RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-1.blogspot.com

Jumaat, 18 November 2011

Dataran Air Muleh (Pasir Mas)


DATARAN AIR MULEH
(PASIR MAS)

PASIR MAS, KELANTAN: DATARAN AIR MULEH yang terletak di atas tanah seluas satu ekar iaitu di Tebing Sungai Kelantan dan dalam kawasan pusat bandar Pasir Mas, Kelantan telah dibina pada tahun 1989, sebagai lambang kegigihan para pekerja Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) yang membinanya secara bergotong-royong.

Dataran Air Muleh ini menjadi tempat pelancongan bagi kegunaan penduduk setempat melakukan aktiviti sihat sama ada berekreasi pada waktu petang dan hujung minggu sama ada cuti umum mahupun cuti persekolahan. Boleh dikatakan Dataran Air Muleh ini sebagai produk pelancongan terbaik dalam daerah Pasir Mas memandangkan orang ramai, kumpulan dan pertubuhan bukan kerajaan NGO) turut mengadakan aktiviti menarik di dataran ini terutamanya pada hari Sabtu.

Sebagai sebuah tempat yang strategik, Dataran Air Muleh boleh juga dianggap sebagai Taman Rekreasi yang mengandungi pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan seperti taman permainan kanak-kanak, restoran dan gerai makanan, sebuah tugu yang mencatatkan nama pemenang Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Pasir Mas serta tandas awam juga turut disediakan.

Landskap kawasan Dataran Air Muleh ini memang menarik kerana pembinaannya berhampiran dengan pusat bandar Pasir Mas tentunya turut dikunjungi orang ramai yang ingin melihat pemandangan Sungai Kelantan di sebalik tebing yang dibina khusus itu. Justeru, silalah berkunjung ke Dataran Air Muleh dan anda akan merasai sendiri rahsia di sebaliknya.  

Pandangan sisi Dataran Air Muleh. 


Wakaf rehat dibina khusus untuk kemudahan pengunjung.

Dataran Air Muleh terletak di tebing Sungai Kelantan.

Pelbagai aktiviti rekreasi seperti bersukan sering diadakan di Dataran Air Muleh.

Pelbagai hadiah dan barangan turut dijual di sini.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan