KUALA TAK
(THAILAND)
KUALA TAK, THAILAND: KUALA TAK yang bersempadan di sebelah selatan antara Tumpat, Kelantan (Malaysia) dengan Tak Bai, Thailand hanya dipisahkan oleh sebuah sungai berjarak 100 meter sahaja. Kuala Tat menjadi tersohor berikutan kebanyakan penduduk dari Kelantan khususnya akan mendapatkan bekalan barangan asasi seperti beras termasuk rokok paling mudah sekadar mengirimkannya kepada salah seorang remaja dengan harga yang jauh lebih rendah.
Menurut sumber, beras Siam dan rokok dari Thailand boleh dibeli dengan harga yang murah dari sana berdasarkan kepada kebenaran yang diberikan kepada penduduk-penduduk dari negara ini melalui sempadan Tumpat di Kuala Tak dengan Tak Bai, Thailand seperti beras misalnya boleh dibeli dalam jumlah yang kecil antara satu kampit hingga tiga kampit sahaja yang beratnya 10 kilogram. Jika lebih dari itu, individu yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang kerana kebenaran demikian sekadar untuk kegunaan atau makanan harian sahaja dan bukannya untuk tujuan komersial atau perniagaan.
Walaupun sempadan Kuala Tak di Tumpat tidak berpagar dengan Tak Bai, Thailand untuk memberikan gambaran bahawa hubungan kedua-dua negara antara Malaysia dan Thailand seumpama sebagai rakan yang saling memerlukan khususnya di kalangan pemimpin di kedua-dua negara berjiran itu. Namun, sebagai rakyat dari negara ini dan Thailand perlu memahami supaya hubungan itu tidak dicemari dengan tindakan yang tidak profesional dan mengaibkan yang boleh mengeruhkan lagi hubungan di antara kedua-dua negara.
Jadi, jelaslah sebagaimana kata-kata cerdikpandai bahawa, suatu masa nanti dinding sempadan yang memisahkan di antara sebuah negara berjiran tidak lagi dianggap penting jika keperluan di antara rakyat dan hubungan yang bakal dijalinkan dapat dipupuk bersama sampai kepada tahap paling maksimum.
Sebab itulah, Penulis berpendapat suatu masa nanti rakyat dari Thailand dan Kelantan (Malaysia) khususnya akan dapat berhubung dengan mudah jika sungai yang memisahkan antara kedua-dua negara dapat dibina di atasnya sebuah jambatan merintangi sungai atau kuala berkenaan. Bahkan dalam masa yang sama, diharapkan keakraban yang sedia terjalin sebelum ini dapat diteruskan dengan lebih erat, apatah lagi kebanyakan penduduk di selatan Thailand itu ada juga yang berasal dari Kelantan termasuklah keluarga dari kedua-dua negara.
Sebagaimana kita sedia maklum, dengan pembukaan jambatan baru dikenali 'Jambatan Muhibah' di antara kedua-dua negara di Bukit Bunga, Jeli yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri Thailand pada 18 Oktober, 2007 melalui jalan darat telah dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara yang sedia terjalin sejak dulu. Namun, masyarakat Kelantan menganggap pembukaan sempadan di antara kedua-dua negara melalui Bukit Bunga, Jeli dan Buketa, Thailand itu terlalu jauh.
Ramai juga yang beranggapan, jambatan di Bukit Bunga adalah untuk kemudahan di kawasan berkenaan sahaja termasuk para pengguna Lebuh Raya Timur - Barat itu kerana jaraknya lebih dekat. Malah sekiranya dibina jambatan baru antara Kuala Tak bagi kemudahan rakyat di kedua-dua negara perlu diberikan perhatian yang sama.
Justeru, dengan pembinaan jambatan kedua di Kuala Tak akan memberikan nafas baru bagi masyarakat Kelantan misalnya yang berjarak 20 kilometer dari Kota Bharu, 17 kilometer dari Wakaf Baharu dan 15 kilometer dari Tumpat yang sentiasa berharap supaya hubungan rakyat dari kedua-dua negara akan menjadi lebih dekat dan wajar. Dengan itu, amat tidak mustahil supaya cita-cita berkenaan bagi kepentingan dan kemudahan rakyat di kedua-dua negara. Cuma, rakyat dari kedua-dua negara perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya tidak berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Sejajar dengan itu, sebagai rakyat dari negara ini kita sekadar menunggu cita-cita berkenaan akan terlaksana di suatu masa nanti. Semoga cadangan berkenaan mendapat perhatian dari pemimpin-pemimpin dari kedua-dua negara.

Kemudahan jalan raya sempadan Tumpat di Kuala Tak.
Ramai yang mengambil kesempatan membeli barangan dari Thailand dengan harga murah melalui Kuala Tak.
Tumpat, Kelantan (Malaysia) hanya dipisahkan dari Thailand melalui sebuah sungai. Seberang sana adalah Tak Bai, Thailand.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan