MISTERI GURU HISTERIA
PASIR MAS, KELANTAN: APABILA dikatakan histeria, kaitan utama adalah melibatkan sekolah. Malah apabila disebutkan histeria tentunya tidak dapat dipisahkan dengan gangguan makhluk ghaib yang mengganggu kawasan terbabit. Bahkan apabila histeria dikaitkan dengan gangguan makhluk halus, pembinaan premis di kawasan berkenaan dianggap sebagai puncanya. Begitu hal dengan kejadian histeria di Sekolah Kebangsaan Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan pada hari Khamis, 15 Julai 2010 adalah hari kemuncak kejadian tersebut.
Tapak asal sekolah terbabit dikatakan dibina di kawasan perkampungan makhluk halus yang menghuni sejak dulu iaitu sewaktu kawasan itu masih dipenuhi hutan belukar dan pernah dijadikan sebagai kawasan pemujaan selain tempat buangan saka. Berikutan itu, sebuah bilik yang terletak di Tingkat Dua bangunan sekolah itu sebelum ini sentiasa dihiasi kain kuning dan pulut kuning 'ala raja-raja' untuk dijadikan sebagai bilik pameran sekolah telah diarahkan oleh guru besarnya supaya ditanggalkan dan dibersihkan. Akibat tindakan itu telah menjadikan kemarahan makhluk halus yang hakikatnya telah menjadikan bilik tersebut sebagai tempat kediamannya sehingga hari kejadian.
Seorang penduduk berhampiran sekolah terbabit, Sharifah Hanisah binti Syed Hamzah, 46, atau dikenali Kak Pah dari Kampung Banggol Chicha dekat sini ketika memberitahu Wartawan RELATIF, kejadian tersebut hanya dialami oleh seorang guru perempuan sahaja. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, salah seorang guru dikenali Cikgu Ramlah datang ke rumah Kak Pah meminta bantuannya dan sebelum itu guru terbabit bertandang ke rumah Ustaz Halim menyatakan Kak Pah boleh membantu hal berkenaan. Namun, pada awalnya Kak Pah menolaknya kerana beliau bukannya seorang pengamal rawatan tradisional malah Kak Pah tidak begitu arif kaedah untuk menghadapi situasi sebegitu.
Walaupun beberapa kali Kak Pah menolaknya, namun apabila Cikgu Ramlah memegang tangannya sambil merayu agar Kak Pah membantu di saat genting itu, tidak tergamak Kak Pah untuk menolaknya apatah lagi memikirkan anaknya juga sedang menuntut di sekolah tersebut.
Lantas pada pukul 12.00 tengah hari itu secara kebetulan Kak Pah ingin menjemput anaknya yang menuntut di sekolah itu, Kak Pah bersama seorang bomoh dari kampung yang sama dikenali Bomoh Awie bergegas memasuki kawasan sekolah berkenaan. Sewaktu memasuki sekolah terbabit, sesuatu yang mengejutkan Kak Pah apabila didapati semua lampu terpadam dengan sendirinya sedangkan elektrik yang menghubungkan ke kabel plag dan peralatan elektrik yang lain masih berfungsi untuk menunjukkan tenaga elektrik masih mengalir.
Pada hemat Kak Pah, kemungkinan makhluk halus itu agak geram dengan tindakannya membawa masuk seorang bomoh sehinggakan semua lampu dalam kawasan sekolah terpadam, Kak Pah hanya bertawakal kepada Allah semata-mata kerana dia tidak mempunyai sebarang ilmu untuk menghadapi makhluk halus kecuali Bomoh Awie itu. Katanya, dia rela jika menghadapi situasi bahaya apabila berhadapan dengan makhluk itu nanti.
"Hanya Kak Pah, Bomoh Awie dan Pengawal Keselamatan sahaja berada dalam kawasan sekolah, manakala pelajar-pelajar dan guru-guru semuanya sudah pulang.
"Selepas Kak Pah keluar dari tempat keras itu, pengawal keselamatan itu memberitahu dia pula diganggu menyebabkannya tidak menemui pintu keluar kerana kelihatannya hitam gelap", ujar Kak Pah seorang peniaga runcit dan tinggal di hadapan sekolah terbabit.
Katanya, pada jam 2.00 pagi Jumaat keesokannya, Kak Pah melakukan solat Hajat memohon perlindungan Allah dari bahana gangguan makhluk halus tersebut. Terang Kak Pah, ketika beliau masih mengerjakan solat hajat pada pagi itu dengan tiba-tiba beliau terdengar bunyi dua buah kotak di dalam rumahnya seperti disepak sesuatu dengan agak kuat dan kasar seperti melepaskan kemarahan. Pada fikirannya, tidak munasabah kotak-kotak tersebut berbunyi dan melantun dengan sendiri sedangkan sebelum ini tidak pernah terjadi seperti itu.
Terlintas di hati Kak Pah tentunya makhluk halus penyebab histeria di sekolah terbabit berasa geram terhadapnya kerana melihatnya turut sama di kawasan sekolah pada hari berkenaan. Selepas itu, beliau terdengar pula sebuah kereta milik suaminya ditendang dengan agak kuat. Kemudiannya bunyi yang agak pelik tiba-tiba menerosok dalam rumahnya semasa solat hajat masih berlangsung, malah kelihatan di hadapannya makhluk tersebut menunjukkan dirinya berwarna hitam gelap dan selepas itu pagar pintu rumahnya pula ditarik dan ditolak berulang kali sambil anak telinganya mendengar bunyi bising dan suara seseorang sedang bertutur tanpa dapat difahami sepatah pun olehnya.
Selepas solat hajat serta melihatkan keadaan agak genting kerana pada anggapannya beliau kini sebenarnya berhadapan dengan makhluk halus dari sekolah terbabit, dengan geramnya beliau mengambil garam serta lada hitam lalu melemparkan ke arah makhluk tersebut. Selepas beliau menghempaskan bahan-bahan tersebut kepada makhluk halus yang sedang berhadapan dengannya itu, dengan tiba-tiba makhluk tersebut ghaib dan gangguan bunyi hentakan berhenti secara tiba-tiba.
"Pada siang hari Jumaat, Kak Pah agak terkejut mendengar Bomoh Awie tidak sedarkan diri. Selepas beberapa jam kemudian, Kak Pah dapat tahu Bomoh Awie meninggal dunia pada hari tersebut", ujarnya.
Menjelaskan peristiwa itu, sebelum ini tiada kejadian seumpama itu apabila pihak sekolah kerap mengadakan pulut semangat di samping peralatan lain sebagaimana perhiasan raja-raja seperti kain kuning dan sebagainya, makhluk tersebut seperti mengalu-alukannya dan suka dengan keadaan itu. Namun, apabila arahan supaya 'perhiasan olok-olok' dalam bilik terbabit ditanggalkan dan dimusnahkan sebagai punca makhluk berkenaan mengamuk.
Tambah Kak Pah, sekolah tersebut mula dibina sewaktu beliau masih kanak-kanak iaitu pada tahun 1970, di mana kumpulan makhluk halus yang menghuni kawasan sekolah tersebut boleh dikatakan agak ramai kerana kawasan tersebut pada masa dulu telah dijadikan sebagai kawasan pemujaan, tempat buangan saka dan sebagainya menjadikan asal usul masyarakat mereka di kawasan tersebut sempat beranak-pinak dan bercucu-cicit.
"Kak Pah tidak pernah melihat makhluk tersebut sewaktu memasuki kawasan sekolah terbabit pada 15 Julai lalu. Namun, Kak Pah dimaklumkan sebuah bilik di tingkat dua dikatakan agak keras.
"Satu jelmaan lembaga sering kelihatan di situ dan kadang-kadang bertenggek di atas tangki air sebagaimana yang diceritakan oleh beberapa penduduk dari kampung ini memang benar", jelasnya.
Katanya, seorang pengawal keselamatan sekolah pernah memberitahunya apabila beliau pernah melihat lembaga berpakaian putih dan berambut panjang. Menurutnya, makhluk yang telah menghuni di kawasan itu melebihi sebuah bas, mempunyai ramai cucu dan cicit yang diistilahkan sebagai perkampungan keluarga makhluk halus. Makhluk halus itu pernah mencabar bomoh terbabit, jika berani dipersilakan menghalau kumpulan mereka keluar, namun makhluk berkenaan tidak akan keluar dari kawasan itu dengan mudah.
Sambung Kak Pah lagi, kejadian histeria tersebut hanya dialami seorang guru perempuan berusia 30-an sahaja, tetapi setahunya tidak dialami pelajar-pelajarnya dan guru-guru lelaki. Apa yang diketahui oleh Kak Pah apabila guru perempuan yang merupakan mangsa dirasuki makhluk halus itu menuduh guru besar itu sebagai penyebabnya apabila mengarahkan bilik terbabit dibersihkan. Mangsa yang tidak sedarkan diri dan sedang meracau itu akan menghentak guru besar itu dan dalam tutur marahnya masih membangkitkan jika guru besar tersebut tidak membuat persediaan pulut kuning dan ayam panggang kepadanya, makhluk halus itu akan membuat kacau dan akan makan semua pelajar termasuk guru-gurunya. Malahan makhluk halus yang memasuki tubuh mamgsa juga menengking apabila salah seorang yang hadir ingin memberinya makan ayam mentah ataupun ayam kentucky, makhluk itu berkata bukanlah makanannya.
"Kak Pah maklumkan kepada guru-guru sekolah itu, jika kes gangguan itu tidak selesai dan semakin serius, Kak Pah menawarkan diri untuk melakukan solat hajat dalam bilik yang dikatakan agak keras dan berpuaka itu", katanya.
Selepas kejadian pada hari Khamis itu, bukan Kak Pah sahaja diganggu makhluk halus dari sekolah itu. Namun sejak lima hari lalu seorang suri rumah yang pergi ke kedai untuk membeli nasi bungkus dan apabila dia pulang ke rumah dilihatnya seorang tua yang tidak pernah muncul dan belum pernah dilihat kampung itu sebelum ini memintanya supaya membaikpulih rantai basikalnya yang tercabut. Sementara seorang janda yang tinggal berhampiran sekolah itu juga terlihat sesusuk tubuh menjelma di kawasan laman rumahnya, akhirnya ghaib apabila janda tersebut bertanya tujuan datang ke rumahnya. Menurut Kak Pah, kebanyakan jelmaan makhluk ghaib itu adalah jelmaan seorang wanita tua tetapi tidak pernah melihat kelibat lembaga lelaki di kawasan berkenaan.
Kata Kak Pah, dari tutur kata mangsa yang meracau itu juga makhluk itu tidak akan membuat kacau di sekolah lagi, sebaliknya akan mengganggu di luar sekolah pula kerana geramkan kepada penduduk-penduduk kampung berkenaan yang semakin ramai melakukan solat hajat. Bermakna, jika ada tubuh yang lemah akan mudah diganggu dan disakat oleh jelmaan lembaga itu yang semakin serius seperti ingin berperang dengan manusia yang disyakki terlibat pada pagi hari kejadian histeria itu.
Sementara menurut Mohd. Azwan bin Ya, 25, yang lebih dikenali sebagai Wan dari Kampung Banggol Petaling di sini berkata, beliau mengetahui kejadian itu daripada anak saudaranya, Wan Nor Azlina Wan Saufi yang menuntut di sekolah tersebut dalam Tahun 4 berkata, rakan-rakannya sendiri pernah mengalami gangguan histeria termasuk juga guru sekolah dan dianggarkan 10 mangsa pada hari kejadian itu.
"Pada masa dulu, selain hutan tebal dan selepas itu dijadikan pada bolasepak dan kini sekolah pula. Dari cerita orang-orang kampung menyatakan, kawasan itu pada masa dulu telah diletakkan jamuan pemujaan selain tempat buangan saka.
"Apabila kawasan itu terlalu lama, tentunya makhluk halus membiak dan menjadikannya sebagai perkampungan serta tempat tinggal mereka pula. Apabila manusia membangunkan kawasan itu, seolah-olah manusia cuba menceroboh tempat tinggal mereka", ujar Azwan yang merupakan seorang peniaga peralatan telekomunikasi dan kad pra-bayar di kampung berkenaan.
Katanya, semasa beliau masih menuntut di sekolah itu belum pernah terjadi gangguan seumpamanya, namun setelah pembinaan blok tambahan pada tahun 2009, gangguan pun bermula tetapi tidaklah serius pada 15 Julai lalu. Bukan sahaja dalam kawasan sekolah, tetapi asrama pelajar termasuk tandas sekolah turut terpalit dengan gangguan tersebut. Pernah menurutnya, pekerja yang sedang membina dan menyiapkan blok sekolah tersebut melihat jelmaan lembaga setiap kali malam tiba. Sering dilihat mereka jelmaan lembaga terbabit bertenggek di atas bangunan termasuk atas sebuah tangki air dalam kawasan sekolah tersebut. Beliau tidak pasti ketinggian makhluk halus itu, tetapi apa yang disaksikan mereka makhluk itu berwarna hitam gelap.
Tambahnya, semasa dalam perpustakaan sekolah pula didapati buku-buku bacaan yang tersimpan elok dalam rak buku dengan tiba-tiba seperti ada orang yang membelek dan membacanya sedangkan tidak kelihatan sesiapa pun di situ. Malahan kadang-kadang ada pelajar secara tiba-tiba menangis tanpa diketahui hujung pangkalnya lalu tidak sedarkan diri termasuk seorang guru yang dikatakan mudah lemah semangat turut mengalami kejadian itu. Kejadian paling kerap dan serius adalah waktu siang hari terutamanya waktu tengah hari kerana kebanyakan pelajar-pelajar dan guru sekolah berada dalam kawasan sekolah.
Berikutan kejadian itu menurut Azwan, pihak sekolah dengan bantuan penduduk-penduduk kampung sepakat mengadakan majlis solat hajat. Majlis berkenaan masih diteruskan, namun kejadian gangguan walaupun agak kecil masih lagi berlaku dan masih belum reda. Di samping mendapatkan khidmat tiga orang pengamal rawatan tradisional untuk tujuan menyelesaikan masalah gangguan tersebut juga dianggap menemui jalan buntu. Apa yang diketahuinya, makhluk itu sekarang mula bertindak di luar sekolah pula kerana geram dengan sikap penduduk-penduduk kampung tersebut yang dianggap oleh makhluk halus itu ingin menghalau mereka dari kawasan yang pernah dihuni dan didiami oleh masyarakat mereka sejak dulu.

Syarifah Hanisah Syed Hamzah atau Kak Pah.
Sharifah Hanisah Syed Hamzah ketika diwawancara Wartawan RELATIF di kediamannya.
Mohd. Azwan bin Ya atau Wan.
Mohd. Azwan bin Ya atau Wan ketika diwawancara Wartawan RELATIF di kedai telekomunikasinya.
Sekolah Kebangsaan Banggol Chicha, Pasir Mas dirakam dari jarak dekat.
Menurut Azwan, makhluk halus sering bertenggek di atas tangki air ini (anak panah).
Sekolah Kebangsaan Banggol Chicha, Pasir Mas dirakam dari jarak jauh.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan