu musim tertentu. Misalnya, jika pada hari-hari biasa beliau memperolehi RM800 sehari. Berbanding dengan musim cuti persekolahan walau dalam keadaan hujan sekalipun, beliau masih dikunjungi pelanggan yang agak menggalakkan dan tentunya pendapatan yang beliau perolehi melebihi dari hari-hari biasa kerana kebanyakan pelanggan akan terasa perut kosong dan lapar.
"Musim cuti persekolahan ini memang beruntung kerana kebanyakan keluarga akan mengadakan kenduri kahwin. Dengan itu, bukan sahaja penduduk dari kampung ini yang datang, tetapi turut dikunjungi beberapa keluarga dari negeri lain. Mereka membeli bukannya sikit, malah lebih dari jangkaan", jelasnya.
Dalam hal demikian, melihat kepada sambutan pelanggan yang semakin bertambah sejak kebelakangan ini, beliau terpaksa menambah bekalan makanan berkenaan untuk tujuan mencukupkan keperluan yang diinginkan oleh pelanggan-pelanggannya. Justeru, beliau amat berterima kasih dengan sokongan dan kepercayaan pelanggan-pelanggannya kerana merekalah sumber rezeki beliau. Tanpa pelanggan, siapalah dirinya.

Hajjah Sinek binti Merah atau Kak Su.
Hajjah Sinek ketika diwawancara Wartawan RELATIF di kedai Ori! Keropok Losong miliknya.
Pelbagai jenis keropok yang dihasilkan di kilang miliknya.
Selain keropok, sos pencicah juga turut digemari pelanggannya.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan