MISTERI DISAKAT MAKHLUK HALUS
WAKAF BAHARU, KELANTAN: Sifat makhluk halus tidak akan mengganggu atau menyakat manusia yang berjiwa kental dan berani. Sebaliknya manusia yang sering menjadi mangsa berkenaan terdiri daripada individu yang lemah dan penakut. Bukan wanita sahaja, lelaki juga akan menerima nasib yang sama kerana makhluk ghaib itu boleh menjelmakan dirinya dalam pelbagai bentuk dan rupa yang menakutkan. Makhluk ini tidak memilih waktu, sama ada di siang hari mahupun malam apabila mangsa secara kebetulan terserempaknya pastinya akan berlari sekuat hati sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan diri.
Ketika ditemui Penulis, Abd. Rahman Husin, 46, dari Kampung Delima, Wakaf Baharu, Kelantan berkata, beliau disakat makhluk ghaib itu di Kampung Necher, Tumpat iaitu kira-kira lima kilometer dari kediamannya ketika sedang asyik mencari daun pitang untuk dijadikan pewarna nasi kerabu.
"Kejadian itu berlaku pada pukul 5.00 petang ketika saya masuk ke hutan di kampung itu untuk mendapatkan daun pitang untuk dijadikan pewarna nasi kerabu. Semasa sedang memetik daun pitang, saya terdengar bunyi seperti sebatang pokok gelam sedang ditebang berhampiran saya. Peliknya, tidak kelihatan orang yang menebang pokok itu.
"Cuma ketika itu, saya lihat pokok gelam itu bergoyang ke kiri dan ke kanan seperti akan tumbang. Lalu saya berhenti memetik daun pitang dan terus berlari keluar dari situ kerana bimbang ditimpa pokok berkenaan atau terperangkap di hutan itu seorang diri", jelas Abd. Rahman.
Menurutnya lagi, setelah berada di luar kawasan berkenaan, bunyi pokok ditebang itu sudah tidak kedengaran lagi seperti mengetahui mangsanya tidak lagi berada di dalam kawasan larangan. Malah, pokok gelam yang tadinya seolah-olah hendak tumbang menyembah bumi, kini kembali seperti sediakala.
Tambah Abd. Rahman, usaha beliau mencari daun-daun pitang adalah rutin hariannya sebagai peniaga nasi kerabu di Pasar Besar Wakaf Baharu sejak empat tahun lalu. Walaupun sebelum ini beliau sering disakat dan mendengar hilaian ketawa makhluk halus sebagai penghuni asal danau itu, namun peristiwa 13 Julai itu adalah luar biasa sekali seolah-olah beliau diberi amaran supaya tidak lagi menceroboh penempatan makhluk berkenaan. Namun, beliau tetap tidak mempedulikan usikan makhluk berdarjat rendah itu.
Abd. Rahman menjelaskan, walaupun beliau tidak nampak kelibat lembaga yang mengganggu dan mengusiknya semasa sedang memetik daun pitang di danau itu, namun usikan pokok gelam tumbang di situ sedikit sebanyak agak menyeramkan kerana itulah kali pertama kejadian luar biasa yang dialaminya. Rasa takut dengan apa yang berlaku itu memang wujud, namun segala ketakutan terpaksa disembunyikan juga kerana itulah punca rezeki keluarganya selama ini.
Baginya, biar bagaimana gangguan yang bakal dihadapinya, beliau tidak mempedulikannya kerana yang penting baginya adalah untuk mencari rezeki untuk keluarganya. Malah, beliau tidak fobia dengan usikan lembaga yang menghuni di danau itu dan beliau akan ke situ lagi untuk mendapatkan sejumlah daun pitang kerana daun-daun itu menjanjikan rezeki yang paling bernilai dari danau tersebut.

Abd. Rahman Husin.
Di hutan inilah beliau disakat makhluk halus ketika sedang memetik daun pitang.
Inilah rupa dan bentuk lembaga bertanduk (dalam bulatan) yang dirakam penulis menggunakan kamera infra-red pada hari temubual.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan