MISTERI 20 PELAJAR HISTERIA
KOTA BHARU, KELANTAN: BANYAK kejadian histeria dilaporkan telah dialami oleh pelajar-pelajar sekolah terutamanya di kalangan pelajar perempuan. Terbaru pula, berlaku di Sekolah Menengah Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan bukanlah berpunca dari masalah atau tekanan mental yang dialami oleh pelajar di sekolah terbabit. Ini kerana, jika mengalami masalah gangguan fikiran akan dialami setakat seorang atau dua orang sahaja tetapi bukan dalam jumlah yang ramai malahan penyelesaiannya setakat pelajar itu sahaja.
Namun, melihat senario yang dialami sekolah dan pelajar terbabit menunjukkan ada sesuatu yang mengganggu mangsa yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar. Salah satu penyebab kepada keadaan demikian yang kurang dipercayai oleh segelintir masyarakat kita bahawa akibat dirasuk makhluk jin yang masuk ke dalam tubuh beberapa pelajar terlibat akan menyebabkan pelajar-pelajar lain menerima natijah yang sama.
Hal ini diakui sendiri oleh Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Madani, Ustaz Haji Rahimi Mohd. Rashid, 41, ketika menceritakan pengalamannya merawat 20 mangsa histeria dari Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (2), Jalan Merbau dekat sini pada 11 September, 2008 itu.
"Kejadian histeria di sekolah berkenaan pada hari itu, saya dapati kebanyakan pelajar bertempik dan berteriak dalam keadaan berselerakan dan tidak tentu arah. Manakala guru-guru pula amat terkejut tetapi tidak dapat berbuat apa-apa", jelas Ustaz Rahimi tentang kejadian tersebut.
Menurut Ustaz Rahimi, pada permulaan rawatan, beliau hanya bertindak untuk memulihkan mangsa dengan menarik jin yang merasuk mangsa melalui mulut. Kemudian, beliau mengarahkan jin-jin yang ada di dalam tubuh mangsa supaya memasuki tubuh salah seorang mangsa perempuan bagi membolehkannya berdialog seterusnya berunding dengan jin berkenaan.
Jin tersebut terpaksa akur dengan permintaan Ustaz Rahimi lalu berpindah masuk ke tubuh seorang pelajar perempuan berkenaan menyebabkan suaranya serta merta berubah dengan agak kuat, kasar dan garau. Malah, perubahan sikap yang ditunjukkan oleh pelajar yang dihuni jin berkenaan agak ketara lalu tidak sedarkan diri.
"Saya tanya jin itu asal dari mana, kenapa mengganggu pelajar dan apa kesalahan mereka sehingga diperlakukan begitu? Jin berkenaan menyatakan ia datang dari Bukit Keluang, Terengganu. Ini kerana, sebelum bulan Ramadan lalu menurut Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, sekolah berkenaan mengadakan aktiviti perkhemahan sambil belajar di bukit berkenaan. Justeru, dari makluman guru berkenaan juga, sebelum pulang pelajar-pelajar berkenaan mendaki sebuah bukit di tepi laut sambil bersuka ria.
"Di samping mengganggu tempat tinggal makhluk halus itu, pelajar-pelajar berkenaan juga turut mengambil dan membawa pulang barang kesayangan di bawah jagaan jin berkenaan seperti seekor belalang jantan dan tujuh biji batu aneh. Jin itu kata, batu-batu aneh yang diambil oleh segelintir pelajar terlibat itu di dalamnya terdapat puteri-puteri kesayangan mereka. Ada sesetengahnya yang kencing di tempat ibadah mereka", ujarnya.
Tambah Ustaz Rahimi lagi, jin yang menghuni dalam tubuh pelajar perempuan dari sekolah itu merupakan jin Islam tetapi berkeras apabila diminta keluar segera. Malah, jin itu pula memberi amaran akan tetap kekal singgal di sekolah itu jika syaratnya supaya seekor belalang jantan dan tujuh biji batu aneh itu tidak diserahkan.
Berikutan tidak mendapat sebarang keputusan, Ustaz Rahimi meminta salah seorang guru sekolah berkenaan cuba mencari belalang jantan sebagaimana yang dipinta oleh jin berkenaan. Lantas, salah seorang pelajar lain memberitahu, belalang pelesit sebagaimana yang dimaksudkan itu memang pernah dilihatnya ada di kantin sekolah.
Mendengar sahaja ungkapan 'belalang pelesit', dengan tiba-tiba pelajar perempuan yang ada di kantin sekolah pula bertempik dan bertempiaran lari tidak tentu arah menjadikan keadaan begitu gawat ketika itu.
Sejajar dengan itu, Ustaz Rahimi meminta guru terlibat mencari belalang tersebut sampai dapat sebagaimana yang dimaklumkan oleh pelajar perempuan yang pernah melihatnya di kantin sekolah berkenaan berwarna kelabu sebesar ibu jari.
Belalang tersebut berjaya ditangkap. Ustaz Rahimi menunjukkan belalang jantan milik jin itu ada di tangannya. Setelah melihat belalang berkenaan, jin itu begitu gembira. Namun, masin menuntut supaya menyerahkan tujuh biji batu aneh itu. Ustaz Rahimi meminta jin berkenaan memberitahu nama pelajar yang mengambil batu itu.
"Jin tersebut memberitahu saya nama pelajar itu. Jin itu juga memberitahu saya tentang batu itu sememangnya diletakkan oleh pelajar berkenaan di tempat sempit di celah-celah antara deretan rumahnya tetapi tidak tahu di rumah yang mana satu.
"Saya tengking jin itu dan berkata, kalau kamu sendiri tidak tahu batu itu diletakkan di mana, bagaimana nak dapatkan batu itu kembali?" bentak Ustaz Rahimi.
Pelajar yang mengambil batu itu cuba dihubungi tetapi agak hampa. Ini menyebabkan jin tersebut semakin marah malah berkeras tidak akan patuh lagi sebarang arahan sama ada keluar daripada tubuh mangsa atau sebagainya.
"Aku boleh bagi apa yang aku ada. Belalang ini aku boleh serahkan dan sanggup hantar kamu kembali ke Bukit Keluang. Batu itu aku tidak boleh bagi dan kalau ada selepas ini, aku akan bagi. Tapi aku minta kamu balik dulu", ungkap Ustaz Rahimi menyebabkan jin itu kemudiannya akur dengan pendiriannya kerana menganggap Ustaz Rahimi seorang yang baik dan alim.
Namun, sifat jin walaupun jin Islam memang tidak boleh dipercayai kerana walaupun jin berkenaan akur dengan kata-kata Ustaz Rahimi itu tetapi tetap berkeras supaya orang yang bertanggungjawab membawanya ke sekolah itu supaya menghantarnya kembali ke tempat asal. Keadaan ini menyebabkan Ustaz Rahimi menempelak supaya jin itu pulang sendiri, kerana jin itu boleh datang ke sekolah itu dengan mudah, kenapa apabila disuruh pulang sendiri masih berkeras juga?
Berikutan itu, jin berkenaan terus berkeras kerana bukan salahnya datang ke sekolah berkenaan. Tetapi disebabkan segelintir pelajar berkenaan yang mengganggu dan membawanya ke situ. Ekoran dari itu, Ustaz Rahimi terpaksa berlembut buat seketika kerana memang kesalahan manusia mengganggu kediaman makhluk ghaib itu dan sudah sewajarnya jin berkenaan dihantar kembali ke tempat asal di Bukit Keluang, Terengganu.
Bagi menyelesaikan masalah sedemikian, Ustaz Rahimi meminta guru sekolah berkenaan menemaninya sambil membawa pelajar perempuan yang masih dihuni jin itu ke Bukit Keluang pada hari itu juga. Sehingga tiba di sebuah masjid di Pasir Puteh, untuk menunaikan solat Zohor, jin yang masih menghuni dalam tubuh pelajar perempuan itu tidak henti-henti bertutur sambil membuka rahsia pelajar dan sekolah tersebut yang suka melakukan maksiat.
Tambah Ustaz Rahimi, lebih kurang pukul 5.30 petang, mereka sampai di tempat yang dimaksudkan lalu memapah pelajar yang tidak sedarkan diri itu menuju ke Bukit Keluang. Setibanya di kaki bukit itu, jin itu menjelaskan bahawa rasukan jin bukan sahaja dari kumpulannya saja tetapi turut dilakukan jin kafir yang menghuni di sebuah tanah perkuburan India-Muslim berhampiran sekolah tersebut.
"Saya diminta oleh jin itu supaya memagari kawasan sekolah itu untuk mengelakkan diganggu pula jin kafir itu. Jika tidak, kejadian yang sama pasti berulang", jelas Ustaz Rahimi lantas menepuk belakang pelajar itu menyebabkan jin berkenaan terus keluar dari tubuhnya. Apabila jin tersebut keluar, pelajar berkenaan terus tersedar serta merta dan terpinga-pinga kehairanan mengapa beliau dibawa ke situ.
"Memanglah di puncak Bukit Keluang adalah perkampungan jin Islam di tepi laut itu. Sementara di sebuah bukit bersebelahannya dihuni pula jin Kafir.
"Jadi, saya bagi nasihat dan cadangan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah supaya tidak lagi mengadakan aktiviti perkhemahan di Bukit Keluang, kerana kawasan tersebut tidak sesuai untuk sebarang aktiviti yang membabitkan pelajar sekolah", ujarnya.
Dengan itu, pada hari Ahad berikutnya Ustaz Rahimi bertindak memagari kawasan sekolah berkenaan untuk menghalang daripada gangguan jin Kair yang menghuni di sebuah tanah perkuburan berhampiran. Walaupun jin kafir berkenaan turut terkepung dengan tindakan Ustaz Rahimi itu, namun hari Selasa sebagai hari terakhir khidmatnya, beliau mendapati usaha tersebut dianggap berjaya dan pelajar-pelajar sekolah berkenaan memang bebas daripada sebarang gangguan.
Dalam hal ini, sewajarnya kejadian histeria yang melibatkan ramai mangsa sebenarnya akibat gangguan dan rasukan makhluk jin yang puncanya daripada tabiat dan perbuatan buruk manusia sendiri yang lalai dan suka mengganggu tempat dan kawasan makhluk berkenaan. Salah tanggapan jika dikatakan kejadian itu akibat masalah tekanan jiwa dan minda pelajar, kerana masalah sedemikian biasanya dialami hanya seorang atau dua mangsa sahaja malah penyelesaiannya setakat pelajar itu sahaja. Justeru, berhati-hatilah apabila memasuki daerah terpencil kerana berkemungkinan kita adalah penyebab kemarahan makhluk yang menghuni di kawasan itu yang akhirnya kita sendiri yang pasti menerima natijahnya.

Ustaz Haji Rahimi Mohd. Rashid
Pusat Rawatan Islam Al-Madani milik Ustaz Haji Rahimi.
Jin itu datang dari Bukit Keluang ini dan dikembalikan ke tempat asalnya di sini.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan