DANAU TO' UBAN
(PASIR MAS)
PASIR MAS, KELANTAN: DANAU TO' UBAN yang terletak di Kampung To' Uban memang tidak asing lagi sebagai salah satu tempat pelancongan dan kawasan peranginan yang menarik sejauh 20 kilometer dari bandar Pasir Mas, Kelantan. Danau ini yang dikenali sejak 20 tahun lalu hanya sekadar sebuah sawah padi yang mana pada asalnya merupakan sebuah alur sungai yang agak sempit sekadar sebuah tempat untuk menyimpan atau menakung air semata-mata. Kebetulannya, di kawasan Kampung To' Uban ini terdapatnya sebuah 'pintu gate' iaitu tempat takungan air untuk menampung pelbagai keperluan ketika berlakunya masalah pengairan seperti kemarau, kegunaan untuk tanaman padi, sayur-sayuran dan sebagainya.
Ketika ditemui Wartawan RELATIF, Mohd. Ibrahim bin Ismail, 41, yang merupakan pemilik Kem Danau To' Uban itu mengakui tentang hal sedemikian dan sawah padi yang dimaksudkan pada masa dulu itu sekadar sebuah alur sempit tetapi bukanlah sebuah tempat yang menarik. Tetapi airlah yang berperanan merubah segala-galanya dari sebuah kawasan gersang, kerana apa yang disaksikan sehingga hari ini kelihatannya seperti sebuah tasik luas. Perubahan ini diakibatkan hujan yang sering turun di Sungai Cegor di Tanah Merah yang terus mengalir melalui beberapa saliran menyebabkan kawasan berkenaan tidak lagi dapat menampung air yang melimpah lantas mengalir ke pintu gate di Kampung To' Uban itu. Apabila pintu gate sering dibuka untuk mengelakkan air terus melimpah tebing, menyebabkan air dari pintu gate tersebut mengalir laju ke kawasan sawah terbabit. Begitulah sifat air, apabila sering mengalir tanah yang pejal sekalipun tidak akan dapat menangkis terjahan sedemikian dan akhirnya tebing yang teguh pasti runtuh juga kerana dihakis dan lama-kelamaan sesuatu yang tidak disangka dapat dilihat seperti sekarang.
Selain itu Ibrahim menjelaskan, sejak itu beberapa aktiviti mula dirancang di Kem Danau tersebut. Setahunya tapak perkhemahan tersebut diasaskan oleh Belia 4B Kubang Panjang, Pasir Mas sejak tahun 1984 yang melibatkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekolah, jabatan serta agensi kerajaan. Namun, selepas Kem Danau dan tapak perkhemahan yang dikendalikannya dibuka dan beroperasi dengan rasminya pada tahun 1990 keadaannya semakin berubah kerana kebanyakan kursus yang dikendalikan oleh pelbagai pertubuhan NGO mula dilaksanakan di Danau To' Uban berkenaan.
"Sekurang-kurangnya 15 kali kursus yang meliputi 15 kumpulan pernah dilaksanakan di Kem Danau setakat ini. Keadaan ini termasuk aktiviti perkhemahan, rehlah dan aktiviti menangkap ikan.
"Terdapat pelbagai spesis ikan air tawar yang boleh diperolehi dari tasik ini seperti ikan baung, talapia, kelah dan lampang", katanya sambil menunjukkan ke arah tasik tersebut.
Tambah Ibrahim lagi, sebelum diwujudkan tapak perkhemahan di danau berkenaan, kehadiran pengunjung tidaklah begitu memberangsangkan. Namun, sejak dibuka pada tahun tersebut akhirnya berita dan makluman pembukaan itu mula diketahui umum, bermula dari tarikh itulah Kem Danau menerima tetamu dari pelbagai pertubuhan NGO, termasuk sekolah rendah dan menengah serta agensi-agensi kerajaan. Menarik lagi katanya, terdapat beberapa persatuan penulis yang mengadakan aktiviti sastera dan pertemuan penulis di kem berkenaan beberapa tahun dulu apatah lagi pengunjung dari luar Kelantan juga sering ke danau itu semata-mata untuk menenangkan fikiran selain menyedut udaranya segar disebabkan suasananya yang hening dan teduh.
Ditanya tentang kehadiran pengunjung setakat ini, Ibrahim menjelaskan kebiasaannya pengunjung datang seawal jam 8.00 pagi sehingga 7.00 malam kira-kira dua buah kenderaan termasuk bermotosikal lebih dari 10 pengunjung walaupun mereka sebenarnya memang sedia maklum tiada kemudahan disediakan di Danau To' Uban. Kesemua yang datang itu semata-mata ingin menghirup udara segar yang masih bebas dari pencemaran kerana selain dikelilingi hutan, di taman danau tersebut juga turut ditanam pohon-pohon menghijau untuk mencantikkan lagi pemandangannya.
"Sudah menjadi adat pengunjung di Kelantan, mereka akan datang apabila tibanya hari cuti mingguan seperti hari Jumaat dan Sabtu serta cuti umum.
"Pengunjung biasanya bertumpu di sebelah pagi dan akan bertambah ramai apabila menjelang petang kerana akan terasa udara yang nyaman berbanding di sebelah tengah hari. Di kawasan ini paling istimewanya ialah suasananya yang agak teduh dan udaranya sentiasa bertiup, setiap pengunjung tidak akan terasa bahang panasnya", jelasnya.
Di samping itu, Penulis juga cuba membangkitkan tentang suasana danau hari ini tidak seindah sebagaimana pada tahun 2007 yang mana pada masa itu masih ada peniaga serta kemudahan kepada pengunjung untuk menjamu selera sambil bersantai di danau itu, tetapi selepas itu didapati terbiar tanpa perhatian mana-mana pihak ibarat 'seperti hidup segan mati tak mahu'.
"Danau To' Uban ini di bawah seliaan kerajaan negeri. Pernah timbul hasrat untuk memajukan danau ini. Tetapi apa yang saya ketahui, hasrat tersebut tenggelam begitu sahaja. Sudahnya, Danau To' Uban ini terus berkeadaan terbiar.
"Contoh jelas, pembinaan musalla itu pun masih belum siap sepenuhnya. Kegagalan kerajaan dalam membangunkan tempat ini tidak sewajarnya berlaku memandangkan ia akan menjadi tumpuan pelancong juga", katanya yang pernah mendengar komen dan saranan beberapa orang pengunjug supaya Danau To Uban dimajukan.
Tambahnya lagi, selain menarik kerana pemandangannya indah, di seberang tasik danau berkenaan juga pengunjung akan dapat melihat sebuah masjid berwarna putih tersergam indah. Masjid tersebut menurutnya dibina di zaman arwah Datuk Haji Mohamed Nasir menjadi Menteri Besar Kelantan dahulu. Manakala peruntukan pembinaan masjid berkenaan dibiayai sendiri oleh Baginda Sultan Brunei yang datang setiap setahun sekali. Namun, katanya pembinaan masjid tersebut bukan bertujuan untuk kegunaan solat Jumaat tetapi untuk kegunaan pelajar-pelajar hafiz Al-Quran sahaja. Sekarang ini, masjid berkenaan masih lagi digunakan dan kira-kira 130 pelajar hafiz ditempatkan di Masjid Brunei itu.

Mohd. Ibrahim Ismail ketika ditemubual oleh Penulis.
Suasana taman di Danau To' Uban sememangnya amat cantik.
Pemandangan tasik Danau To' Uban.
Pengunjung yang cintakan keheningan sahaja yang datang ke Danau To' Uban.
Papan tanda amaran yang terdapat di Kem Danau To' Uban.
Masjid Brunei yang terletak di seberang tasik.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan