MISTERI EMAS GHAIB
JELI, KELANTAN: PENEMUAN emas misteri lazimnya melibatkan beberapa perkara yang menyebabkan pelombong terbabit berhadapan dengan sesuatu yang ganjil bagi menandakan emas berkenaan wujud di situ. Namun begitu, tidak semuanya akan berhadapan dengan situasi seumpama itu.
Seorang warga emas ketika ditemui penulis, Husin Ismail, 67, atau lebih dikenali Pak Teh Husin dari Kampung Batu Melintang, Jeli sudi berkongsi cerita tentang penemuan emas misteri itu. Beliau yang dilahirkan di Tok Uban, Pasir Mas telah berhijrah ke kampung berkenaan sejak usia 12 tahun lagi. Memperolehi beberapa hektar tanah bernilai khazanah pemberian kerajaan sebagai peneroka tanah hutan dan pekerja balak di kampung tersebut.
"Pada mulanya, ada penduduk kampung ini enggan percaya cerita Pak Teh bahawa kampung ini kaya dengan logam itu. Tetapi setelah seorang demi seorang menemuinya, barulah kata-kata Pak Teh ada benarnya", ujarnya.
Menurut Pak Teh, ketika itu usianya 17 tahun, dia berkawan rapat dengan tiga sekawan yang juga penduduk asal kampung itu iaitu Mat Yaman, Mat Bali dan Yusof. Tiga sekawan itu telah menemui sebungkam emas tanpa disangka-sangka ketika sedang mencari kayu depu di hutan. Ketika dalam perjalanan pulang, mereka telah tersesat padahal laluan itu sering digunakan oleh mereka setiap hari untuk ke hutan.
Disebabkan hari telah beransur senja, salah seorang daripada mereka memberikan cadangan supaya mengikuti arah caruh (aliran air turun dari puncak bukit). Jika tidak terpaksalah mereka bermalam di dalam hutan yang masih basah dan lembab kerana pada sebelah malamnya hujan turun dengan lebatnya.
Cadangan itu diterima kerana mereka tidak sanggup bermalam di hutan tersebut. Ketika dalam perjalanan menuruti laluan air itu, ketiga-tiganya terlihat suatu benda aneh yang tidak dikenali dan tidak pernah ditemui oleh mereka sebelum ini telah merintangi laluan air itu di mana di bahagian hujung dan pangkalnya seperti mencengkam tanah yang kuat malah panjang benda aneh itu dianggarkan kira-kira dua meter.
Mereka nampak dengan jelas benda aneh itu berkilauan kekuningan. Tidak syak lagi bagi mereka bahawa benda aneh itu adalah sebungkam emas bermutu tinggi. Lantas mereka mencantas sebatang pokok di situ sebagai tanda bagi memudahkan mereka datang mengambil emas itu semula.
Emas sebungkam itu dibiarkan di situ kerana mereka berhasrat untuk mengambilnya keesokan harinya. Namun, apabila tiba keesokannya harinya, lain pula ceritanya. Disebabkan terlalu tamakkan emas itu hendak dibolot seorang diri, dengan berbekalkan sehelai guni dan kapak, pagi-pagi lagi Mat Bali pergi seorang diri ke caruh itu untuk mengambil emas tersebut. Hanya beberapa minit kemudian, dia pulang semula.
Manakala, pada pukul 11.00 pagi hari yang sama, Mat Yaman pula bergegas ke arah caruh itu tanpa memberitahu rakannya yang lain. Niatnya satu iaitu untuk mendapatkan emas yang mencengkam di sebatang pokok yang dicantas di caruh itu. Mat Yaman juga pulang dalam masa yang singkat dan begitulah juga yang terjadi kepada Yusof.
Akhirnya tiga sekawan itu bertemu lalu menceritakan perihal emas yang gagal ditemui malahan dikatakan seolah-olah emas itu hidup dan ghaib dari pandangan. Bukan itu sahaja, pokok yang dicantas sebagai tanda tempat emas itu wujud juga didapati ghaib secara luar biasa.
"Sepatutnya apabila emas itu ditemui, mereka patut hentakkan mana-mana bahagian emas itu supaya sumbing atau retak kerana mereka bertiga memang membawa kapak. Lepas itu, hendaklah diangkat dengan segera kerana emas tidak boleh dibiarkan di situ semalaman sebab ia benda hidup", jelas Pak Teh.
Sehingga kini, tiada siapa yang sanggup ke tempat emas itu ditemui. Malah, beliau sendiri tidak sanggup mendaki untuk mendapatkan emas tersebut kerana tidak larat untuk mendaki walaupun beliau yakin emas berkenaan masih ada di situ.
Sesetengah individu dapat melihat emas dalam rupa sebenar dan kadang-kadang dalam rupa teras kayu dan batu untuk menunjukkan kelebihan dan rezeki masing-masing. Hal ini bukan cerita kosong kerana kemahiran dan ilmu individu berhubung dengan emas jarang dimiliki oleh orang-orang Melayu kerana kita sekadar berharap kepada teknologi untuk mengesan kewujudannya.
Tetapi kehebatan warga Siam yang dapat mengesan wujudnya emas di Sungai Kokong dalam jumlah yang agak besar iaitu satu tan menunjukkan kelebihannya yang dapat melihat dengan jelas dalam perut bumi kewujudan benda berharga tersebut adalah sesuatu yang hebat.
Sewaktu kunjungan warga Siam ke rumah Pak Teh ketika itu, warga Siam itu telah menyediakan peralatan melombong. Kerja-kerja melombong emas dimulakan di tanah miliknya dan ternyata memang wujud emas di sungai itu.
Begitu juga dengan bekas tapak lombong dan menapis emas terbiar di ulu Sungai Tok Tadoh, kira-kira satu kilometer bersempadan dengan Thailand. Walaupun sekadar lombong tinggal sahaja, emas masih lagi wujud di situ untuk menunjukkan seluruh kawasan bukit di situ memang kaya dengan emas dan kadang-kadang disebut juga 'bukit emas'.
Kisah ini adalah kisah benar untuk menunjukkan masyarakat di kampung berkenaan tidak lagi seperti dulu yang hidup dalam kedaifan dan kemiskinan. Tanah yang mengandungi khazanah bernilai itu telah merubah kehidupan mereka.

Husin bin Ismail atau Pak Teh Husin di kediamannya di Kampung Batu Melintang, Jeli, Kelantan.
Inilah hutan dan bukit tempat tiga sekawan tersesat lalu menemui emas yang merintangi laluan air.
Inilah laluan asal air Sungai Kokong ini masih wujud emas yang belum digali.
Tanda bulatan menunjukan emas akan digali di Sungai Kokong yang baru.
Batu hampar putih sebagai tanda wujudnya emas di Sungai Kokong yang baru.
Bekas lombong emas di Ulu Sungai Tok Tadoh.
Kesan tinggalan emas ditapis di Ulu Sungai Tok Tadoh.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan