TUKANG URUT DAN BIDAN TRADISIONAL
PASIR MAS, KELANTAN: TUKANG URUT dan bidan tradisional atau disebut juga bidan kampung sudah semakin berkurangan dan boleh dikatakan agak terpinggir di zaman moden hari ini. Ini kerana, peranan bidan tradisional telah diambil alih oleh jururawat masyarakat dan jururawat desa. Manakala tukang urut pula kurang diberikan perhatian oleh sesetengah masyarakat apabila kebanyakan di antara mereka hanya bergantung kepada ubat-ubatan berbanding urutan urat saraf yang hakikatnya lebih baik jika wujudnya masalah urat saraf dan otot. Apatah lagi, timbulnya pelbagai tohmahan dan kepercayaan keliru masyarakat moden dewasa ini yang menganggap kononnya tukang urut tradisional adalah punca segala-galanya.
Walau bagaimanapun, di Kelantan misalnya peranan tukang urut dan bidan tradisional terhadap masyarakat kampung terutamanya di bahagian pedalaman masih tidak berbelah bagi. Ini kerana menurut mereka, walaupun ubat-ubatan moden dikatakan mampu mengatasi masalah kesakitan urat saraf, namun ubat-ubatan tersebut hanya sekadar bertindak untuk meredakan kesakitan itu sahaja berbanding dengan tukang urut dan bidan tradisional yang dapat menyelesaikannya sekaligus.
Sebagaimana dakwaan Tukang Urut dan Bidan Tradisional, Timah binti Taib, 74, atau lebih dikenali Mak Da dari Kampung Slow Machang, Pasir Mas, Kelantan ketika ditemui Penulis berkata, urutan otot dan urat saraf perlu dilakukan terutamanya bagi golongan wanita yang terlalu penat atau terlalu banyak bekerja mengangkat benda-benda berat.
"Orang yang pakar dalam urutan akan dapat merasakan urat-urat saraf itu sakit, rosak atau mempunyai berbagai masalah selain menyentuh ibu kaki. Saraf yang terlibat perlu diberikan perhatian, jika tidak pesakit akan terus menderita kesakitan", jelasnya.
Katanya lagi, tukang urut yang mahir dan berpengalaman akan dapat mengetahui dengan mudah sama ada urat saraf tersebut bengkak dan bermasalah dengan hanya sentuhan. Ini jelas menunjukkan, tukang urut yang tidak berpengalaman boleh membuat urutan menurut cara mereka, tetapi akan mendatangkan masalah lain kepada pesakit, di mana pesakit tersebut akan merasa kesakitan yang amat sangat sehingga berbulan-bulan lamanya. Jadi, beliau menyarankan setiap pesakit yang memerlukan khidmat urutan, dapatkanlah tukang urut yang mahir dengan urat saraf dan bahagian anggota yang lain untuk mengelakkan saraf berkenaan luka dan rosak.
Menurut Mak Da, jika berlaku urat saraf yang sememangnya sakit di bahagian paha misalnya, apabila diurut di bahagian yang sakit itu kesakitannya akan dirasai di bahagian lain seperti di bahagian kaki dan jari kaki. Ini untuk menunjukkan urat saraf di bahagian paha itu telah rosak. Malah jika urat saraf yang masih berkeadaan baik, apabila diurut juga pesakit tidak akan merasa apa-apa kesakitan. Ini untuk menunjukkan urat saraf tersebut masih dalam keadaan sempurna lagi.
Tambahnya, setiap kali beliau mengurut pesakit akan dimulai dengan ibu kaki. Ini kerana, dengan menyentuh kedua-dua ibu kaki beliau sudah dapat mengetahui urat dan saraf di bahagian mana yang rosak atau rosak teruk. Berbanding di kalangan segelintir tukang urut yang dimulai di bahagian perut tentunya akan menyebabkan urat dan saraf akan mudah rosak.
Mak Da bukan sahaja gah di Kampung Slow Machang itu serta daerah-daerah lain di Kelantan semata-mata, tetapi juga cukup dikenali dari luar Kelantan kerana ketelitiannya dalam memberikan khidmat sedemikian. Beliau yang mendapat tunjuk ajar dari emak saudaranya bernama Mak Sah seorang Tukang Urut dan Bidan Kampung tersohor dari Tumpat, Kelantan ketika itu yang tidak mempunyai zuriat telah memeliharanya sejak kecil dan telah memperturunkan segala ilmu perbidanan dan urutan saraf kepadanya peringkat demi peringkat.
Sambungnya, sepanjang beliau mengurut pesakit banyak pengalaman yang telah ditempuhnya terutamanya ketika mengurut seorang yang lumpuh. Berkat kesabarannya, pesakit lumpuh itu berjaya dipulihkan. Ini menurutnya, urat saraf pesakit berkenaan dalam keadaan parah dan dilitupi lendir untuk menunjukkan pesakita tersebut sepanjang hidupnya tidak pernah melakukan servis bagi memperbetulkan keadaan urat sarafnya.
Selain itu, Mak Da juga pernah mengurut seorang lelaki yang mengalami penyakit uluran. Ketika itu jam 2.00 pagi, pada mulanya beliau enggan untuk berbuat demikian disebabkan pesakit itu adalah seorang lelaki dan tidak manis seorang wanita mengurut lelaki. Pesakit itu pula dalam keadaan nazak, tetapi melihatkan situasi itu suaminya mengizinkan beliau dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa. Jadi, hasilnya agak memuaskan apabila pesakit tersebut sihat kerana banyak urat-urat sarafnya dalam keadaan tidak tentu.
"Setakat Mak Da memberikan khidmat mengurut ni tak pernah lagi pesakit komplen. Bahkan ada pesakit yang memberitahu, mereka berasa selesa berurut dengan Mak Da dan tidak akan memilih tukang urut lain", ujarnya menambah.
Menariknya berdasarkan kepada pengalaman Mak Da ketika mula-mula menceburi bidang perbidanan iaitu semasa menguruskan seorang ibu yang bakal melahirkan seorang bayi. Pada mulanya beliau agak ragu-ragu dan enggan berbuat demikian kerana tugas berkenaan agak rumit apatah lagi terpaksa menunggu masa yang agak lama lebih-lebih lagi bimbang akan timbul masalah kepada bakal itu tersebut. Tetapi disebabkan desakan ibu berkenaan apatah lagi kerana kasihankan ibu itu yang bakal bersalin nanti tanpa bantuan sesiapa, jadi beliau terpaksa menghulurkan bantuan demi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi tersebut. Dari situlah beliau mula dikenali ramai kerana berjaya menyelamatkan keadaan.
Pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan oleh Mak Da ialah apabila sepasang suami isteri datang menemui di rumahnya bahawa mereka sudah lama mendirikan rumahtangga, masalahnya ialah sukar mendapat anak. Pasangan berkenaan berharap Mak Da dapat berikhtiar supaya mereka dikurniakan zuriat yang sepatutnya sebagai penyeri rumahtangga mereka nanti. Dengan takdir Illahi hasil ikhtiar Mak Da, ibu berkenaan hamil malah semasa proses bersalin pun menggunakan khidmat Mak Da juga.
Semenjak dari peristiwa itulah, namanya menjadi sebutan bakal-bakal ibu dan ibu-ibu yang akan bersalin untuk mendapatkan khidmagnya termasuklah khidmat bertungku. Selepas daripada itu beliau sering mendapat jemputan dari pesakit yang ingin berurut di rumah masing-masing termasuk juga dalam urusan bersalin dan bertungku. Selain yang datang berurut di rumahnya merupakan suatu tugas dan khidmat bantuan yang agak biasa baginya. Mak Da juga sering dianggap seorang yang peramah dengan ketawanya yang memukau pesakit apatah lagi kadar bayaran yang dikenakan tidak membebankan pesakit turut menjadi tarikan utama beberapa keluarga untuk mendapatkan khidmatnya.
Mak Da juga memberitahu, ada juga pesakit yang datang berurut secara ulangan bagi memantapkan dan memulihkan urat saraf yang bermasalah. Beliau juga bersedia memberikan khidmat kepada pesakit-peesakit dari luar Kelantan jika diminta untuk berbuat demikian sebagai usaha membantu individu yang memerlukan pertolongannya.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
assalamualaikum...saya juliana...boleh ke nak dapatkan number contact makcik ni...
BalasPadamnak berurut . ctjuliana@gmail.com
Untuk makluman Puan Aisha, sekarang ini Mak Da Timah tidak lagi bergiat dalam bidang urutan kerana tidak dibenarkan oleh anaknya.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamboleh tak saya ingin mendapatkan no. yang boleh dihubungi untuk bertemu dengan Mak Da untuk tujuan temubual ?
BalasPadamsalam..boleh tak cerita makcik ini saya siarkan dalam majalah..boleh bagi no tel untuk di hubungi
BalasPadamMakcik boleh kasih Nomor nya
BalasPadam