KALIMAH ALLAH DI SEKOLAH
PASIR MAS, KELANTAN: SEJAK kebelakangan ini, Kalimah Lafzul Jallallah atau kalimah Allah boleh dilihat di mana-mana oleh seseorang yang bertuah sama ada pada pokok, buah, binatang, gunung dan sebagainya. Di dalam Al-Quran sendiri, kalimah sedemikian disebut sebanyak 2,696 kali malah dalam surah Fusilat, ayat 53 dengan jelas, Allah ingin memperlihatkan kepada manusia bukti-bukti kebenaran di segenap penjuru alam malah pada diri manusia sendiri tentang kebenaran Al-Quran itu.
"Akan Kami (Allah) perlihatkan secepatnya kepada mereka, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sampai jelas kepada mereka, bahawa Al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup, bahawa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu?" (Surah Fusilat: ayat 53)
Kebenaran berhubung kalimah Allah yang diungkapkan di dalam Al-Quran itu kebanyakannya dicatatkan dari luar negara, tetapi dalam negara sendiri kita kurang memberikan perhatian untuk mengketengahkannya kononnya tidak inginkan sebarang publisiti.
Tetapi tahukah anda bahawa, di Kelantan juga wujud perkara luar biasa berhubung kalimah Allah tersebut kerana pada 17 Mei, 2007, terbentuknya kalimah Allah memang wujud ketika hujan turun di atas jalan tar dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Othman Talib (2), Tendong, Jalan Bunut Susu dekat sini, merupakan perkara yang agak luar biasa yang Allah S.W.T ingin tunjukkan kepada salah seorang pelajar lelaki dalam Tahun 5 itu. Menariknya, kalimah Allah itu terbentuk betul-betul menghadap kiblat di hadapan bangunan Kelas Pra-sekolah di mana di kawasan itu dipenuhi pasir yang padat kerana musim panas panjang.
Beberapa wartawan dari media cetak tempatan dilarang masuk untuk membuat liputan kerana pihak pengurusan sekolah berkenaan tidak ingin mencari publisiti yang akhirnya menyusahkan pihaknya termasuk keselamatan pelajar. Ini juga terdapatnya dakwaan ada sesetengah pihak yang menokok tambah isu itu dari sejengkal menjadi sedepa.
Penulis diberikan kebenaran masuk kerana salah seorang rakan memang mengenali Guru Besar serta Penolong Kanan sekolah itu dan sempat merakam beberapa keping gambar. Isu berkenaan dikatakan telah diketahui umum hingga ke beberapa negeri termasuklah dari Kuala Lumpur. Apatah lagi, Penulis difahamkan ada pihak yang telah menyebarkannya menerusi internet.
Penulis tidak ingin memanjangkan isu ini kerana tidak diberikan kesempatan untuk menemubual Guru Besar berkenaan termasuk pelajar lelaki pertama yang dapat melihat kejadian luar biasa itu. Namun, dari cerita yang dimaklumkan ke telinga Penulis bahawa, kejadian luar biasa itu berlaku jam 3.00 petang pada hari Khamis itu.
Ketika hujan turun renyai-renyai yang kebetulan seorang pelajar lelaki berada di beranda sekolah berkenaan begitu kagum seolah-olah hujan tersebut mencorakkan kalimah Allah pada tar di hadapan bangunan kelas pra-sekolah itu. Salah seorang lelaki yang sedang mengajar pada petang itu agak hairan dengan sikap pelajar berkenaan dan mengarahkannya supaya masuk ke kelas. Tetapi pelajar terbabit seperti enggan mendengar arahan sedemikian kerana masih terpegun dengan terbentuknya kalimah tersebut.
Guru berkenaan yang perasan dengan sikap luar biasa pelajar lelaki itu turut menjenguk melalui beranda sekolah dan terlihatkan olehnya kalimah Allah itu. Isu berkenaan menjadi berita hangat di sekolah tersebut apabila Guru Besar sendiri yang melihat kejadian luar biasa pada petang tersebut.
Semenjak hari itu, orang ramai yang merupakan penduduk tempatan tidak ingin melepaskan peluang menyaksikan dengan mata kepala sendiri. Kebanyakan pengunjung yang datang bukan sahaja pada siang hari, tetapi ada juga yang ingin menikmati suasana berbeza di sebelah malam.
Keadaan inilah yang menjadi penyebab dan masalah besar kepada pihak pengurusan sekolah kerana jika ditegah masuk, isu lain pula yang akan timbul dan begitulah sebaliknya. Walau bagaimanapun, mungkin ada sesuatu yang tidak disedari manusia tentang kejadian luar biasa itu. Dalam jumlah pelajar seramai itu, kenapa pelajar lelaki itu yang diberi peluang melihat paling awal kejadian tersebut berbanding pelajar lain.
Dalam pada itu, walaupun kejadian sedemikian telah lama berlalu, namun Penulis turut menerima makluman dari beberapa pengunjung yang menyatakan, salah seorang Imam dari kampung berhampiran meminta pihak sekolah berkenaan supaya membina pagar yang lebih tinggi sebagai menghormati kalimah berkenaan. Kalimah Allah itu dilaporkan semakin indah walaupun hujan dan angin kerap bertiup di kawasan tersebut.
Justeru, sebagai manusia yang sentiasa berfikir tentang kejadian-Nya memang disifatkan oleh Allah tergolong dari kalangan manusia yang beriman. Tiada Tuhan Yang Disembah dan Lebih Berkuasa Melainkan Allah. Oleh itu, dengan kesempatan dapat melihat kalimah Allah itu untuk menunjukkan kepada kita kejadian alam ini adalah bukti kebenaran yang dicatatkan di dalam Al-Quran sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Jadilah sebagai hamba dan manusia yang menginsafi diri supaya tidak terlanjur dengan kesesatan.

Inilah kalimah Allah yang berlaku pada 17 Mei, 2007 (Khamis) jam 3.00 petang.
Di Tingkat Dua bangunan sekolah inilah seorang pelajar lelaki Tahun 5, terpegun menyaksikan terbentuknya kalimah Allah tersebut.
Sebuah keluarga dari Kuala Lumpur dengan cerita sambil melihat kalimah Allah dengan penuh minat.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan