GUAL PERIOK
(RANTAU PANJANG)
RANTAU PANJANG, KELANTAN: GUAL PERIOK yang terletak tiga kilometer dari Rantau Panjang, Kelantan adalah sebuah daerah paling awal membangun berbanding Rantau Panjang serta daerah berjiran seperti Gual Tok Deh, Gual Nibong, Pekan Tanjung (Repek) serta Kampung Luar.
Menyingkap tentang sejarah dan asal usul dinamakan Gual Periok, Mohamed bin Hassan, 68, atau lebih mesra dengan panggilan Abang Mat merupakan seorang bekas pemandu kereta sewa sejak 10 tahun lalu dan kini mengusahakan kedai makan di Pekan Gual Periok itu.
Menurut Abang Mat, beliau sebenarnya dilahirkan di Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1943 setelah bapanya yang berketurunan Malayalam dari Kerilla, India lalu berkahwin dengan ibunya yang merupakan anak jati di kampung itu sehinggalah beliau dilahirkan pada tahun berkenaan.
Pada tahun 1991, beliau berpindah dan menetap di Pekan Gual Periok itu sehingga sekarang. Sebab itulah apabila ditanya tentang sejak bilakah Gual Periok mendapat nama, beliau tidak dapat menjelaskannya kerana apa yang diketahuinya nama Gual Periok telahpun wujud. Namun, katanya daripada cerita yang pernah didengarinya bahawa Gual Periok adalah sebuah kawasan atau tanah yang tinggi berbanding tempat lain, manakala di sekeliling Gual Periok itu pula adalah kawasan lembah semata-mata.
"Perkataan 'Gual' itu merujuk kepada dataran atau kawasan tanah yang tinggi. Manakala 'Periok' itu pula merujuk kepada bentuknya seperti periuk iaitu satu bekas atau perkakasan yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk memasak nasi", katanya yang merupakan golongan warga emas yang masih tinggal di kampung berkenaan.
Katanya, pada masa dulu Pekan Gual Periok tersohor dan kaya dengan tanah putih atau dikenali 'tanah liat' yang digunakan sebagai pewarna kasut putih (kasut kain), turut dijadikan ubat dan sehingga sekarang tanah liat tersebut masih lagi diperlukan dalam pelbagai industri labu sayung, pasu bunga dan sebagainya. Ini kerana, pada masa itu terdapat sebuah syarikat yang mengendali dan mengusahakan tanah liat berkenaan, namun disebabkan perubahan masa syarikat tersebut ditutup.
Sambungnya, Pekan Gual Periok pada masa itu amat tersohor di seluruh daerah lain di Kelantan kerana pekan berkenaan pernah digelarkan sebagai 'pusat bersegi' kerana terdapatnya stesen kereta api, stesen kereta sewa, kawasan tumpuan penduduk untuk membeli-belah serta tumpuan syarikat perlombongan bijih magnese. Dalam masa yang sama, jumlah penduduk di Gual Periok ketika itu agak ramai kerana di sekeliling pekan berkenaan merupakan ladang getah, sebagai pusat ekonomi malah lebih maju dari Rantau Panjang sendiri.
"Namun, hari ini Pekan Gual Periok agak ketinggalan dari segala segi berbanding zaman dulu berikutan pembinaan lebuh raya Rantau Panjang ke Pasir Mas. Maknanya, pada masa dulu, pengangkutan awam menggunakan jalan lama sebab itulah Gual Periok agak tersohor. Manakala laluan kereta api dari lapan kali telah berkurangan kepada enam kali sehari turut menjadikan Gual Periok agak malap dari pandangan umum.
"Disebabkan pembinaan lebuh raya Rantau Panjang - Pasir Mas menyebabkan aktiviti di Gual Periok menjadi tiga suku lumpuh. Jadi, sekarang ini jalan yang terdapat di Pekan Gual Periok menjadi terbiar. Ini juga mengakibatkan sebahagian penduduk dari pedalaman Gual Periok berpindah ke luar pula dan kini Gual Periok menjadi sebuah kampung yang terlalu ke pedalaman dan terpinggir", jelasnya dengan nada sedih apabila mengingatkan tentang suasana pekan tersebut.
Tambahnya, disebabkan hal berkenaan kebanyakan penduduk yang masih kekal di Gual Periok meneruskan aktiviti sebagai pekerja kampung umpamanya pertukangan rumah, menoreh getah, bersawah padi dan terbaru ialah mengerjakan ladang kelapa sawit pula. Kebanyakan pekerja ladang kelapa sawit di Gual Periok terdiri daripada tenaga muda walaupun masih kekal golongan warga emas yang mengharapkan sebagai mata pencarian harian.
Kebanyakan yang masih mengerjakan tanah terdiri daripada pekerja lama, manakala penanam kelapa sawit pula terdiri daripada golongan muda. Manakala bagi golongan muda sebagai pekerja pejabat telahpun berhijrah dari Gual Periok dan tinggal di merata tempat semata-mata mengharapkan kerja yang selesa dan berpendapatan tetap.
"Anggaran penduduk di Gual Periok sekarang berjumlah 3,000 orang kerana dari pengalaman Abang Mat, sejak kebelakangan ini banyak rumah dibangunkan untuk menunjukkan Gual Periok masih lagi bernafas walaupun secara perlahan. Berbanding tahun-tahun 1970 dulu tidaklah seramai hari ini. Namun, pada tahun 1970 dulu, terdapat 10 keluarga Cina menetap di Gual Periok tetapi hari ini hanya sebuah keluarga mereka yang masih kekal. Ini menunjukkan Gual Periok dihuni seratus peratus orang-orang Melayu.
"Dari segi pendapatan sebagai tukang rumah di Gual Periok dalam anggaran RM50 hingga RM60, manakala kuli biasa kira-kira RM30 hingga RM40 sahaja. Sementara kebanyakan penoreh getah dan pemilik ladang kelapa sawit di Gual Periok mengerjakan ladang mereka sendiri, dengan mengambil tenaga muda sebagai pekerja dengan upah 18 sen setandan kelapa sawit.
"Sementara pendapatan sebagai penoreh getah bergantung kepada harga getah di pasaran, jika harga di pasaran tinggi pembeli akan membeli dengan harga tinggi. Pada satu masa tu, keluasan ladang getah tiga ekar, dalam seminggu penoreh memperolehi pendapatan RM2,000 dengan harga getah di antara RM8 hingga RM9, tetapi sekarang harga getah turun kepada RM6", jelasnya.
Katanya, Pekan Gual Periok agak luas dan apabila ditanya tentang khazanah bumi di Gual Periok berhubung dengan perlombongan bijih, beliau menjelaskan, memang pada asalnya Gual Periok kaya dengan bijih magnese yang pernah dilombong di Sungai Tasik Garu berdekatan dengan lebuh raya Rantau Panjang - Pasir Mas serta di Bukit Tandak.
Walaupun lombong berkenaan telah lama ditutup, namun beliau mendapat khabar lombong berkenaan akan dibuka semula. Lombong megnese pada masa dulu diusaha dan dikendalikan oleh sebuah syarikat Jepun kemudiannya ditutup oleh syarikat Indonesia ketika berlakunya konfrontasi Malaysia-Indonesia.
Namun, apabila ditanya tentang perbezaan di antara keselesaan dulu dengan sekarang, beliau menjelaskan kemudahan dan keselesaan sekarang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Pada masa dulu, kebanyakan penduduk di daerah berkenaan hanya mengharapkan pengangkutan awam seperti bas dan keretapi, tetapi sekarang kebanyakan penduduk telah memiliki kenderaan sendiri untuk menyenangkan segala urusan.
Berbanding dulu, sekarang ini pengangkutan bas tidak lagi relevan di Pekan Gual Periok. Justeru, jika ada penduduk yang masih memerlukan pengangkutan bas itu mereka perlu berjalan kaki atau menaiki motosikal ke tempat menunggu bas yang terletak di jalan utama yang jauhnya dua kilometer.

Mohamed bin Hassan atau Abang Mat.
Abang Mat ketika ditemubual Penulis di kedai makan miliknya.
Papan tanda arah masuk ke Gual Periok.
Pekan Gual Periok kini semakin lengang tidak sebagaimana tahun 1970 dulu.
Projek terbengkalai, hanya tinggal sebuah papan tanda untuk menunjukkan nadi Gual Periok semakin lesu tanpa perhatian.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam