MISTERI WANITA KEBAYA PUTIH
WAKAF BAHARU, KELANTAN: SEJAK kebelakangan ini, jelmaan makhluk halus yang menyerupai manusia seperti seorang wanita sering kali kita dengar. Akibat jelmaan itu bukan sahaja ditakuti segelintir individu manusia yang pernah melihatnya apatah lagi jika jelmaan itu menyebabkan berlakunya nahas jalan raya di kawasan terlibat. Dalam hal ini, sebagaimana misteri jelmaan wanita kebaya merah di Lebuh raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Hal yang sama juga turut berlaku di Kampung Bukit, Wakaf Baharu, Kelantan. Kejadian yang berlaku tahun lalu itu menjadikan beberapa penduduk di kampung terbabit seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku, namun itulah hakikatnya.
Berdasarkan pengalaman Shahman, 23, dari Kampung Bukit, Wakaf Baharu dekat sini ketika menceritakan pengalamannya kepada Penulis bahawa, pada tahun 2008 ketika beliau pulang kerja, matanya terlihat sesusuk tubuh lembaga kelihatannya seperti manusia sedang berdiri di atas tempat saluran air di tengah-tengah sawah padi kira-kira pukul 2.00 pagi. Kelihatannya lembaga tersebut adalah wanita berkebaya putih seperti sedang memerhatikan ke arahnya. Namun, kerana tidak begitu jelas disebabkan pandangannya agak jauh dan kabur dengan suluhan cahaya lampu kenderaan yang dipandunya, dia tidak menghiraukan lembaga tersebut kerana hasrat utamanya supaya selamat sampai di rumah. Kejadian seumpama itu dialaminya bukan setakat itu sahaja kerana di tempat yang sama beliau terlihat makhluk itu buat kali kedua.
Tambahnya, selepas kejadian beliau melihat wanita kebaya putih buat kali pertama, namun kali kedua pula dia melihat di tempat yang sama apabila lembaga terbabit sedang berdiri di atas tempat saluran air di tengah-tengah sawah padi itu juga pada pukul 2.00 pagi. Namun bezanya kali ini, wanita kebaya putih itu dilihatnya sedang berjalan sambil membongkok. Dari dakwaan beberapa orang warga emas, kanak-kanak dan remaja tentang lembaga tersebut memang benar apatah lagi turut dialaminya sendiri.
"Ada lagi satu kejadian berlaku pada pukul 1.00 pagi apabila salah seorang remaja dari kampung ini yang terlihat sesusuk lembaga wanita di tengah-tengah sawah. Akibat terkejut dengan jelmaan lembaga itu menyebabkan motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu terbalik di situ juga.
"Remaja tersebut terpaksa melarikan diri kerana beliau dikejar oleh lembaga itu dari belakang", ujar Shahman mengingatkan pengalaman seorang remaja dari kampungnya itu yang dikejar lembaga itu ketika pulang lewat pagi.
Katanya, setahunya kemunculan dan jelmaan wanita kebaya putih itu apabila tibanya larut malam sehingga pagi. Ini bermakna, apabila menjelang jam 12.00 malam hingga 3.00 pagi, akan bermulalah episod seolah-olah lembaga yang dimaksudkan keluar dari tempat kediamannya. Jadi, pengalaman beberapa remaja yang sering pulang lewat pagi melewati kawasan sawah padi itu pasti akan berasa seram dan seperti dihantui ketakutan oleh makhluk berkenaan. Namun, jelmaan itu tidak pernah muncul ketika waktu Maghrib mahupun jam 8.00 malam.
Apabila ditanya, adakah rumah yang didiaminya sekarang turut diganggu oleh lembaga wanita kebaya putih itu, beliau menafikannya. Sememangnya menurut Shahman, beliau sebenarnya sedih dengan tuduhan segelintir penduduk dalam kampungnya yang mendakwa rumah yang didudukinya kini juga dihuni dan diganggu makhluk berkenaan kerana dikatakan sering mundar-mandir di sebatang jalan yang menghubungkan di antara Kampung Bukit, Kampung Delima dan Bunut Susu di Pasir Mas itu.
Walaupun beliau sedia maklum, rumah yang didiaminya kini pada masa dulu memang sebuah kawasan berpaya malahan pernah didakwa, ada beberapa bomoh pernah membuang saka di kawasan terlibat selain terdapatnya sebuah kubur lama yang didakwa menyebabkan pelbagai jelmaan dan gangguan dari wanita kebaya putih dan kadang-kadang berbaju kurung merah itu. Namun, kejadian itu berlaku di tengah-tengah sawah pada dan amat mustahil wanita yang hakikatnya makhluk halus itu menjelma di perkarangan rumahnya.
"Setakat ini, saya tak pernah nampak jelmaan wanita kebaya putih berlegar di perkarangan rumah ini. Itu sekadar andaian penduduk kampung ini sahaja", tegasnya.
Sementara itu, menurut abangnya yang hanya ingin dikenali sebagai Ijak, 28, tidak kurang dengan ceritanya yang menarik. Katanya, semasa beliau singgah di kedai makan Zaki di kampungnya itu, salah seorang penduduk dari Kampung Tok Malik yang dikenali sebagai Pak Mud memberitahunya, pada pukul 2.00 pagi dari arah Kampung Bukit ke Kampung Delima di Wakaf Baharu beliau diberitahu bahawa Pak Mud telah terserempak dengan seorang wanita aneh berambut panjang setinggi dua meter sedang melalui jalan berhampiran sawah padi dengan berjalan kaki. Melihat bentuk fizikal wanita berkenaan dari belakang yang menurutnya amat cantik berbaju kurung warna merah, beliau memberhentikan motosikalnya seraya bertanya wanita aneh itu. Jadi, tanpa usul periksa status wanita tersebut, Pak Mud mempersilakannya menumpang motosikalnya. Tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, wanita aneh itu pun membonceng di bahagian belakang motosikalnya.
Sewaktu dalam perjalanan sambil memboncengkan wanita berkebaya merah itu, beliau bertanya tentang tujuannya berjalan seorang diri pada pagi-pagi buta itu apatah lagi tidak ditemani sesiapa. Pertanyaan Pak Mud itu tidak dijawab oleh wanita aneh yang menumpang motosikalnya. Tanpa perasaan curiga, beliau meneruskan perjalanan sehingga diarahkan oleh wanita terbabit supaya memberhentikan motosikalnya dengan segera. Di waktu beliau memberhentikan motosikalnya itu, Pak Mud sempat berpaling ke belakang lalu terlihat olehnya kepala wanita aneh itu hanya separuh sahaja.
Melihatkan keadaan bentuk fizikal wanita aneh tersebut, Pak Mud kemudiannya menghidupkan enjin motosikalnya sambil menunggangnya perlahan-lahan seraya berpaling ke belakang dan didapatinya wanita aneh itu ghaib serta merta di tempat itu.
Jadi, fahamlah oleh Pak Mud bahawa wanita aneh yang sering berjalan seorang diri setiap kali menjelang larut malam sehingga pagi malah telah menumpang motosikalnya itu adalah jelmaan makhluk halus yang ingin memberitahu penduduk kampung itu bahawa tempat saluran air di tengah-tengah sawah padi itu adalah tempat tinggalnya sejak beberapa dekad yang lalu dan jelmaannya hanya sekadar meminta ataupun memberikan peringatan terhadap manusia supaya sentiasa berhati-hati semata-mata.

Shahman ketika menceritakan pengalamannya kepada Penulis.
Di sinilah lembaga wanita kebaya putih menjelma.
Seorang penunggang motosikal terbabas di laluan ini tatkala terlihat susuk wanita kebaya putih di tengah sawah.
Ijak ketika diwawancara Wartawan RELATIF di kediamannya.
Seorang penunggang motosikal terbabas di laluan ini tatkala terlihat susuk wanita kebaya putih di tengah sawah.
Lembaga perempuan itu sering mundar-mandir di laluan ini (bersebelahan rumah Ijak).
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan