PULIH MANGSA SANTAU
KOTA BHARU, KELANTAN: KERANA dengki dan tidak puas hati menyebabkan seorang ahli perniagaan dan hartawan berjaya dari Ketereh, Kelantan telah disihir dan disantau. Mangsa berkenaan yang didapati menderita selama 20 tahun akibat perbuatan individu yang tidak berperikemanusiaan termasuk dari kakitangannya sendiri itu menyebabkan tubuhnya mengalami masalah kesakitan yang terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Beliau hanya menyedari apabila mengetahui keadaan dirinya semakin lemah dek penangan makhluk halus yang telah menghuni dan menumpang dalam tubuhnya hasil kelicikan bomoh sihir yang berjaya menembusi tubuhnya.
Hal ini diakui sendiri oleh seorang Pengamal Rawatan Tradisional dan Ilmu Ghaib, Darus Mootalu, 43, ketika ditemui Wartawan RELATIF di sebuah restoran miliknya di Kedai Mulong dekat sini yang telah berjaya merawat dan memulihkan selepas dapat menangkap makhluk yang dikenali dan menjelma sebagai 'langsuir' yang dikatakan punca segala masalah yang dialami oleh hartawan tersebut.
Menurut Darus Mootalu yang berasal dari Desa Menado Grontalo, Sulawesi, Indonesia itu berkata, sebelum ini hartawan tersebut telah disantau oleh salah seorang bomoh santau dari sebuah negeri di Pantai Timur dengan cara menggunakan beberapa ekor udang yang digoreng. Tujuan udang berkenaan digoreng adalah untuk menyiksa mangsa santau supaya sentiasa berkeadaan tidak selesa, panas dan menggelabah. Dengan cara sedemikian, akan menyebabkan mangsa sentiasa di dalam kegelisahan untuk menjadikan hidupnya tidak tenteram sehinggakan tubuh pesakit yang disihir beberapa tahun itu mengalami perubahan ketara tidak sebagaimana sebelumnya. Namun begitu, masalah yang dihadapi oleh mangsa berkenaan akhirnya dapat dipulihkan hasil rawatan yang dilakukan oleh Darus Mootalu.
Walau bagaimanapun katanya, menjadi kebiasaan kepada individu yang masih dengki, jika percubaan pertama gagal, akan dicuba buat kali kedua supaya mangsa yang sama menderita berpanjangan. Dengan demikian, santau secara "tuju-tuju" ini akhirnya mengena juga dengan kaedah menggunakan khidmat jin yang lebih tinggi dikenali sebagai makhluk "langsuir".
"Saya terima panggilan daripada pesakit itu. Katanya, tubuhnya masih lagi tidak bermaya. Saya diminta untuk melihatnya dari jarak jauh. Jadi, saya buatlah, memang benar, tubuhnya ada masalah, ada sesuatu dalam tubuhnya", ujar Darus Mootalu ketika diminta menceritakan masalah yang dihadapi oleh hartawan tersebut.
Menurut Darus, setelah menerima panggilan dari mangsa yang sama, beliau bergegas ke tempat yang dimaksudkan dan hasil pemeriksaan sememangnya mangsa di dalam keadaan yang agak kritikal, lalu beliau memberikan rawatan sebagaimana yang sepatutnya. Sememangnya agak licik juga perbuatan bomoh sihir itu apabila mengeksploitasi hawa dari tubuh mangsa supaya makhluk halus yang bakal menghuni dalam tubuh pesakit itu akan menemui kejayaan apabila didapati tubuh mangsa semakin hari semakin lemah yang menjadikan mangsa cukup menderita sekian lama.
Darus Mootalu tidak dapat memberikan rawatan sebaiknya di saat itu, kecuali apabila beliau pulang ke rumah. Di kediamannya beliau akan mendapat memberikan sepenuh perhatian terhadap rawatan yang bakal diberikan kepada mangsa sihir itu. Dengan menggunakan ketinggian ilmunya itu, Darus akhirnya mengetahui punca sebenar mangsa menderita akibat perbuatan sihir yang dilakukan oleh bomoh ilmu hitam yang mempunyai kepentingan sendiri. Namun, beliau tidak mempedulikan bomoh tersebut kerana, dari pengetahuannya bomoh itu kini di dalam ketakutan apabila beliau mengetahui perbuatan tidak bertamadun bomoh sihir itu.
Dalam situasi berkenaan, beliau meminta khodam makhluk itu supaya menyelesaikan masalah itu supaya datang berjumpa dengannya. Dalam saat itu, Darus tidak menunjukkan dirinya lebih hebat tetapi sekadar ingin melihat keadaan makhluk tersebut dalam rupa sebenar, barulah beliau boleh membuat keputusan untuk perhitungan.
Akhirnya, khodam tersebut memberitahu akan datang menemui Darus tepat jam 9.00 malam dan beliau diminta menunggu kehadiran makhluk yang dimaksudkan di dalam perbualan dan perjanjian berkenaan. Memang tepat pada masanya, makhluk itu datang pada malam itu dengan menjelma dalam bentuk seperti seorang wanita di mana rambutnya kelihatan mengerbang seolah-olah ditiup angin untuk menunjukkan rupa bentuknya yang hodoh.
"Khodam makhluk itu minta saya tunggu, jadi saya tunggulah. Tepat jam 9.00 malam makhluk itu datang, tapi tak boleh buat apa-apa", ujar Darus mengingatkan peristiwa beliau berdepan dengan makhluk langsuir pada malam berkenaan.
Dengan kekuatan dan kehebatan ilmunya menjadikan makhluk itu bertukar rupa dari ketinggian dua meter, akhirnya makhluk itu mengecil dengan sendirinya kerana tidak mampu menghadapi ilmu yang dimiliki Darus. Di saat itulah, Darus menelangkupkannya dengan sebiji botol menyebabkan makhluk langsuir itu berteriak minta dilepaskan.
Tambah Darus, kejadian yang berlaku pada bulan Januari 2009 itu dilihat seperti babak dalam sebuah filem seram dan orang ramai yang berkesempatan hadir ternyata dapat menyaksikan peristiwa tersebut.
Justeru, langsuir yang dihantar oleh bomoh sihir itu mengganggu mangsa dan kini telah dapat ditangkap, keadaan mangsa semakin sihat. Namun, tiada siapa yang akan menyangka kerana rambut manusia memang berwarna hitam, tetapi berlainan hati. Kita tidak tahu, apakah episod seterusnya yang bakal diterima mangsa. Mungkinkah kegagalan buat kali kedua ini akan dilakukan buat kali ketiga dengan bomoh ilmu hitam yang lain pula, hanya Allah jua yang maha mengetahui hati budi manusia masing-masing.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan