GUA IKAN
KUALA KRAI, KELANTAN: GUA IKAN yang terletak berhampiran dengan Kampung Slow Pak Long dalam daerah Dabong, Kuala Krai, Kelantan adalah sebuah gua batu kapur yang mempunyai stalaktit yang menarik. Pada masa dulu, gua ini direntangi sebatang anak sungai yang agak jernih, sejuk dan menyamankan dan tempat ini dikenali juga sebagai Taman Rekreasi Gua Ikan yang dibuka kepada pengunjung pada tahun 2006.
Perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Ikan sejauh 150 kilometer, dari Kuala Krai (95 kilometer) dan dari Pekan Dabong (7 kilometer) melalui jalan persekutuan menghala ke Gua Musang, pengunjung akan dapat melihat satu simpang jalan utama ke Dabong sejauh kira-kira 40 kilometer dan akan menemui pintu masuk ke Taman Rekreasi Gua Ikan yang terletak di sebelah kirinya.
Di antara kemudahan yang disediakan di Taman Rekreasi Gua Ikan seperti surau, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, gerai makanan dan minuman serta tandas. Manakala antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Gua Ikan seperti menikmati keindahan flora dan fauna, mandi-manda, rekreasi, rakam foto dan berkelah.
Persekitaran
Ketika Taman Rekreasi Gua Ikan ini dibuka dengan rasminya kepada pengunjung pada tahun 2006, keadaan dalam Gua Ikan amat menarik apatah lagi dengan adanya sebatang anak sungai yang amat dalam dan turut dihuni pelbagai jenis ikan air tawar melebihi 100 ekor yang agak besar seperti ikan kelah dan sebagainya turut merancakkan lagi sektor pelancongan dan pengunjung yang datang amat memberangsangkan.
Sebaliknya,
pada tahun 2011 ini keadaan persekitaran Taman Rekreasi Gua Ikan amat
menyedihkan. Sebatang sungai yang dulunya amat dalam dan jernih kini
setiap kali musim hujan dan tengkujuh, sungai berkenaan semakin cetek,
kotor dan berkelodak malah tidak sesuai untuk aktiviti mandi, berenang
dan berendam. Selain itu, pondok rehat yang turut disediakan untuk
pengunjung juga didapati terbiar, daun-daun yang gugur juga terbiar,
reput dan berselerakan. Sementara, di pintu masuk Gua Ikan juga amat
menjijikkan apabila terdapatnya najis lembu yang menyebabkan bau busuk
selain sampah yang dibuang oleh pengunjung menjadikan Taman Rekreasi Gua
Ikan ini amat menjijikkan dan terus terbiar tanpa pembelaan.
Papan tanda arah ke Gua Ikan di Pekan Dabong.
Papan tanda Gua Ikan di sebelah kiri jalan ke Dabong.
Gua Ikan dari rakaman jauh.
Gua Ikan dirakam dalam jarak dekat.
Lereng Gua Ikan, boleh didaki sehingga ke puncaknya.
Dulu, sungai mengalir di bawah Gua Ikan ini jernih. Kini, sungai ini kotor dan berkelodak.
Kolam mandi-manda juga berkelodak apabila sungainya berkelodak.
Najis haiwan (lembu) di pintu masuk Gua Ikan.
Sampah dibuang oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab.
Pondok rehat juga terbiar, akibatnya pembaziran wang berlaku.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan