MISTERI KOLAM AIR PANAS TOK BOK
MACHANG, KELANTAN: TERDAPAT begitu banyak kejadian aneh, pelik dan misteri yang berlaku di dunia ini. Malahan perkara-perkara seumpama ini bukan hanya berlaku di negara luar, malah banyak juga berlaku di negara kita. Antaranya ialah penemuan Tongkat Ali Gergasi di Kuala Terengganu, Mata Air Masin di Kodiang, Kedah, Telaga Air Panas di Langkawi dan bermacam-macam lagi.
Di Kelantan juga terdapat sebuah pancutan air panas penuh misteri yang dinamakan Kolam Air Panas Tok Bok, Machang yang masih belum dikenali umum biarpun ia wujud berpuluh-puluh tahun yang lalu.
Bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang peristiwa misteri yang masih belum dirungkai dan diketahui orang ramai, Wartawan RELATIF, Azmi Mohd. Salleh berkesempatan menemui penduduk asal berhampiran Kolam Air Panas Tok Bok berkenaan, Zainab binti Ishak, 65, serta anaknya Hasnah binti Hamzah, 39, dari Kampung Rengas, Tok Bok dekat sini.
Menurut Zainab Ishak, 65, sewaktu menceritakan penemuan kolam tersebut menyatakan, sewaktu ketika dahulu kolam berkenaan tidak mempunyai nama. Ini kerana, semasa ditemui oleh pemilik tanah tersebut, arwah Setawa binti Senik (meninggal sekitar tahun 1970) iaitu di zaman pendudukan Jepun di Kelantan pada tahun 1941 hanyalah sekadar pancutan air panas biasa. Ia baru sahaja diusahakan oleh bekas Tok Penggawa kampung berkenaan, Allahyarham Taib di mana pancutan air panas itu terletak betul-betul di tengah sawah dalam kawasan belukar dan semak-samun.
Katanya lagi, sebelum ditemui kolam berkenaan, sewaktu ketika dahulu terdapat sebuah gua kecil yang dinamakan Gua Bukit Sabut. Tetapi kini, gua tersebut telah runtuh akibat ditimpa kayu kerana kawasan berkenaan pada masa dulu selain belukar ia adalah sebuah hutan tebal.
Sementara menurut anaknya, Hasnah Hamzah, 39, berkata, sebagaimana yang pernah diceritakan oleh orang-orang kampung di zaman remajanya menyatakan bahawa memanglah pancutan air panas itu ditemui semasa pendudukan Jepun di Kelantan sekitar tahun 1941. Kolam berkenaan mula dibina secara tidak sistematik pada tahun 1960 dan selepas itu dibina secara moden pada tahun 1980.
Menurutnya, beliau pada mulanya agak hairan kenapa wujud air panas di tengah-tengah sawah apabila persoalan berkenaan ditimbulkan oleh Penulis. Beliau menjelaskan, dari apa yang diberitahu oleh salah seorang graduan Universiti Sains Malaysia (USM), Kuala Lumpur yang turut melakukan kajian bagi melengkapkan praktikalnya pada tahun 2004 menyatakan, terdapat kesan gunung berapi wujud di kawasan terbabit. Ini kerana menurut graduan itu lagi menyatakan, salah satu sebab air tersebut dalam keadaan panas kerana wujudnya lava dari pada gunung berkenaan. Tetapi menurutnya, penduduk kampung terbabit tidak perlu bimbang kerana lava berkenaan sudah pendam dan ia tidak akan meletus atau membahayakan manusia.
Dari sudut kesihatan menurutnya, air panas dari kolam itu amat berkhasiat dan berunsur perubatan tetapi hendaklah betul-betul sakit bagi membolehkan khasiat dari kolam air panas itu dijadikan sebagai penawarnya. Beliau pernah melihat salah seorang mangsa diserang penyakit strok, apabila berendam di dalam kolam tersebut didapati sembuh sepenuhnya. Sebaliknya, bagi orang yang dalam keadaan sihat tidak digalakkan atau mandi kerana dibimbangi menyebabkan keletihan yang teruk jika tidak disiramkan dengan air yang sejuk.
Selain itu, belerang yang dikatakan lava sebagai penyebab air kolam itu menjadi panas juga berunsur perubatan terutamanya untuk mengubati ruam dan gatal-gatal kulit dengan cara menyapu belerang tersebut di tempat yang gatal.
Hasnah menambah, semenjak arwah pemilik tanah itu membina rumah kediamannya pada tahun 1950, tidak wujud perkara-perkara misteri. Namun, beliau mendapat tahu tentangnya daripada beberapa orang warga emas dan penduduk asal kampung berkenaan memberitahu, apabila berlaku hujan panas pasti akan menjelma kelibat susuk lembaga berbentuk manusia terutamanya di siang hari berhampiran kolam tersebut.
"Ada beberapa orang tua di kampung ini memberitahu, tatkala berlaku hujan panas akan kelihatan seperti lembaga manusia muncul berhampiran kolam itu walaupun di siang hari", ujarnya yang pernah mendapat cerita orang-orang tua di kampungnya itu.
Beliau juga mengetahui tentang satu cerita seorang pemuda di kampung berkenaan bernama Daud, 40, yang kerap kali pergi ke kolam tersebut kira-kira jam 5.00 pagi kerana itulah rutin hariannya sewaktu zaman remaja. Sewaktu mendekati di sebatang jalan yang sering dilaluinya berhampiran kolam tersebut, dalam kesamaran cahaya lampu motosikalnya beliau terdengar bunyi air berkocak seperti ada seseorang yang sedang mandi di dalam tersebut.
Disebabkan suasananya agak gelap kerana dilindungi semak-samun dan belukar, beliau terus mengamati bunyi deburan air memang dari arah kolam terbabit. Jadi, untuk mengetahui dengan lebih jelas, beliau membelokkan kedudukan motosikalnya dengan menghalakan lampu hadapan motosikalnya ke arah kolam tersebut. Dengan menekan pedal motosikalnya sehingga menyebabkan bunyi yang tinggi supaya lampu motosikalnya berkeadaan terang menyinari keseluruhan kolam tersebut dan dari apa yang disaksikannya beliau dapat melihat lembaga perempuan seperti manusia berambut panjang mengurai sedang mandi dalam tersebut tetapi membelakangi suluhan lampu motosikalnya. Akibat pancaran lampu dan bunyi enjin yang kuat dari motosikalnya itu menyebabkan lembaga perempuan yang sedang asyik mandi dalam kolam berkenaan terus ghaib.
Daripada pengamatannya beliau dapat menafsirkan, lembaga perempuan yang sedang mandi itu adalah jelmaan Puteri Sa'adong dari keturunan Raja Jembal. Setelah melihat lembaga tersebut ghaib serta merta pada pagi itu, beliau tidak lagi berani bertandang ke kolam terbabit pada awal pagi kecuali selepas Subuh dan waktu siang hari kerana bimbang terserempak dengan lembaga perempuan yang sama.
Kata Hasnah lagi, kolam itu juga selain menyebabkan salah seorang yang pernah mandi dan lemas tetapi dapat diselamatkan, ia turut mengorbankan salah seorang penduduk yang telah lanjut usia dari Kampung Rengas, Tok Bok itu sendiri bernama Ismail Noh atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Tengah'. Beliau yang meninggal jam 8.00 pagi di kolam tersebut masih belum ditemui sehinggalah jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Persoalannya, ke manakah mayatnya dibawa pergi ataupun mungkinkah ghaib di kolam tersebut kemudian muncul semula dua jam kemudian?
Sememangnya, sewaktu ketika dahulu Kolam Air Panas Tok Bok memang popular dan sering kali dikunjungi orang ramai dari beberapa daerah lain di Kelantan untuk melihat dengan lebih dekat keanehan dan keajaiban kuasa Illahi di alam ini. Tetapi kini ia tidak lagi menjadi minat orang untuk menikmati keanehan dan panorama alamnya dan ia terbiar begitu sahaja tanpa penjagaan yang sewajarnya.
Justeru, adakah ia disebabkan wujudnya perkara-perkara misteri yang sering diperkatakan umum sehingga kolam tersohor terbiar begitu? Ataukah kerananya menyebabkan orang ramai takut untuk mendekatinya kerana pernah dilaporkan tentang kematian di kolam itu, ghaib dan muncul kembali? Apapun alasannya sehinggakan Kolam Air Panas terus terbiar sama ada didakwa tempat yang aneh dan misteri, sebaliknya jadikanlah kejadian berkenaan sebagai panduan kerana alam yang kita huni ini hakikatnya penuh aneh dan misteri walaupun ramai orang masih enggan mempercayainya.

Zainab binti Ishak.
Hasnah binti Hamzah.
Inilah wajah Kolam Air Panas Tok Bok, Machang, Kelantan.
Arah susuk lembaga Puteri Sa'adong sedang mandi membelakangi Daud.
Kawasan ini pada masa dulu tersergam sebuah gua kecil dinamakan Gua Bukit Sabut itu?
Di sinilah Daud menghentikan dan menghalakan lampu motosikalnya ke arah kolam untuk melihat gerangan siapa sedang mandi dalam kolam pagi itu.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Rindu suasana kolam air panas yang dulu... byk mengamik nastolgianya... bila di baca di kenangkan kembali zaman kanak kanak yang selalu bertandang ke situ... dulu dulu saya memang kerap ke kolam air panas tok bok selepas balik dari menolong ayah di sawah... kekerapan sy bermula 2007 hingga laa 2012.. boleh di katakan dalam seminggu tak kurang lima kali saya ke kolam.. tak kira pagi petang tengah hari mahu pn malam... bile rase nak mandi air panas.. saya akan kesana... salah satu sebab saya slalu ke sana kerana masalah kulit yg di hadapi... saya alergik dgn debu bile berpeluh.. akan naik bintik bintik merah... sampai ade org luar terkejut bile saya dtg waktu tgh ari utk mndi.. hari tu hari jumaat.. di mana kebayakan nya org luar akan dtg ke kolam air panas tok bok untuk berkelah ber sama keluarga.. ketika itu jam menunjukkan pukul 12 lebih.. balik jerr dari kerja dekat sawah saya terus pergi ke kolam air panas.. sampai sampai terus tongkat motor tepi kolam(dulu buleh jerr bawak motor smpai ke kolam, skrg daa x leh daa)... terus terjun menyelam dn timbul di sebalah sana(dulu kolam ia luas buleh berenang, skrg skadar dtg berendam).. bile saya timbul terkejut tgk ramai org tgk saya... mereka egt saya nk bunuh diri datang datang tgh ari panas panas terus terjun...hahahahhaahendak..cerite tuu tak silap berlaku pada taun 2009 rase nya laa.. lupa cite lama... Dan ada satu lagi pengalaman nak di jadi kan cerita... selepas terbaca cerita di ats... mengingat kan saya penghujung 2012.. sblm dtg nya banjir.. musim hujan.... petang tuu hujan lebat.. saya ajak laa kwan kwan dua tiga org utk teman sy ke kolam... waktu hujan memang syok mandi kolam nie.. tak di nafikan waktu tuu memang penuh org dtg... mase tuu jam menunjuk kan pukul 6 lebih wktu da senja... dalam hujan.. wktu tuu mmg ramai org yg datang ke kolam air panas... tangga tangga yg ade kat tepi kolam penuh ngn org... saya dtg terus turun dan pergi ke tgh kolam... kawan kawan sya blm turun lagi... biase laa nk turun ke kolom air panas nie makan masa,, nk bagi telur tuu kalis dengn air duluu... wktu tuu org hanya berkumpul dan berendam di tepi kolam... hanya saya sahaja yg pergi ketgh dan berendam.. slps 5minit berendam di tengah kolam.. daa menjadi lumrah bile saya datang ke kolam sy akan menyelam utk melatih penafasan dlm air... saya menyelam dgn mata tertutup... dan mase tu air pn sedikit kotor kalau bukak mata pn.. pandangan dalam air akan nmpkm samar samar(tak mcm skrg air dah bersih).. rekod paling lame saya penah menyelam pn 1minit 43saat..semasa saya menyelam tu.. ade laa dalam seminit... tergerak hati nk bukak mata... alangkah terkejut nya saya mase saya bukak mata ade sebelah tgn betul betul depan muka saya... pada awal nya saya pikir tgn kawan saya... mase tu tgn saya hampir menyentuh tgn yg berada depan saya dlam kedudukan tapak tgn terbuka dan ibu jari tgn kiri dia menghadap ke bawah.. tibe tibe saya terhenti.. sebb rasa lain sgt... saya amati tgn tu mcm tgn sorang perempuan putih halus jerr... sy tgk dari tapak tgn dia hingga ke siku... tibe tibe gelap... gelap jerr.. yg nmpk hanya tgn ke siku sajer.. selebih nye sy x nmpk ape ape... mase tuu sy pikir... saya sorg jerr.. yg berada di tgh kolam... tak mgkin kawan sy... sy pn terus timbul ke permukaan... mmg betul... sy sorg jer.. yg lain maseh berada pade tmpt mereka sperti mana sblm sy menyelam... sy x pikir pjg... terus berenang ke tepi... mase tu.. kawan saya baru nk turun ke dlm kolam selapas dia rendam kn kaki dekat tangga... sya ajak dia terus balik... dn lepas kes tuu dan penah dgn cite org yg penah mati lemas dekat kolam tuu... 3minggu gak laa x dtg kolam air panas tuu.. 2013 dan 2014 buleh kata... saya ke kolam hanya 2 @ 3 kali jer dalam 2minggu... lpas tuu sy menetap di phg... raya baru baru nie jerr... 2017... baru pegi kolam air panas tok...
BalasPadammaaf laa.. penulisan teruk sgt... daa lame tinggal sklh...hahahhaaa...
sy cerita nie bkn nk menakut nakut kan... cume pesanan jgn bermain di wktu senja sorg diri...
apa apa pn.. betul betul mengimbas nostalgia..... hihihii.. tq pada yg sudi membaca...
Boleh saya tahu keluasan telaga bijih, jarak telaga bijih dari jeli?
BalasPadam