MISTERI TOYOL MENGAMUK
WAKAF BAHARU, KELANTAN: TOYOL adalah makhluk halus yang dipuja dari sebiji batu yang lazim dilihat orang mempunyai fizikal berkepala botak, berbogel, perut buncit, ketinggiannya satu meter malah berlari pantas. Kadang-kadang ada yang melihatnya berkulit cerah susu tetapi ada yang mendakwa toyol berwarna hijau berdasarkan pengamatan mata masing-masing.
Toyol sifatnya suka mencuri kerana ada pihak yang membelanya untuk tujuan memperolehi duit mudah. Toyol bukan sekadar makhluk, ia dijual oleh golongan tertentu untuk mengaut keuntungan dengan harga tugas yang diarahkan atas permintaan pemiliknya. Ada toyol dijual dengan harga dari RM100 hingga RM100,000. Toyol berkenaan akan menjalankan tugas yang diarahkan tuan kepadanya menurut kemahuan pemiliknya, semakin mahal harga toyol maka banyaklah wang yang akan diperolehi oleh tuannya.
Lazimnya, toyol dibela oleh warga zaman dulu untuk mendapatkan wang secara mudah tanpa bekerja. Namun, percayalah di zaman moden hari ini pun, manusia yang membela toyol masih wujud walaupun dalam masa yang sama mereka juga melakukan ibadat solat dan berpuasa. Akibat daripada perbuatan toyol ini juga, ramai yang telah menjadi mangsa sampai ada keluarga yang berkelahi kerana tuduh-menuduh sesama mereka.
Salah seorang mangsa yang ditemui Wartawan RELATIF, Rahmah Ismail, 63, atau dikenali sebagai Mak Su dari Kampung Kubang Palas dekat sini turut mengalami hal yang sama apabila banyak wang yang disimpan olehnya dan suaminya telah dicuri oleh toyol keparat itu.
Menurut Mak Su dia pernah mengikat dua keping wang kertas RM100 berjumlah RM200 dengan gelang getah dengan kemas kemudiannya dimasukkan ke dalam sarung bantal. Selepas itu, sarung bantal tersebut dibalut dengan baik. Dia membiarkan wang kertas tersebut selama tiga hari . Apabila dibuka sarung bantal tersebut dia mendapati wang simpanannya hanya tinggal RM100 sahaja.
Dia sangat pasti tidak siapa yang tahu wang tersebut disimpannya di dalam bantal. Lagipun kalau ada yang masuk mencuri pastilah kesemuanya habis tetapi anehnya dia hanya hilang wang kertas RM100. Sebenarnya, ini bukan kali pertama dia kehilangan wang kertas tetapi menyimpan wang di dalam bantal adalah percubaannya untuk memastikan siapakah yang melakukan perbuatan itu.
Malah sejak bertahun-tahun lamanya, Mak Su telah kehilangan banyak wang malah kalau dihitung betul-betul jumlahnya mencecah RM2,000 tetapi kehilangannya bukan sekaligus. Setiap hari wang simpanan akan hilang sedikit RM10, RM50 dan RM100.
"Mak Su yakin kehilangan wang ini angkara toyol kerana cara hilangnya sama seperti apa yang selalu diperkatakan orang. Saya hilang RM50 atau RM100 dan saya tanya suami kalau-kalau dia mengambil tak sempat memberitahu saya tetapi tak ada", Mak Su menceritakan pengalaman anehnya.
Katanya, dia tahu suaminya tak pernah mencuri wang pemberian anaknya seorang doktor untuk keperluan harian mereka tetapi kejadian kehilangan wang RM10, RM50 dan RM100 adalah perkara biasa. Sebagai langkah keselamatan, Mak Su akan mengira betul-betul jumlah wangnya sebelum menyimpan bagi memastikan dia tidak tersalah kira dan mencatatkan jumlah sebenar.
"Hilang juga, wang tersebut lesap sehelai demi sehelai seperti sebelumnya. Kejadian ini sangat memeningkan kepala saya kerana tak boleh simpan wang di rumah. Kalau untuk keperluan seharian macam mana nak simpan di bank", jelas Mak Su.
Selain wang untuk perbelanjaan harian, wang pencen suaminya sebanyak RM400 juga turut menjadi korban toyol apabila sehelai wang kertas RM50 ghaib.
"Suami Mak Su meletakkan wang tersebut dalam almari pakaian yang tak berkunci. Mula-mula dia ingat Mak Su ambil tetapi setelah Mak Su memberitahu kejadian misteri itu dia faham", ujar Mak Su.
Bukan itu sahaja, malah wang kertas RM50 yang disimpan di dalam dompetnya juga hilang. Apabila ditanya kepada anaknya, anaknya menafikan kerana dia tidak pernah melakukan perbuatan itu selama ini.
Menurut Mak Su, anehnya toyol tersebut mengambil wang dalam jumlah yang genap seperti RM10 atau RM50 juga RM100 tetapi tidak pernah mengambil mata wang Thailand walaupun disimpan bersama wang tempatan.
Kata Mak Su, dia menerima palbagai cadangan dari jiran-jiran, ada yang mencadangkan agar wang disimpan dengan cara mengumpulkan wang kertas jumlah tertentu secara berasingan. Umpamanya wang kertas RM10 hanya disimpan tak bercampur dengan wang kertas RM50.
"Mak Su dah buat begitu tetapi malangnya wang kertas RM50 tetap juga hilang. Ia tahu jumlah yang besar tetapi hanya mengambil satu sahaja pada setiap hari", ujar Mak Su.
Tambah Mak Su, dia juga meletakkan kacang hijau bersama wang kononnya toyol akan bermain dengan kacang tersebut sehingga ia terlupa untuk melakukan tugasnya mencuri wang.
"Mak Su dah buat tetapi malangnya wang Mak Su tetap juga lesap macam biasa. Kacang tersebut tak luak, wang yang menjadi mangsa", beritahu Mak Su sambil menggaru kepala berkali-kali.
Mak Su memberitahu, tanda-tanda toyol itu nak datang fikirannya akan berserabut, kadang terasa geram tidak menentu dan marah. Ini pasti wangnya akan hilang.
"Bila Mak Su dah tidak serabut apabila tengok wang pasti akan hilang sekeping tetapi Mak Su tidak pernah nampak bagaimana rupanya toyol itu", ujarnya.
Kejadian wang hilang yang menimpa Mak Su dan keluarganya berlaku tidak kira masa. Suaminya pernah hilang wang kertas RM100 yang diletakkan dalam saku bajunya pada siang hari.
"Mak Su tidak tahu nak buat apa lagi, bermacam usaha telah kami lakukan termasuklah solat hajat tetapi kejadian wang hilang tetap juga berlaku di rumah kami.
"Nampaknya kami tak boleh simpan langsung wang di rumah walau di mana Mak Su simpan ia tetap juga hilang dan lesap", ujar Mak Su.
Justeru, Mak Su berhasrat untuk mendapatkan khidmat Pengamal Rawatan Tradisional yang handal dari Kota Bharu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu. Malah syukurlah, atas kesanggupan Pengamal Rawatan Tradisional, Warisan Pusaka Tok Kenali, Aziz Haji Daud yang dapat menghalau toyol tersebut dari kawasan rumahnya, sehingga kini masalah berkenaan telah selesai. Malah khabarnya, toyol tersebut mula membuat hal di kampung lain pula.
Rahman Ismail atau Mak Su.
Rahmah Ismail ketika diwawancara Wartawan RELATIF di kediamannya.
Pandangan luar rumah kediaman Rahmah Ismail.
Toyol yang dapat dirakam gambar (dalam bulatan) ketika cuba menyerang Penulis.
Toyol kemudiannya dihalau, lalu naik ke atas bumbung.
Toyol itu sempat memanjat pagar beranda rumah ini, kemudian lari setelah terlihat Penulis.
Wang kertas RM100 yang diletakkan dalam poket baju ini juga hilang sehelai walaupun di siang hari.
Tetamu yang datang bertanya khabar masalah yang dihadapi keluarga Mak Su.
Toyol yang dapat dirakam gambar (dalam bulatan) ketika cuba menyerang Penulis.
Toyol kemudiannya dihalau, lalu naik ke atas bumbung.
Toyol itu sempat memanjat pagar beranda rumah ini, kemudian lari setelah terlihat Penulis.
Pengamal Rawatan Tradisional, Warisan Pusaka Tok Kenali dan Abjad Kelantan, Aziz Haji Daud berjaya menghalau toyol dari kawasan rumah Mak Su.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan