MISTERI DIUSIK LEMBAGA GHAIB
PASIR MAS, KELANTAN: KAMPUNG Penggu yang terletak di daerah Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan pada masa dulu adalah sebuah hutan belukar. Kampung berkenaan mendapat nama berikutan kawasan hutan berkenaan banyak ditumbuhi pokok penggu yang tumbuh subur selain masih kelihatan sehingga hari ini semak-samun dan hutan belukar mewarnai landskap kampung terbabit.
Lazimnya, apabila sesebuah kawasan itu ditumbuhi hutan tebal, bermakna menjadi tempat tinggal makhluk ghaib yang dikenali 'makhluk halus' kerana makhluk berkenaan memang menggemari kawasan sedemikian apatah lagi dalam keadaan sunyi dan bebas dari gangguan dan pencerobohan manusia sama ada melibatkan pembukaan tanah baru untuk dijadikan penempatan dan perkampungan.
Walaupun bertahun-tahun lamanya kampung berkenaan dibuka dan didiami oleh sejumlah penduduk jati, kejadian gangguan makhluk halus yang dialami oleh beberapa orang penduduk dari kampung berkenaan memang sering berlaku bukan sahaja semenjak penerokaannya, tetapi di zaman moden hari ini pun kejadian disakat lembaga yang dikatakan 'penghuni asal' di hutan tersebut sering berlaku terutamanya kepada penduduk yang tinggal agak jauh ke pedalaman yang terpaksa meredah dan melalui hutan belukar serta semak-samun di kampung terbabit.
Menceritakannya kepada Wartawan RELATIF, Rokiah binti Abdullah, 62, atau Kak Yah yang merupakan warga emas dan penduduk asal kampung terbabit tidak menafikan kejadian gangguan makhluk halus pernah dialami oleh beberapa penduduk kampung berkenaan. Katanya, pengalaman salah seorang penduduk dikenali Aminah berusia 40 tahun telah disakat oleh lembaga yang tidak kelihatan pada mata kasar manusia sebagai bukti jelas kewujudan makhluk ghaib di alam manusia.
Menurut Kak Yah, Aminah sering menggunakan sebuah lorong di mana di sebelah kiri dan kanan laluan itu kini masih lagi dipenuhi hutan belukar dan semak-samun untuk ke tempat kerjanya. Kejadian yang belaku jam 6.00 pagi pada 15 Julai, 2010 itu tidak pernah dialaminya sebelum ini, namun apabila beliau melewati lorong yang agak suram pada pagi itu secara tiba-tiba belakangnya ditepul oleh seseorang dengan agak kasar. Terkejut akibat ditepuk dengan agak kuat apatah lagi pada masa itu tiada sesiapa di situ kecuali dirinya sahaja menyebabkan Aminah berlari sekuat hati sambil menangis teresak-esak. Ketika kejadian, Aminah sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kedai memproses ayan segar yang terletak di tepi laluan utama di Kampung Penggu itu.
Tidak sedar dengan lariannya yang agak luar biasa itu akibat terkejut, Aminah tiba di kedai majikannya dengan cepat. Namun, Aminah berkeadaan sugul dan agak tidak selesa apabila tubuhnya gementar secara tiba-tiba selepas ditepuk oleh lembaga yang tidak kelihatan dengan mata kasarnya. Disebabkan dirinya tidak begitu selesa dan masih fobia dengan kejadian itu, Aminah tidak dapat meneruskan kerja-kerjanya seperti biasa kerana masih terkejut. Sambil menangis Aminah bergegas ke rumah Kak Yah meminta simpatinya.
"Kak Yah cuba sentuh tubuh Aminah, tubuhnya sejuk semacam. Pada mulanya, Kak Yah tak tahu juga bagaimana nak pulihkan Aminah yang tersampuk lembaga itu. Sekadar tepuk dan tiup bolehlah", ujar Kak Yah yang sekadar tukang urut wanita dikenali ramai di Kampung Penggu itu.
Sambungnya, selepas tubuh Aminah ditepuk berulang kali Aminah didapati sihat, boleh bangun dan berjalan seperti biasa. Kerana dirasakannya telah kembali pulih, Aminah kembali ke kedainya untuk meneruskan kembali kerjanya yang tertangguh disebabkan kejadian berkenaan.
Tambah Kak Yah lagi, disebabkan tidak mempunyai alternatif lain kecuali sebuah lorong sahaja yang sering digunakan oleh Aminah sebagai laluan sama ada untuk ke tempat kerja dan pulang ke rumahnya, Aminah dikatakan terkena sakat buat kali kedua juga di tempat yang sama. Tetapi kejadian kali kedua itu tidak memudaratkannya tidak sebagaimana kali pertama sebelumnya. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini sama ada Aminah pasti akan disakat lagi buat beberapa kali berikutnya, Aminah tetap menggunakan lorong tersebut kerana itulah laluan utama untuk ke tempat kerja dan pulang ke rumahnya sebagaimana selalu.
"Kak Yah tidak pasti makhluk halus jenis apa yang muncul di lorong itu. Tetapi setahu Kak Yah, lembaga yang menyakat Aminah itu adalah lelaki", ujarnya.
Jelas Kak Yah, kejadian yang dialami oleh Aminah itu tidak pernah dialami oleh orang lain. Beliau percaya punca sebenar Aminah terkena gangguan tersebut ekoran Aminah seorang yang lemah semangat, justeru makhluk halus yang suka menyakat dan mengusik akan gemar mengganggu manusia yang lemah semangat dan penakut.
Katanya, alam kita ini bukan sahaja didiami manusia dan haiwan, makhluk halus seperti iblis, jin dan syaitan juga wujud kerana Al-Quran dan Hadis menerangkannya dengan jelas, manusia tidak wajar menafikannya. Setiap kali manusia mengerdip mata dan setiap kali manusia bernafas makhluk ghaib itu memang menanti masa akan mencelah jika manusia itu dalam keadaan lalai sebab makhluk halus itu lebih ramai dari manusia. Adalah tidak dinafikan, orang yang terkena gangguan seumpama itu akan mendapat kesannya sepanjang hidup sebagaimana yang dialami oleh Aminah kerana apa dilihatnya didapati Aminah tidaklah seceria dulu.
"Kak Yah lihat sejak peristiwa itu Aminah didapati agak sugul, kurang semangat dan tidak seceria dulu", ujar Kak Yah yang simpati dengan nasib yang menimpa Aminah.
Menurut Kak Yah, Aminah adalah seorang gadis jati dari Kampung Penggu dan selepas beliau berumahtangga, beliau berpindah ke kampung suaminya di Kuala Krai. Selepas memperolehi tujuh orang anak hasil perkahwinannya, beliau didapati bercerai lalu pulang semula ke Kampung Penggu dan tinggal bersama ibunya yang berusia lebih 100 tahun.
Apabila ditanya sebab-sebab jelmaan lembaga ghaib di kampung itu, Kak Yah menjelaskan puncanya ialah banyak makhluk saka telah dibuang di kawasan itu kerana pada masa dulu keadaan hutannya agak tebal. Beliau tidak menafikan dan amat percaya tentang hal tersebut, "sebab kalau tiada angin masakan pohon boleh bergoyang dengan sendiri".
"Kak Yah percaya kemungkinan itu ada. Ini kerana, sebelum kampung ini dibuka berpuluh tahun dulu, penempatan di sini masih dipenuhi hutan dan semak-samun.
"Oleh kerana saka itu perlu dibuang jauh dari manusia, maka tempat inilah menjadi mangsa. Apabila kawasan ini dibuka, tentunya bekas kurungan makhluk itu pecah disebabkan terlalu lama, jadi makhluk itu menganggap manusia telah menceroboh tempatnya. Jadi, orang yang kena sakat itulah mangsanya", ujarnya.
Tambahnya, bukan setakat saka dibuang oleh bomoh di kampung itu suatu ketika dulu, namun pada masa dirinya meningkat remaja beliau dapat tahu salah seorang bomoh mengadakan jamuan yang diletakkan di beberapa tempat dalam hutan di kampung terbabit untuk tujuan memudahkan pembukaan hutan dan dijadikan perkampungan. Upacara ini dilakukan pihak terbabit setahun sekali.
Justeru menurut Kak Yah, jamuan itu sebenarnya sebagai makanan makhluk jin dan syaitan dengan harapan tidak mengganggu manusia dan generasi selepasnya. Sikap manusia pada masa itu yang mempercayai kehebatan makhluk halus dan menebalnya masalah khurafat sedangkan pada masa yang sama mereka beribadat. Berikutan itulah menyebabkan makhluk berkenaan yang masih wujud di situ seperti menagih janji yang tidak ditunaikan oleh manusia yang pernah memberikan makanan kepada mereka menyebabkan mangsanya sebagai galang ganti. Jadi jelas menurutnya, manusia yang bersahabat dengan jin dan syaitan adalah termasuk dalam kalangan jin sebagai saudaranya.

Rokiah binti Abdullah atau Kak Yah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan