REZEKI DARI UBI
TANAH MERAH, KELANTAN: MANUSIA yang beriman akan berasa malu jika hanya mengharapkan kepada 'yang pipih datang melayang dan yang bulat datang bergolek', atau dengan kata lain sekadar menanti pemberian orang tanpa melakukan sebarang usaha. Namun, bagi individu yang sanggup tebal muka dan mampu memekakkan telinga pastinya akan berbuat demikian dengan cara meminta simpati orang lain secara mudah sebagai pengemis jalanan.
Hakikatnya, Allah menjadikan alam ini tidak sia-sia dan hanya manusia yang berakal saja akan mengambil kesempatan di atas peluang dan anugerah itu untuk melakukan sesuatu yang boleh memberikan pulangan sewajarnya. Begitu juga dalam konteks mencari rezeki, Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya. Dalam hal ini, terdapat banyak peluang untuk melakukan perubahan dalam usaha untuk mendapatkan sumber dan pendapatan yang halal.
Perbuatan mencuri, merompak dan mengemis itu adalah sikap yang tercela, kerana individu yang sentiasa berfikir untuk hidup secara baik pastinya akan berusaha untuk mendapatkan rezeki halal yang diredhai Allah tanpa mengharapkan bantuan dan pemberian orang lain. Sejajar itu, dengan mengusahakan perniagaan kecil-kecilan tentunya akan memperolehi rezeki yang baik kerana darinya akan mendapat keberkatan hidup.
Hakikatnya, sebut saja tentang 'berniaga' atau mengusahakan jualan secara kecil-kecilan itu sebenarnya telah menjadi amalan masyarakat Kelantan sejak turun-temurun sehinggalah hari ini. Mereka tidak pernah berasa aib ataupun malu untuk menjual pucuk dan ulam-ulam kayu, kuih-muih tradisional, ubat-ubatan dari akar-akar kayu dan herba, cincin mahupun batu-batu permata. Malahan ada beberapa keluarga yang tidak ingin membuang masa, dengan kata lain sekiranya boleh menghasilkan wang, mereka sanggup menjual ubi di tepi-tepi jalan kerana darinya juga akan memperolehi pendapatan yang baik sekaligus dapat menampung perbelanjaan keluarga selain sebagai simpanan untuk keperluan ketika gawat nanti.
Seorang penjual yang ditemui Wartawan RELATIF, Che Nab binti Ahmad, 57, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nab dari Kampung Paloh, Tanah Merah, Kelantan beranggapan bahawa beliau begitu teruja dan tidak pernah berasa malu menjual ubi yang ditanamnya sendiri di belakang rumahnya manakala sebahagian lagi diperolehinya dari beberapa orang jirannya. Ini kerana menurutnya, daripada terperap di rumah yang ternyata boleh membazirkan masa adalah lebih baik menjual ubi di gerainya yang terletak di laluan utama Tanah Merah - Pasir Mas itu, justeru ternyata atas dorongan suaminya itu sedikit sebanyak telah dapat menambah serta menampung pendapatan yang sedia ada.
"Sudah 10 tahun Kak Nab menjual ubi di kampung ini. Kalau ikut purata, Kak Nab dapat RM50 sehari", ujar Kak Nab yang menjual pelbagai jenis ubi di kampung itu.
Katanya, selain ubi itu ditanam sendiri terdapat juga beberapa jenis ubi yang dibeli terus dari penanam, tentunya barangan tersebut dibekalkan kepadanya dengan harga yang tinggi, dengan itu beliau perlu menjualnya dengan harga yang tinggi juga dan begitulah sebaliknya. Contohnya, jika beliau memperolehi dari pembekal dengan harga RM3 sekilo, beliau akan menjualnya kepada pembeli lain dengan harga RM3-50. Ini bermakna, dalam satu kilo itu beliau hanya mendapat untung sebanyak 50 sen sahaja dan ini tentunya tidak membebankan pembeli.
"Setiap tahun, ubi-ubi boleh mula dijual di antara bulan Oktober kerana tarikh berkenaan akan menjadikan ubi-ubi cukup matang untuk dipetik dan dijual", ujarnya.
Menurutnya, di antara pelbagai jenis ubi yang memang tersohor di kalangan masyarakat Kelantan yang kini dijualnya juga terdiri dari ubi itik (RM2 sekilo), ubi keling (RM3 sekilo), ubi tok rak (RM2 sekilo), ubi badak (RM2 sekilo) dan ubi keledek (RM2 sekilo).
"Kak Nab jual ubi-ubi ini berdasarkan kepada kualiti bahan itu, Jika kurang kualitinya dan tidak sempurna, harganya akan dikurangkan", katanya.
Tambahnya lagi, walaupun dikatakan perolehan pendapatannya sehari sebanyak RM50, kadang-kadang tidak menentu berdasarkan kepada keadaan musim, misalnya musim hujan dan banjir, jualannya agak menggalakkan. Malahan menurutnya, beliau tidak pernah berkata 'rehat' kerana walaupun pada hari-hari minggu seperti Jumaat dan Sabtu, jualan ubi tersebut tetapi diteruskan kerana kebanyakan pelanggan akan datang ke gerainya pada bila-bila masa setiap hari. Beliau akan hanya berehat buat sementara jika keluarganya mengadakan majlis kenduri ataupun jika ada jiran-jiran di kampung itu yang memerlukan bantuannya.
"Setakat ini, sambutan pelanggan yang datang membeli ubi di gerai Kak Nab ini agak menggalakkan. Menariknya, selain warga tempatan terdapat juga pelanggan-pelanggan luar dari Pulau Pinang, Perak dan Kedah.
"Ada beberapa kali pelanggan datang membeli secara borong. Esoknya bekalan ubi terpaksa ditambah lagi kerana tidak mencukupi", ujarnya sambil tersenyum kerana ubi yang dijualnya agak laris dan tidak menang tangan.
Walaupun begitu menurut Kak Nab, beliau menjual ubi sebenarnya atas kehendaknya sendiri selain turut dibantu oleh suaminya seperti mendapatkan bekalan ubi dengan menggalinya dari kebun di belakang rumahnya. Kadang-kadang sambil berehat sementara beliau menunaikan solat serta memasak untuk menyediakan juadah kepada keluarga di samping menjamah sedikit makanan, suaminya akan turut membantu menjual ubi tersebut di gerai yang terletak di hadapan rumahnya itu.
Justeru, benarlah saranan Nabi S.A.W bahawa sembilan persepuluh rezeki adalah dari konteks berniaga. Ini kerana, walaupun perniagaan itu sekadar kecil-kecilan namun jika kena dengan cara dan kaedahnya, pastinya akan memperolehi pulangan pendapatan yang lumayan juga. Pokok pangkalnya adalah usaha tanpa sebarang jemu akan membuahkan hasil, walaupun agak perlahan itu sebenarnya sebagai suatu ujian di atas kesabaran hati manusia. Jangan hanya menyerahkan kepada nasib kerana yang pipih tidak akan datang melayang dengan sendirinya. Apa yang perlu diingat, Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang dapat mengubahnya.

Che Nab binti Ahmad atau Kak Nab.
Kak Nab ketika diwawancara Wartawan RELATIF di gerai miliknya di Kampung Paloh, Tanah Merah, Kelantan.
Kak Nab sedang menyusun ubinya untuk dijual kepada pelanggan.
Inilah ubi yang masih berbaki, yang lainnya sudah habis dijual.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan