MISTERI HANTU RAYA
WAKAF BAHARU, KELANTAN: Memang tidak patut makhluk halus yang telah ditangkap atau dipasung sama ada dimasukkan ke dalam bungkusan, botol, buah kelapa muda mahupun ke dalam sebuah bekas seperti rumah kecil yang diletakkan di atas sebuah rakit lalu dihanyutkan ke sungai. Ini kerana, kebanyakan sungai selain digunakan sebagai sumber rezeki seperti memancing dan menangkap ikan, sungai juga menjadi tempat kanak-kanak bermain selain mandi di situ. Walaupun pernah ditegah beberapa kali supaya tidak mandi sungai kerana kemungkinan bahaya sedang menanti, namun bagi kanak-kanak menganggap sungai juga adalah dunia mereka apatah lagi jika jarak antara tebing sungai dengan rumah kediaman terletak berhampiran menyebabkan larangan tidak diendahkan oleh mereka.
Kebimbangan yang diluahkan itu ada benarnya kerana sudah menjadi kelaziman segelintir perawat tradisional (bomoh) yang telah berjaya menangkap makhluk halus yang mengganggu pesakit (mangsa) terpaksa menggunakan kemudahan sungai untuk mengekang segala kekuatan makhluk itu dengan membuang dan menghanyutkannya ke sungai terbabit. Walaupun dianggap sebagai jalan mudah kerana berjaya menyelesaikan sesuatu yang rumit melibatkan makhluk halus tersebut, namun bagi sesetengah pihak amat tidak menyenangi tindakan sedemikian kerana natijahnya akan dialami oleh individu yang menggunakan kemudahan sungai berkenaan.
Ketika ditemui Penulis, seorang warga emas, Wan Mohd. Soghir Wan Hassan, 60, dari Kampung Pasir Pekan dekat sini melahirkan dukacita dengan perkembangan tersebut. Beliau yang begitu kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menggunakan kemudahan sungai khusus di kampungnya itu untuk menghanyutkan makhluk halus yang telah 'dipasung'. Perkara yang paling dibimbangi oleh beliau apabila bekas-bekas yang mengandungi makhluk halus yang telah dipasung itu akan dibuka oleh kanak-kanak yang menemuinya kerana tidak mengetahui tentangnya. Pengalaman anaknya sendiri terhadap peristiwa berkenaan adalah contoh jelas, makhluk halus yang telah dipasung itu tidak wajar dihanyutkan ke sungai yang sering digunakan oleh kebanyakan penduduk setempat.
Menurutnya, makhluk halus yang telah ditangkap dan dipasung kemudiannya dihanyutkan dari hulu sungai dikenali 'perhanyut balai' sering dilakukan oleh bomoh terbabit sebagai jalan mudah dan apabila barangan itu tersadai di tebing sungai berkenaan selama beberapa hari, kanak-kanaklah yang menjadi mangsa. Beliau bimbang kaedah mudah itu menyebabkan beberapa orang kanak-kanak dari kampungnya mudah terdedah dan mendapat sakit berikutan makhluk yang terlepas nanti akan masuk ke dalam tubuh mangsa, kemudiannya mangsa akan membawanya ke rumah, secara tidak langsung kampungnya akan mendapat gangguan.
"Kebanyakan makhluk halus yang dapat ditangkap dan dipasung akan dimasukkan ke dalam bungkusan, botol dan kadang-kadang dibuat seperti bentuk rumah. Apabila ditemui kanak-kanak, mereka akan menanggalkan penutup bekas pasung itu. Akhirnya mangsa yang terkena, menerima nasib diganggu serta mendapat sakit yang agak pelik", ujar Wan Mohd. Soghir.
Katanya, kejadian sedemikian bukanlah cerita dongeng walaupun masyarakat hari ini tidak lagi mempercayai kewujudan makhluk halus boleh mengancam manusia. Namun, kejadian yang dialami oleh beberapa orang kanak-kanak di Kampung Pasir Pekan, Wakaf Baharu dekat sini adalah kejadian benar dan memang berlaku saban tahun.
Kejadian terbaru menurutnya pernah dialami sendiri oleh salah seorang anaknya pada bulan April 2010 yang sememangnya mencemaskannya. Anaknya yang sedang bermain-main di tebing sungai berkenaan tiba-tiba terlihat suatu bekas yang tidak diketahui kandungannya. Bekas itu mungkin sudah beberapa hari tersadai di rumpunan pohon yang tumbuh di tebing sungai terbabit memang tidak disedari beberapa penduduk yang pernah menggunakan sungai berkenaan sebagai sumber rezeki.
Melihatkan bekas yang diukir agak cantik yang ditemui tergawang-gawang dipalu ombak sungai amat menarik perhatian anaknya dan ingin mengetahui isi kandungannya, lalu menanggalkan penutup bekas tersebut. Apabila bekas penutup itu terbuka, menyebabkan makhluk halus yang sekian lama terkurung akhirnya dapat membebaskan diri dan natijahnya dialami oleh anaknya itu.
Anaknya tiba-tiba diserang sakit yang agak pelik dari hujung kaki, betis sehingga ke bahagian kepala yang berpanjangan, beliau cuba membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran termasuk ayat Qursi, namun dirasakannya tidak berkesan lantas anaknya dibawa bertemu perawat tradisional sebagai rawatan alternatif. Memang benar, mangsa telah diganggu makhluk halus yang pernah dikurung dalam bekas yang ditemui dan dibuka oleh anaknya di tebing sungai tersebut tempoh hari.
Malahan menurutnya, pada bulan yang sama, beliau terlihat dua orang perempuan yang mencampakkan suatu bekas yang agak pelik ke sungai di kampungnya itu. Apabila beliau cuba mendapatkan penjelasan tentang bekas tersebut, salah seorang perempuan terbabit memberitahu bahawa ada seorang bomoh memintanya mencampakkan bekas tersebut ke sungai. Beliau agak kecewa dengan perkembangan itu kerana selain tebing sungai berkenaan menjadi tempat kanak-kanak bermain dan mandi, namun sungai itu juga menjadi mangsa individu mencampakkan sesuatu bekas yang agak meragukan dan apabila ditanya adalah bekas makhluk halus yang ditangkap lalu dimasukkan ke dalamnya. Keadaan ini bukan sahaja boleh mengotorkan air sungai namun natijahnya dialami mangsa yang menggunakan kemudahan sungai tersebut.
"Kejadian melihat sebuah bekas hanyut terapung-apung ditiup angin di sungai tersebut turut dialami oleh salah seorang pemancing pada tiga malam lalu bernama Saidi. Sementara sedang menunggu pancingnya disentap ikan, dengan tiba-tiba sebuah bekas dalam satu bungkusan yang entah dari mana datang tiba-tiba terlekat di jorannya.
"Bekas yang dilihatnya diukit seperti 'balai' iaitu sebuah rumah kecil atau dikenali rumah rakit di mana bahan-bahan di dalamnya meliputi telur, pulut dan sebagainya dan setahunya bekas tersebut telah dipuja sebelum dilepaskan dan dihanyutkan ke sungai", jelasnya.
Kata Wan Mohd. Soghir seterusnya, kebanyakan bekas-bekas yang dihuni makhluk halus yang telah ditangkap dan dilepaskan di sungai itu sering dilakukan oleh kebanyakan bomoh setiap kali berlakunya banjir. Dia bukan tidak percaya dengan situasi itu kerana dalam Al-Quran sendiri menjelaskan hal berkenaan. Cuma dalam hal ini menurutnya, bagi golongan yang mudah terpedaya dan lemah semangat akan mudah menjadi mangsa gangguan yang berpunca perkara-perkara terbabit.
Tambahnya, kejadian terkena sampuk malah diganggu makhluk halus yang berpunca dari buangan ke sungai telah banyak kali berlaku. Walaupun purata kejadian di luar pengetahuannya, namun anaknya sendiri pernah mengalaminya dua kali dalam seminggu. Jika dinisbah kepada mangsa-mangsa lain tetapi tidak dimaklumkan dirasakannya agak sering berlaku. Beliau pernah melarang anak-anaknya mandi di sungai itu kerana akan mendatangkan masalah jika benda-benda hanyut itu ditemui yang kemudiannya dibuka kerana sifat ingin tahu kanak-kanak mendorong kejadian yang tidak diingini pasti berlaku tanpa disedari.
Apatah lagi menurut Wan Soghir, kebanyakan kanak-kanak di kampung itu suka mandi di sungai kerana rumah mereka terletak berdekatan dengan sungai yang dimaksudkan. Walaupun kebanyakan ibu bapa sepertinya pernah melarang tabiat anak-anak yang gemar mandi sungai terutama waktu Maghrib, namun segala larangan dan tegahan tidak diendahkan. Katanya, kita tidak pasti jika munculnya jelmaan makhluk halus di sungai berkenaan ketika kanak-kanak sedang mandi kerana syaitan dan jin memang menggemari air dan golongan berkenaan akan menjelma sama ada di tengah-tengah aliran air mahupun di tebing sungai, kerana makhluk berkenaan tidak akan dapat dilihat dalam keadaan cahaya berkenaan.
Wan Mohd. Soghir pernah mengusik anak-anaknya dan kanak-kanak lain yang suka mandi sungai menjelang Maghrib, apabila diusik mereka akan mendengar katanya tetapi menjadi kelaziman kanak-kanak akan mengulanginya lagi. Namun, setiap kali anak-anaknya selesai mandi beliau diberitahu anak-anaknya sering berasa lenguh dan sakit yang agak luar biasa terutamanya di bahagian sara, lutut dan betis.
Apabila ditanya, apakah jenis makhluk halus yang sering muncul di tebing sungai berkenaan. Beliau menjelaskan, setahunya hantu raya kerap menjadikan tempat berkenaan sebagai kawasan permainan makhluk terbabit. Katanya, jika kanak-kanak tidak mempedulikan sesuatu bungkusan yang dianggap pelik, tentunya hal berkenaan tidak akan terjadi. Tetapi apabila dibuka akan menyebabkan makhluk berkenaan yang pernah dipasung dalam bekas berkenaan tentunya akan menuntut bela terhadap manusia, maka mangsa yang lemah semangat akan menderita kerananya.
"Setakat ini jelmaan hantu raya diikuti hantu pari yang menjelma pelbagai rupa pernah mengancam beberapa penduduk kampung ini sebelum pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra pada tahun 1964 yang terletak di tempat berhampiran.
"Mangsa yang pernah terserempak pastinya dalam ketakutan apatah lagi makhluk berkenaan sering mengusik pada masa-masa tertentu terutamanya apabila tibanya malam hari. Pada masa itu, kejadian sedemikian kerap berlaku berikutan kepercayaan masyarakat setempat terhadap makhluk halus agak menebal, apatah lagi sikap segelintir bomoh yang mengambil jalan mudah dengan melepaskan segala buangan makhluk berkenaan di sungai-sungai terbabit.
"Keadaan ini semakin rumit apabila wujudnya perjanjian bomoh-bomoh terbabit pada masa itu dengan makhluk yang telah ditangkap. Lazimnya hal seumpama ini memang terikat dengan perjanjian dan pemujaan yang tidak masuk akal, dengan kata lain masalah khurafat dan kepercayaan karut begitu ketara pada masa itu". jelasnya.
Sambungnya, setakat ini makhluk halus yang dikenali hantu raya dan hantu pari tidak lagi mengancam kanak-kanak mahupun penduduk kampung berkenaan. Ini katanya, salah seorang bomoh handal di kampung berhampiran pernah mencabar makhluk halus itu bahawa, jikalau makhluk berkenaan ingin menetap di situ dia membenarkannya tetapi tidak boleh mengganggu kalangan penduduk yang tinggal di Kampung Pasir Pekan itu. Jika engakr arahannya, hantu raya dan hantu pari terbabit akan ditangkap dan dipasung buat selama-lamanya.
Tambah Wan Mohd. Soghir, jika makhluk halus yang terlepas dari bekas yang dipasung bomoh, katalah makhluk yang ditangkap itu dari tubuh orang Siam, apabila makhluk berkenaan terlepas dan masuk ke dalam tubuh kanak-kanak yang membebaskannya, secara automatik mangsa akan dapat bertutur dalam bahasa Siam dan begitulah sebaliknya. Jadi, untuk menghalang gangguan tersebut, kebanyakan bomoh akan menggunakan lada sulah, limau dan sebagainya. Kadang-kadang keadaan mangsa seperti tidak sedarkan diri seperti kelihatan mata putih terbeliak. Jadi, bomoh akan berdebat dengan makhluk halus yang masuk ke dalam tubuh mangsa adakah sanggup keluar dan pulang ke tempat asal, jika makhluk berkenaan enggan berbuat demikian bomoh terbabit akan menangkapnya kembali. Justeru, daripada perdebatan itu, makhluk berkenaan tidak berhasrat untuk mengusik mahupun mengancam manusia tetapi ekoran mangsa mengganggunya menyebabkan mangsa terpaksa menerima masalahnya.
Menurutnya, suatu kejadian yang tidak dapat dilupakan berlaku pada tahun 2009 sewaktu beliau menyiapkan sebuah rakit raja. Pada masa dulu, rakit berkenaan didaratkan dekat sebuah Hotel Pelangi Mall di Kota Bharu kemudiannya dpindahkan ke Pasir Pekan. Melihatkan sebuah rakit itu, kanak-kanak gemar bermain sungai sambil bersuka ria. Salah seorang mangsa yang juga adik salagh seorang Ketua Kampungnya itu apabila mangsa sedang tidur di atas rakit terbabit pada jam 12.30 malam, di mana rakit yang dinaiki mangsa digoncang berulang kali menyebabkan mangsa terpaksa terjun ke dalam sungai disebabkan goncangan tersebut terlalu ganas. Selepas itu, mangsa naik ke atas rakit itu kembali, lalu mangsa berkata "apa hal kau usik aku, aku berasal dari sini". Selepas mangsa berkata begitu, gangguan tersebut hilang serta merta. Malahan terdapat juga beberapa orang pemancing di mana pancing mereka dicampakkan ke dalam sungai seolah-olah tidak mengizinkan pemancing berada di situ pada malam hari memang sering berlaku tetapi didiamkan saja kerana menganggap hal berkenaan adalah perkara biasa.
"Pernah saya lihat seorang lelaki sedang berjalan kaki seorang diri di hujung Jambatan Sultan Yahya Petra itu di mana lelaki tersebut ghaib serta merta. Selain itu, terdapat juga lembaga yang kelihatan kepalanya sahaja timbul di permukaan sungai beberapa kali dan kejadian ini memang disedari oleh beberapa orang penduduk di kampung ini", ujarnya.
Sementara itu, antara hal yang turut dibimbangi oleh Wan Mohd. Soghir ialah kejadian buaya timbul di permukaan sungai. Katanya, pernah terjadi penduduk-penduduk di kampung berkenaan gempar dengan kejadian buaya timbul di permukaan air semasa banjir pada bulan Disember 2009, tanpa disangka-sangka beliau melihat ada lembaga sedang berlari di tepi sungai terbabit, tetapi kelihatannya agak tidak begitu jelas sama ada memang hantu raya atau jelmaan buaya yang timbul di gigi air sungai itu.
Manakala semasa kejadian banjir pada tahun 2008 pula, beliau menambat kuda di tepi sungai berkenaan. Kuda yang ditambatnya di situ tiba-tiba meraung dan meronta-ronta seolah-olah enggan ditambat di situ. Pada hematnya, kemungkinan jelmaan buaya sebesar sehelai daun pisang sering muncul di tebing sungai itu menyebabkan kuda yang ditambatnya meraung kerana kuda memang takutkan buaya berikutan kuda dapat menghidu bau buaya dari jarak yang jauh walaupun buaya itu pernah berendam di dalam air.
"Pernah seekor buaya tembaga ditangkap di kawasan Istana Kota Lama. Pada masa dulu kawasan tersebut adalah kawasan ternakan buaya, jika dilihat memang seperti lubuk buaya, keadaannya berteluk.
"Mungkin ada lagi buaya yang terlepas dan bebas berenang di sungai ini, kita pun tak pasti tetapi kemunculannya di permukaan air sering berlaku", ujarnya.
Sebagai akhir bicara, beliau menganggap bukan sahaja gangguan makhluk halus di sungai itu yang berlaku sejak dulu, kejadian orang mati dan hanyut di sebatang sungai berhampiran rumahnya itu pernah ditemui sudah menjadi kebiasaan penduduk-penduduk di Kampung Pasir Pekan itu. Disebabkan kejadian itulah, segelintir penduduk kampung berkenaan menjadi takut dan sering dihimpit kebimbangan tentang kejadian yang dikatakan boleh mengganggu ketenteraman penduduk terbabit.

Wan Mohd. Soghir Wan Hassan ketika ditemubual Penulis di tempat kejadian.
Di tepi sungai inilah makhluk halus yang dipasung dan dihanyutkan ke sungai, tersadai beberapa hari lalu dibuka oleh kanak-kanak yang menemuinya.
Jelmaan hantu raya sering muncul di tebing sungai ini.
Istana Kota Lama, di sinilah seekor buaya tembaga ditangkap di kawasan teluk itu.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan