RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-1.blogspot.com

Ahad, 27 November 2011

Misteri Terkena Sihir


MISTERI TERKENA SIHIR

TUMPAT, KELANTANPerbuatan santau dan menyihir orang lain akibat dengki dan khianat kerana kelebihan yang dimiliki individu tertentu tidak sepatutnya berlaku di zaman sains dan teknologi kini. Apatah lagi, perbuatan sedemikian melibatkan orang-orang Melayu sendiri. Berdasarkan hukum Islam, perbuatan sedemikian adalah amat jelas mensyirikkan Allah yang dilakukan oleh individu yang lupa tentang agama Islam kerana sikap sedemikian amat jelas menyimpang dari dasar agama yang mulia itu, sedangkan dalam masa yang sama masih mengaku dirinya seorang yang beragama Islam.

Kelemahan orang-orang Melayu dalam konteks dunia moden hari ini adalah berpunca dari minda yang kolot kerana masih mempercayai hal-hal yang karut, tahyul dan tidak masuk akal. Inilah luahan kekesalan yang dilontarkan oleh Fauzi Abd. Razak, 45, atau lebih mesra dengan panggilan Gee dari Kampung Bunohan, Tumpat, Kelantan.

"Saya menerima natijah akibat dengki khianat daripada kalangan orang kampung saya sendiri. Ini adalah kali keempat saya menerima perkara yang seumpama ini", ujarnya.

Fauzi memang tidak dapat menahan kekesalannya hasil perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu dengan mencurahkan cecair yang dikenali minyak orang yang mati dibunuh di sekeliling rumahnya di kampung berkenaan bermula dari hadapan hingga ke beranda menuju ke bahagian dapur rumahnya. Kejadian ini dilakukan oleh orang yang tidak berhati perut pada 8 Oktober, 2008 malah beliau mengetahui daripada kesan minyak berkenaan selain makluman daripada keluarganya.

"Sebelum ini, mereka menyantau saya dengan menggunakan khidmat jin, tetapi segala perancangan mereka itu gagal. Lalu mereka menggunakan kaedah ini pula", cetusnya.

Kaedah yang dilakukan individu yang dengki terhadapnya itu tidak memudaratkan beliau dan keluarganya kerana kelebihan yang dianugerahkan Allah terhadapnya dapat mengelak daripada terkena bahana santau tersebut. Justeru, akibat daripada kegagalan itulah pihak berkenaan mula menukar rentak dengan menggunakan kaedah menyimbah rumahnya dengan minyak orang yang mati dibunuh pula untuk tujuan memudaratkan dirinya dan keluarganya. Namun, beliau percayakan Allah S.W.T  lebih dari segala-galanya, kerana itu santau tersebut dianggap tidak menjadi juga akhirnya.

"Salah satu sebab pihak berkenaan cuba mengenakan saya dengan sihir ini kerana dengki semata-mata. Mereka tidak senang dengan sikap saya yang suka bergaul dengan ramai orang berbanding dengan dirinya.

"Mungkin pihak yang menyihir saya tidak disenangi orang lain atau dipulaukan, jadi sayalah yang jadi mangsanya", ujar Fauzi dengan nada sedih.

Menurut Fauzi, beliau yang merupakan seorang kakitangan yang boleh dipercayai dalam bidang rekaan tentunya amat rapat dengan para pelanggan yang sering berurusan dengannya sama ada pelanggan-pelanggan lama mahupun yang baru dikenali. Kadang-kadang pelanggan-pelanggannya itu perlu datang ke rumahnya, beliau terpaksa melayani sekadar termampu menyebabkan kediamannya sentiasa dikunjungi ramai bagi mendapatkan khidmat yang sepatutnya. Jadi, disebabkan rumahnya sentiasa dipenuhi tetamu tentunya menimbulkan rasa kurang senang di hati pihak yang irihati terhadapnya sedangkan sebelum ini hal seumpama itu tidak timbul.

"Saya tidak mengesyakki kakitangan bidang rekaan sendiri turut terlibat. Namun, saya percaya masyarakat sekeliling di kampung saya itu adalah punca segala-galanya", katanya apabila diminta menjelaskan siapakah dalang di sebalik kejadian itu.

Beliau enggan menamakan orang yang terlibat dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab itu. Namun, beliau menasihatkan pihak berkenaan supaya kembali ke pangkal jalan dengan tidak memilih dengki khianat yang bersarang dalam hati sebagai melepaskan dendam kesumat yang boleh menimbulkan perkara-perkara syirik dan tahyul itu perlu dihentikan dengan segera. Perbuatan berkenaan menurutnya tidak mendatangkan sebarang faedah sebaliknya boleh menyebabkan tergadainya akidah kerana lebih mempercayai makhluk lain selain Allah.

Justeru menurutnya, jalan paling selamat ialah tidak mengikut langkah-langkah syaitan yang bukan sahaja boleh menyesatkan jalan kebenaran, sebaliknya boleh memudaratkan diri sendiri termasuk amal ibadat yang dikerjakan sekian lama.
 



Fauzi Abd. Razak ketika ditemubual Penulis.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

1 ulasan:

  1. kat tempat saya ada seorang yang mengamalkann sihir, dimana ramai orang kampung telah melihat sejenis makhluk seperti manusia setinggi sejengkal, ada yang mengatakan makhluk itu ialah toyol atau pun anak kerak. setiap malam selasa dan malam jumaat akan ada bau seperti kemenyan apabila lalu di kawasan rumahnya, mungkin masa itu dia sedang menjampi amalannya. dia juga menggunakan minyak orang mati dibunuh (minyak mati bunuh/minyak dagu) untuk tujuan mengkhinati orang, apabila mangsa tersebut sakit dia berpura2 merawat mangsa tersebut. dia juga boleh melakukan SANTAU kepada mangsa-mangsanya, bagaimanakah cara supaya segala perbuatan yang dia lakukan tersebut tidak terkena kepada orang lain dan supaya terkena kembali kepada diri dia sendiri. nama dia ialah Roslan Bin Li dan nama emak dia ialah Bidah. no tel dia 0111 9311898

    BalasPadam