MISTERI LANGSUIR TERBANG
KOTA BHARU, KELANTAN: Kewujudan makhluk halus sebenarnya telah menjadi banyak pengalaman misteri ramai orang yang pernah terserempak atau melihat dengan mata kepala sendiri perihal langsuir yang dikatakan boleh terbang, hilang dan menjelma dalam pelbagai bentuk kemudiannya ghaib begitu sahaja. Salah seorang yang pernah mengalami pengalaman sedemikian, Nik Hishamuddin Jasin, 20, dari Kampung Pauh Panji, Kota Bharu, Kelantan.
Katanya, beliau terserempak dengan langsuir pada bulan April 2006. Ketika itu beliau baru pulang dari menyaksikan persembahan dikir barat jam 12.00 malam. Namun, dia tidak terus pulang ke rumah sebaliknya terus melepak bersama-sama rakannya sehingga jam 3.00 pagi.
Semasa dalam perjalanan pulang di sebatang jalan yang sering dilaluinya berhampiran pohon kelapa di belakang rumahnya, dia terdengar hilaian panjang seperti suara seorang perempuan. Dia yang tidak mengetahui apa-apa tentang suara hilaian tersebut agak hairan tetapi tidak menunjukkan sebarang ketakutan sebaliknya tetap melangkah naik ke atas rumahnya dan bertanya perihal suara tersebut kepada ayahnya, namun ayahnya mengakui belum pernah mendengar suara itu.
Dari apa yang pernah didengarinya daripada beberapa orang penduduk kampung yang pernah mendengar suara itu mengatakan, di kawasan itu suatu ketika dahulu memang terdapat langsuir. Malah, kawasan itu juga dikatakan agak keras dan pernah terjadi perkara-perkara misteri. Ada juga yang mengatakan kawasan itu suatu ketika dahulu menjadi tempat tinggal Puteri Sa'adong dari keturunan Raja Jembal.
Kisah misteri yang berlaku ke atas diri Nik Hishamuddin tidak berakhir di situ sahaja. Pada malam berikutnya, dia sekali lagi disakat oleh langsuir dengan hilaian yang lebih panjang dan mengerikan. Dia cuba menghampiri kawasan di mana suara itu kedengaran bagi melihat sendiri gerangan pemilik suara itu, tetapi sebaik sahaja dia menghampiri kawasan itu, suara itu terus hilang.
Pada malam esoknya, dia mendengar lagi suara misteri tersebut tetapi kali ini suara itu kedengaran sedih sekali. Malahan setiap kali bulan purnama, hilaian dan bayangan langsuir boleh didengari dan dilihat dengan jelas sekali berterbangan di pohon kelapa di belakang rumahnya.
Selain dirinya, abang dan abang iparnya juga turut disakat oleh langsuir tersebut. Turut menyaksikan kehadiran langsuir di kawasan berhampiran pohon kelapa itu ialah rakan-rakannya yang sama-sama melepak dengannya.
Dia juga mendakwa, rumahnya juga telah beberapa kali diganggu oleh sesuatu apabila terdengar ketukan beberapa kali di luar rumah dan apabila ditinjau, tidak kelihatan sesiapa pun. Namun, dia tidak dapat memastikan apakah yang mengganggunya itu adalah langsuir atau makhluk halus yang lain.
Menurut beberapa penduduk kampung itu pada masa dulu di belakang rumahnya itu terdapat beberapa kubur lama yang kini berkeadaan terbiar dan dipenuhi semak-samun di sekelilingnya, dan kerana itulah kawasan di situ dikatakan agak 'keras'.
Berdasarkan kepada pengalaman tersebut, ternyata makhluk halus memang wujud di alam ini. Namun, masih ada yang menafikannya kerana belum pernah mengalaminya sendiri dan hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang mengakui tentang kewujudannya.

Nik Hishamuddin Jasin ketika ditemui Penulis di kediamannya.
Nik Hishamuddin menunjuk arah bunyi suara tangisan seorang perempuan pada pagi itu.
Kubur lama yang terbiar dalam semak-samun, tempat beliau mendengar suara tangisan langsuir pada pagi itu.
Langsuir terbang dan bertenggek di atas pohon kelapa ini.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan