MISTERI KAMPUNG BUNIAN
PALEKBANG, KELANTAN: WUJUDNYA kejadian misteri di sesuatu kawasan terpencil misalnya mempunyai sebab-sebab tertentu apatah lagi kawasan yang dimaksudkan itu masih dalam keadaan hutan yang belum pernah dinodai oleh sebarang aktiviti penerokaan. Namun, apabila tempat dan kawasan berkenaan mula dibongkar dan digeledah, seolah-olah mencacatkan kawasan itu. Sedangkan kita tidak menyedari kawasan terbabit telah dihuni oleh makhluk halus sejak sekian lama. Makhluk berkenaan sengaja memilih sebuah penempatan dan perkampungan yang bebas dari bunyi bising dan sebarang gangguan untuk menghindarkan kaum mereka dari sebarang masalah, namun manusialah punca segala masalah itu menyebabkan golongan berkenaan terancam.
Begitu halnya apa yang berlaku di Kampung Chat, Palekbang, Kelantan apabila kawasan yang masih dipenuhi semak-samun dan hutan tebal pada masa dulu akhirnya dalam keadaan telanjang setelah dibersihkan oleh manusia. Akibatnya, makhluk yang mengasingkan kaum mereka terganggu disebabkan sikap manusia yang sengaja mencari masalah. Akhirnya, mangsa tertentu yang terpaksa menerima natijahnya apabila makhluk yang mendiami di kawasan itu mula membalas dendam.
Walaupun kejadian misteri dan gangguan berlaku hanya di masa-masa tertentu, namun percayalah peristiwa sedemikian tentunya menjadi bualan umum dan kemungkinan terdapat individu akan mengalami fobia untuk melalui kawasan itu sebagai jalan alternatif sedangkan laluan berkenaan merupakan jalan singkat untuk ke kampung bersebelahan.
Seorang pelajar Tingkatan Dua, Mohd. Hanif bin Mat Nasir, 14 atau dikenali Hanif, dari Kampung Chat, Palekbang, Tumpat, Kelantan yang merupakan penuntut Sekolah Arab Maahad Muhammadi, Tumpat, yang menunjukkan tempat kejadian kepada Wartawan RELATIF berkata, kejadian misteri berkenaan sering berlaku sebelum malah katanya kejadian yang sama setakat ini pernah berlaku sebanyak empat kali termasuklah pengalaman salah seorang ustaz di tempat yang sama.
"Kejadian jelmaan ini pernah dialami seorang ustaz pada tahun 2000. Beliau ketika itu baru pulang dari Kampung Berlian selepas menghadiri majlis kesyukuran.
"Ketika melalui tempat ini pada pukul 9.00 malam itu, beliau melihat beberapa buah bangunan dan sebuah surau. Dalam surau itu, dilihatnya ada beberapa orang jemaah sedang menunaikan solat", katanya ketika menceritakan kepada Penulis di tempat kejadian.
Katanya, Kampung Chat dan Kampung Berlian adalah kampung berjiran yang terletak di daerah Palekbang, Kelantan. Kebanyakan penduduk dari kedua-dua kampung terbabit perlu menggunakan laluan yang dimaksudkan sebagai jalan pintas untuk cepat sampai ke destinasi yang dituju.
"Memang ustaz tersebut nampak jelas beberapa orang sedang lalu lalang termasuk beberapa buah bangunan, tampaknya seperti sebuah penempatan atau perkampungan. Sekali lihat seperti manusia, namun saya percaya ia bukan manusia, tetapi bunian", ujarnya yang mengetahui cerita itu dari beberapa orang Petugas SRS pada suatu malam.
Tambah Hanif lagi, ketika ustaz tersebut mengalami peristiwa dapat melihat makhluk halus di laluan terbabit dirasakan seolah-olah beliau bermimpi dan pada masa yang sama beliau tidak sedarkan diri. Setelah sedar dari kejadian itu, beliau tiba-tiba berada di sebatang jalan utama di hadapan pintu kawalan air (gate air) di Kampung Kok Keli, Tumpat berjarak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. Peristiwa seumpama itu dapat beliau gambarkan sebagai mangsa telah dipindahkan secara ghaib dan syukurlah mangsa diletakkan di tepi jalan utama sebaliknya tidak dicampakkan ke tempat lain yang boleh mendatangkan masalah.
"Saya percaya, pada masa dulu kawasan ini selain hutan tebal merupakan tempat tinggal makhluk halus. Setelah manusia memceroboh penempatan mereka menyebabkan timbulnya pelbagai gangguan dan jelmaan terhadap mangsa", ujarnya yang turut ditemani rakan rapatnya setiap kali pulang dari sekolah.
Katanya lagi, pada masa dulu selain hutan tebal memang ditumbuhi sebatang pokok yang beliau tidak kenali setinggi pohon kelapa dan berukuran sepemeluk atau sebesar kayu balak. Di kawasan berkenaan menurutnya, hanya ditumbuhi oleh pokok itu sahaja yang agak besar, namun pokok berkenaan terpaksa ditebang untuk pembinaan jalan raya berhampiran pada tahun 1990. Dari cerita orang-orang tua yang pernah didengarinya, selepas pokok berkenaan ditebang bermulalah episod kejadian misteri itu yang hanya dialami oleh segelintir mangsa yang terdiri daripada orang-orang dewasa sahaja, sebaliknya kanak-kanak tidak pernah diusik atau diganggu ketika melalui jalan terbabit.
Dalam hal ini katanya, sebagaimana manusia makhluk halus juga ingin menjalani kehidupan bebas tanpa sebarang gangguan dan ancaman. Tetapi jika ada ancaman, tentunya makhluk berkenaan tidak akan berdiam diri sama ada menjelmakan diri mereka mahupun memindahkan mangsa ke tempat lain tanpa disedari.

Mohd. Hanif Mat Nasir atau Hanif.
Mohd. Hanif Mat Nasir ketika diwawancara Wartawan RELATIF di tempat kejadian.
Mohd. Hanif menunjukkan arah beberapa bangunan dan surau jelmaan bunian.
Anak panah: Dulu di sini sebatang pokok yang sering ditakuti, kini telah ditebang.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
AZMI MOHD. SALLEH
Assalamualaikum.
BalasPadamPara Bunian dijadikan dari cahaya, sama seperti Malaikat bezanya Malaikat tiada jantina, tidak makan, minum mahupun tidur. Bunian juga tidak bernafsu dan tidak memakan daging kerana kepada mereka, memakan daging adalah satu pembunuhan. Para Bunian dijadikan dalam bentuk manusia untuk memudahkan mereka berdamping dengan manusia. Mereka juga ada golongan Raja dan rakyat biasa, dan Raja-Raja Bunian bersayap.
Mereka bukanlah seperti yang selalu digambarkan; lemah-lembik, suka mandi-manda dan menyanyi, bermain kompang... mereka sebenarnya amat tegas dan serius dalam menjalankan tugas utama mereka: memusnahkan iblis dan jin-jin yang ingkar. Mereka juga tidak sentiasa berpakaian putih. Pakaian putih hanyalah untuk bersolat. Manusia sering diperdaya jin-jin yang menyamar Bunian, berpakaian putih, berserban dan membawa bakul bunga. Ketahuilah bahawa Para Bunian tidak pernah muncul di hadapan manusia dan tidak bergaul dengan manusia. Mereka mendampingi manusia dan membantu secara rahsia.
Silalah layari blog saya Nukilan Bentara Tujuh dan add saya di Facebook untuk mengetahui lebih banyak tentang Kebenaran mengenai Bunian.
Hj Muhammad
bunian sama ja mcm jin
BalasPadambunian sama ja mcm jin
BalasPadamTiada bukti jelas tentang bunian kerana di dalam Al-Quran hanya disebut dan diceritakan tentang iblis, syaitan dan jin saja seperti dalam surah Al-Baqarah dan Al-Jinn. Bahkan dalam hadis sendiri tidak menyebutkan tentang istilah khusus "bunian", hanya yang dinyatakan adalah iblis, syaitan dan jin. Kita berpegang kepada kenyataan jelas (dalil) dalam Al-Quran dan hadis sebagaimana yang dinyatakan oleh ulamak.
BalasPadam