PAMERAN KHAZANAH ALAM-3
KOTA BHARU, KELANTAN: SENI dan hiburan tidak hanya tertumpu kepada persembahan nyanyian dan aktiviti lakonan semata-mata. Tetapi dengan mengadakan pameran juga mempunyai tujuan yang sama untuk memberikan kepuasan dan memenuhi naluri serta citarasa masyarakat di negara kita yang pelbagai ragam. Pameran yang melibatkan makhluk ghaib dan artifak lama misalnya adalah bertepatan dengan sesetengah citarasa rakyat di negara ini yang ingin mencari kelainan.
Membicarakan tentang pameran yang melibatkan artifak yang tidak pernah dilihat dan berusia beribu juta tahun sememangnya patut diketengahkan. Apatah lagi melibatkan makhluk halus yang menghuni alam ghaib, sedikit sebanyak dapat merungkai dakwaan bahawa ilmu itu tidak terbatas sifatnya.
Bagi menjelaskan pameran sedemikian yang dianggap oleh sesetengah pihak tidak wajar diadakan kerana tidak memberikan sebarang manfaat dalam konteks ilmu, Wartawan RELATIF cuba mencungkil jawapan daripada Penasihat Pameran Khazanah III, Dato' Dr. Haji Abd. Rahim Ab. Rajab yang diadakan di Dewan Majlis Belia Kelantan, Jalan Mahmood, Kota Bharu dekat sini.
Katanya, sebelum melaksanakan sesuatu pameran, beliau telah mengumpul barang-barang artifak sejak 45 tahun lalu dari luar negara dan telah membuat kajian tentangnya. Beliau mula mengadakan pameran seumpama ini sejak tahun 2003. Pameran pertamanya adalah "Pameran Tamadun Islam (OIC)" sempena Perhimpunan Negara-negara Islam (NAM) di Putrajaya pada tahun 2003.
Oleh kerana sambutannya agak menggalakkan dari masyarakat tentang kelainan dari segi persembahan, beliau mengadakan pameran kedua dikenali "Pameran Artifak Sejarah" bertempat di Muzium Shah Alam, Selangor pada tahun 2004. Manakala pameran ketiganya ialah "Pameran Khazanah Nusantara" yang diadakan di Tapak Ekspo Pulau Pinang akhir tahun 2004.
Pameran keempat pula dikenali "Pameran Jin, Hantu dan Syaitan" kembali diadakan di Muzium Shah Alam, Selangor pada bulan Jun dan Julai 2006. Pameran kelima pada bulan Disember 2006 bertempat di Pulau Pinang dan pameran keenam diadakan di Pusat Membeli-belah KB Mall, Kota Bharu pada bulan Januari hingga Mac 2007.
Pameran ketujuh pula diadakan pada bulan Mac 2007 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu. Manakala pameran kelapan dikenali "Pameran Khazanah Alam III" bermula akhir Mac lalu sehingga April bertempat di Dewan Majlis Belia Kelantan, Kota Bharu. Manakala pameran sempena menyambut Tuanku Sultan Brunei di Negara Brunei Darussalam turut diadakan setiap tahun dan setakat ini beliau telah mengadakan pameran selama empat tahun berturut-turut.
Sejumlah 200 barangan artifak termasuk monumen makhluk ghaib turut dipamerkan untuk kesedaran pengunjung. Pameran yang diketengahkan ini meliputi tiga alam umpamanya daratan, lautan dan udara. Kebanyakan barangan yang dipamerkan melebihi usia 100 tahun ke atas.
Misalnya dinding yang diletakkan pada pintu masuk dewan pameran merupakan kayu kalimah Allah berusia melebihi 100 tahun yang pernah dimiliki oleh keturunan Wali Songo (Wali Sembilan), ikan duyung dan batu laut termasuk binatang-binatang yang telah menjadi batu mencapai usia sehingga jutaan tahun.
Wartawan RELATIF juga turut dibawa ke ruang legar Pameran Al-Quran. Memasuki dewan ini umpama ditiup angin sepoi-sepoi bahasa kerana kenyamanannya terserlah. Di sudut akhir pameran ini, Penulis tertarik kepada sebuah Al-Quran terbesar (mungkin terbesar di dunia) yang diperolehi dari Pesantren di Demak, berhampiran Masjid Demak milik Wali Songo melalui ahli keluarga mereka di mana usianya mencecah 200 tahun.
"Tujuan pameran ini diadakan bukanlah difokuskan kepada pendapatan tetapi hanya sebagai hobi dan seni hiburan. Ini kerana, apabila dilihat kepada beberapa pameran yang dianjurkan oleh negara-negara Barat, mereka bertujuan untuk mengaut keuntungan", katanya.
Tambah beliau, apabila memperkatakan tentang sesuatu pameran, hakikat kita sebenarnya memang terbelakang. Walau bagaimanapun, kita sekarang sudah sedar bahawa negara-negara asing selalu mencari peluang di atas kelemahan kita dan kelemahan itu adalah kekurangan kita.
"Kita sebagai rakyat Malaysia patut mencari sendiri di mana kekurangan kita supaya negara luar tidak boleh mencelah peluang-peluang yang ada di Malaysia.
"Mereka datang ke sini mengadakan ekspo, pameran dan persembahan sarkas misalnya bukannya mendatangkan hasil yang besar kepada kita, sebaliknya negara-negara berkenaan membawa pulang keuntungan ke negara mereka. Jadi, kita boleh melakukan apa yang telah dilaksanakan sekarang seperti ekspo dan pameran. Malah kita juga boleh mengadakannya di negara luar pula", katanya.
Dalam pada itu, Dato' Dr. Abd. Rahim turut menegaskan bahawa pameran seumpama ini sebenarnya sebagai panduan hidup kepada masyarakat yang mana mereka sebenarnya terlupa bahawa barang-barang yang tua dan lama ini samalah dengan orang-orang yang tua. Samalah juga dengan bahan-bahan dan artifak yang dipamerkan sekarang yang dianggap tidak bernyawa.
"Matlamat diadakan pameran ini boleh dijadikan iktibar supaya dilakukan kajian bahawa tanpa adanya yang lama tidak akan wujud yang baru. Maknanya, jika tiada orang tua, maka tidak ada yang muda termasuklah kita semua", tambahnya mengingatkan kepada generasi muda hari ini.
Sesuai dengan pameran tersebut yang dibina di satu kawasan khas sebuah tanah perkuburan untuk memberikan gambaran sebenar tentang kehidupan manusia akan sampai ke penghujungnya setelah merasai kehidupan iaitu kematian.
"Akhirat adalah Al-Quran dan Hadis. Dunia adalah ibu bapa kita. Kita sering lupa kepada mereka bahawa selain mereka, kita juga akan sampai ke penghujungnya. Jadi, dengan adanya gambaran perkuburan ini untuk menunjukkan kepada manusia pada suatu masa nanti akan ke situ juga. Setiap yang hidup, pasti akan merasai kematian", ujarnya untuk menggambarkan perkuburan dalam pameran berkenaan sebagai peringatan kepada setiap pengunjung.
Justeru, amat jelas bahawa pameran ini walaupun disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai streotaip, namun ia juga berkonsepkan ilmu pengetahuan yang terpinggir. Manusia dianugerahkan akal dan fikiran oleh Illahi supaya berfikir tentang sesuatu kejadian yang diciptanya sama ada yang kelihatan jelas pada pandangan mata manusia dan sebaliknya. Maka adalah wajar pameran seumpama ini tidak dianggap sesuatu yang tidak masuk akal dan naluri kita sedangkan orang lain adalah sebaliknya.

Penasihat Pameran Khazanah Alam III, Dato' Dr. Haji Abd. Rahim Abd. Razak ketika diwawancara Wartawan RELATIF di dewan pameran.
Toyol
Jenglot.
Kerangka anak jin dari Jordan.
Kerangka anak jin dari Jordan.
Ikan Shidat semasa tsunami di Aceh pada bulan Disember 2004.
Ikan duyung.
Kerangka anak dinosaur berusia kira-kira 500 tahun.
Beberapa jenis buah di dasar lautan yang telah menjadi batu.
Musang berkepala dua.
Mengkarung hidup ekor bercabang.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan