MISTERI BUDAK LELAKI
KOTA BHARU, KELANTAN: Sudah menjadi dasar atau sifat makhluk halus boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ia bertujuan supaya dirinya tidak mudah dikenali oleh manusia apatah lagi karenahnya yang suka bermain-main bagi memperdaya dan mengelirukan manusia terutamanya mereka yang lemah imannya.
Manusia yang lemah semangat dan imannya, amat mudah menjadi mangsa makhluk halus ini kerana pada hakikatnya, manusia yang lemah itu akan mudah diperdayakan oleh makhluk terbabit.
Tindakan makhluk halus terutamanya jin yang menyamar dalam pelbagai bentuk itu sebagai satu tanda untuk menunjukkan kekuatan dan kehebatannya yang dijadikan oleh Allah S.W.T dari sejenis api berwarna biru yang sangat panas. Namun, mereka lupa bahawa tiada apa yang mampu menandingi kekuatan dan kekuasaan Allah.
Golongan yang sering menjadi mangsanya tidak mengenal sesiapa, lelaki mahupun perempuan dan bukan semua insan di dunia ini yang mengalaminya.
Pengalaman melalui suatu peristiwa aneh ini turut dialami oleh Fatimah Said, 64, atau lebih mesra dipanggil Maksu Mah yang sempat ditemui Wartawan RELATIF di sebuah ladang getah tempat dia mencari rezeki di Kampung Padang Lanchang, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.
Menurut Maksu Mah, pada asalnya ladang getah berkenaan adalah sebuah hutan tebal sebelum diteroka. Seorang penduduk kampung yang dikenali Tok Lanchang dikatakan telah memelihara seorang "budak lelaki" berkulit hitam setinggi satu meter. Budak peliharaan Tok Lanchang itu bukanlah dari golongan manusia tetapi adalah dari golongan makhluk halus yang bertindak sebagai "penjaga".
Namun, selepas kematian Tok Lanchang, budak lelaki itu berkeliaran tidak tentu arah kerana tiada siapa lagi yang memberinya makan. Kewujudan budak lelaki itu hanya diketahui oleh Maksu Mah sejak tiga tahun yang lalu.
Katanya, tiada siapa pun yang mengenali dan kenal rapat dengan arwah Tok Lanchang. Tetapi apa yang diketahui, Tok Lanchang memang berasal dari kampung itu dan tinggal di hujung sawah. Kampung tersebut dinamakan sebagai Kampung Tok Lanchang adalah sempena dengan namanya.
Banyak peristiwa aneh berlaku di situ dikaitkan dengan budak lelaki itu. Pernah tersebar luas cerita tentang seorang kelindan lori yang datang memungut kayu di ladang getah telah mencuci tangannya di sebuah lopak air sebelum menyedari sebatang jari kelingkingnya telah terputus seperti digigit piranha. Apa yang menghairankannya ialah, takkan sebuah lopak air mempunyai piranha?
Menurut Maksu Mah, keanehan peristiwa seumpama itu turut dialami olehnya apabila dia sering diganggu oleh 'budak lelaki' sewaktu sedang menoreh getah. Dia sering mendengar ketukan bertalu-talu di rumpun buluh berhampiran tempat dia menoreh. Ketukan itu bukan sekali tetapi berulang kali. Namun, usikan itu tidak diendahkan oleh Maksu Mah kerana tujuan dia datang ke situ adalah untuk mencari rezeki bukan berujuan untuk mengganggu kehidupan makhluk itu.
Pada mulanya, dia merasakan dirinya sahaja yang mengalami peristiwa diganggu budak lelaki itu, sebaliknya sudah ramai yang mengalami kejadian yang hampir sama angkara makhluk halus yang menghuni ladang getah itu.
Seorang rakannya yang dikenali sebagai Mek Wok juga sering diganggu. Gangguan yang dialaminya ialah apabila rumpunan buluh tersebut bergoyang dengan begitu kuat sekali walaupun pada ketika itu tidak ada angin yang bertiup. Bentuk goyangan itu bukan sahaja terlalu kuat malah berbeza jika ia benar-benar ditiup angin. Goyangan itu seperti ada sesuatu benda gagah yang menolak dan menarik pohon buluh tersebut.
Seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Puan Azizah yang turut sama menoreh getah berhampiran ladangnya mengakui turut mengalami kejadian misteri apabila dengan tiba-tiba terpandang seekor ayam putih sebesar seekor kambing keluar dari rumpun buluh berkenaan ketika melalui sebatang jalan di situ.
Benarlah kata Maksu Mah bahawa sesiapa sahaja yang melalui jalan di situ akan diganggu dengan pelbagai bentuk jelmaan yang bertujuan untuk mengganggu dan menakutkan sesiapa sahaja. Bahkan, budak tersebut juga boleh dilihat dengan jelas pada masa-masa tertentu seperti awal pagi dan senja.
Maksu Mah mempersilakan kepada sesiapa sahaja yang berani dan berniat untuk melihat sendiri rupa paras budak tersebut supaya datang ke ladang getah tersebut bagi membuktikan kebenaran bahawa makhluk halus sememangnya wujud.

Fatimah Said atau Maksu Mah ketika ditemui di ladang getah misteri.
Maksu Mah menunjukkan arah rumpun buluh yang kedengaran ketukan berkali-kali.
Ladang getah tempat beliau sering diganggu budak penjaga Tok Lanchang.
Dulu, kawasan ini semak-samun dan rumpunan buluh. Kini, diganti tanaman pisang, tempat jelmaan ayam putih sebesar seekor kambing.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan