MISTERI RESTORAN GHAIB
KOTA BHARU, KELANTAN: PENGALAMAN misteri memang sukar dilupakan malah mungkin dialami oleh kebanyakan orang dan adakalanya hampir sama dengan individu yang lain. Inilah yang dikatakan permainan makhluk halus yang cuba untuk memperdayakan manusia yang tidak berwaspada dengan tindak-tanduknya boleh merubah keadaan yang tidak wujud menjadi sesuatu yang sebaliknya.
Berdasarkan kepada hakikat tersebut, mungkin anda pernah mendengar kisah misteri 'Restoran Tujuh Relung' di Pendang, Kedah sebagaimana yang pernah terjadi sewaktu ketika dulu. Walaupun restoran berkenaan memang tidak wujud di kawasan tersebut yang hanya sebatang pohon kekabu dan hanya diketahui oleh penduduk di kawasan itu semata-mata, namun penduduk-penduduk dari daerah lain pasti terkena kerana diperdaya makhluk halus terutamanya hantu pari itu.
Kisah misteri berkenaan bukanlah suatu cerita dongeng kerana ia boleh berlaku di mana-mana dan kepada siapa sahaja yang lalai. Terbaru pula berlaku di Kelantan yang dianggap menyamai peristiwa di Pendang itu apabila Wartawan RELATIF, Azmi Mohd. Salleh berkesempatan menemui Haji Dollah Othman, 65, atau lebih dikenali Pak Lah Nasi Kerabu dari Kampung Baruh, Seberang Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, Kelantan menjelaskan segala-galanya tentang misteri kemunculan 'restoran sate' di kawasan tersebut.
Katanya, sewaktu ketika dahulu iaitu semasa projek pembinaan Lebuh raya Pasir Mas-Salor sekitar tahun 1990, orang ramai yang menggunakan laluan terbabit sering dibayangi rasa takut apatah lagi terpaksa melalui kawasan sawah padi yang agak lengang serta sebuah tanah perkuburan yang didakwanya agak 'keras' dikenali Kubur Ujit di Kampung Kubang Palas itu. Apabila projek lebuh raya itu siap sepenuhnya pada tahun 1999, banyak kejadian aneh dan misteri telah berlaku berhampiran tanah perkuburan tersebut. Namun, kebanyakan pemandu tetap menggunakan laluan itu memandangkan lebuh raya berkenaan merupakan jalan pintas yang paling dekat di antara dua daerah tersebut.
Menurutnya lagi, pernah terjadi kereta berlanggar turut terbakar teruk berhampiran kawasan tanah perkuburan itu. Kemudiannya, berlaku pula kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan Perodua Kancil, Proton Waja dan Pajero. Kejadian nahas tersebut terjadi hampir Maghrib di mana Perodua Kancil yang dipandu di belakang Proton Waja dari arah Kota Bharu tiba-tiba bertembung dengan sebuah Pajero yang datang dari arah Pasir Mas. Puncanya ialah kerana mengelak dari terlanggar susuk lembaga yang tidak dikenali yang tiba-tiba muncul dari arah tanah perkuburan itu dan melintasi jalan raya di kawasan terbabit. Walaupun kejadian itu agak ngeri di mana kereta Perodua Kancil didapati terbalik kerana berlanggar antara satu sama lain dan pemandunya tercampak keluar dari kenderaan, tidak ada kejadian maut dilaporkan.
Tetapi menurut Pak Lah kejadian tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja. Kejadian terbaru 'Misteri Restoran Sate' yang berlaku pada bulan Jun 2005 telah sedia maklum bagi penduduk-penduduk di kawasan sekitarnya apatah lagi bagi orang ramai yang melalui lebuh raya itu terpaksa menggunakan laluan umum kenderaan terutamanya dari Pasir Mas ke Kota Bharu di kawasan tanah perkuburan itu juga.
Tambah Pak Lah, pengalaman misteri yang dialami oleh salah seorang pemuda dari Pasir Mas yang turut menghebahkan cerita ini masih lagi diingatinya kerana beliau adalah orang yang keempat sebagai mangsanya. Menurutnya, pemuda tersebut memandu kenderaannya dari arah Pasir Mas bertujuan untuk ke Kota Bharu kerana menyelesaikan urusannya di sana. Ketika kejadian itu menunjukkan jam 2.00 pagi. Akibat desakan perutnya yang terlalu lapar, beliau singgah sebentar untuk menjamu selera kerana menyangkakan sudah pun wujud restoran di kawasan itu, apatah lagi melihatkan ramai orang yang turut menjamah hidangan dan membeli makanan kegemaran masing-masing.
Pemuda tersebut sempat menjamah hidangan sepinggan mi berkuah menurut makanan kegemarannya. Selesai menjamu selera, beliau turut menempah sate enak supaya dibungkus di mana beliau bercadang untuk mengambilnya sewaktu pulang dari Kota Bharu nanti, lantas menghulurkan wang sebanyak RM17-00 kepada juruwang di restoran berkenaan.
Apabila segala urusan pemuda tersebut selesai di Kota Bharu, beliau pun bergegas pulang dan tempat pertama sewaktu pulang ke Pasir Mas ialah untuk singgah di restoran itu bagi mendapatkan sate enak yang telah ditempahnya. Alangkah terkejutnya, apabila beliau mendapati restoran itu tidak lagi wujud di situ. Agak hairan dengan kejadian itu, beliau berjalan mundar-mandir memerhatikan keadaan sekeliling tetapi apa yang dapat diperhatikannya ialah tempat tersebut merupakan sebuah tanah perkuburan. Manakala wang tunai berjumlah RM17-00 yang telah dibayarnya semasa tempahan itu dibuat dapat dilihatnya di atas sebuah batu nisan di tanah perkuburan itu.
Kata Pak Lah menambah, setelah pemuda tersebut sampai di rumah dan merasa agak ganjil dengan apa yang dimakannya, beliau lalu memuntahkan isi perutnya maka keluarlah cacing yang menjijikkan dengan banyaknya.
"Pelayan restoran itu lima gadis semuanya, cantik-cantik pulak tu. Bagi pakcik benda lain tidak, tentulah hantu pari.
"Pakcik percaya, punca kejadian misteri itu akibat projek lebuh raya yang dianggap menceroboh tanah kubur yang ada di situ. Keadaan ini mungkin sebagai penyebab makhluk halus yang mendiami kawasan itu geram kerana ketenangan hidup keluarga terganggu", ujarnya.
Justeru, sebagai manusia yang berakal dan berfikiran waras sepatutnya kita sentiasa berhati-hati dengan sesuatu tempat yang belum pernah diteroka atau dilalui walaupun kawasan yang kita lihat itu agak terbuka. Ini kerana, kita perlu menyedari kelemahan manusia adalah tidak dapat melihat dan membezakan makhluk yang wujud di alam ghaib apatah lagi kawasan yang belum pernah diusik merupakan tempat permainan dan perkampungan makhluk halus yang pasti akan menyakat sesiapa sahaja dan tentunya individu yang lalai akan menjadi mangsanya.

Haji Dollah Othman.
Kubur Ujit - Di sinilah wujudnya Restoran Sate Enak di laluan Lebuh raya Pasir Mas-Salor.
Lebuh raya Pasir Mas-Salor terus digunakan sehingga kini.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
masa sy kcil2 dlu..slalu dgr psl cerita ppuan muka bruk sbb langgar pantang..dia g umh org n bgi salam..klu kte jwb salam dia..dia kn hsp drh kte..klu ada kisah brkaitn dgn ctr ni..minta saudara pengarang ketengahkan..
BalasPadamAdik saya nak buat rumah di kawasan itu rasa rasa ya macam mana ok tak.
BalasPadamOk. Tak perlu takut. Cuma diingatkan, setelah rumah itu siap, sebelum angkut barang masuk dalam rumah, apa yang perlu masuk dulu dalam rumah itu ialah Al-Quran, lidi, asam dan garam dan selepas itu boleh masukkan barang-barang lain. Ini pesanan arwah guru saya dulu.
BalasPadam